download Jom Explore app
Panduan Lengkap Untuk Cuba Intermittent Fasting

Panduan Lengkap Untuk Cuba Intermittent Fasting

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 04 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Intermittent Fasting (IF) semakin popular dalam kehidupan netizen semenjak dua ini. Ramai artis tempatan turut berubah mengikut diet ini untuk mendapatkan gaya hidup lebih sihat.

Bukan sekadar perubahan pada diet sahaja. Ia merangkumi seluruh gaya hidup kita melalui usaha mengasingkan tempoh masa untuk makan dan tidak makan serta fleksibiliti IF membuatkan ia sangat popular.

Apa sebenarnya Intermittent Fasting ni?Photo from British GQ

Jika ini kali pertama korang dengar terma Intermittent Fasting tidak mengapa. Mari min kongsikan panduan untuk berubah ke gaya hidup lebih sihat dengan mencuba IF.

Apa Sebenarnya Intermittent Fasting Ni?

Ia bukan sahaja diet tapi perubahan gaya hidupPhoto from Sinar Harian

Menurut Dr Kushairi Zuradi, IF bukan hanya satu diet. Ia adalah sebuah perubahan gaya hidup lebih sihat.

Konsepnya mudah sahaja. Menurut Dr Kushairi, "dalam bahasa mudah, kita makan dalam satu tempoh masa dan berhenti makan dalam satu tempoh masa. Mudah kan?

Tempoh masa untuk berpuasa pula berbeza mengikut kesesuaian gaya hidup kita. Ada beberapa contoh jadual intermittent fasting yang boleh dicuba mengikut kesesuaian jadual hidup kita,"

Cuma puasa ini korang boleh minum air, cuma makan sahaja tak boleh!Photo from Pinterest

Tambahan pula, kita pula sudah biasa sangat dengan berpuasa terutama pada bulan Ramadan. Perbezaan kalini kita boleh minum air ketika dalam tempoh berpuasa tau.

Cara Untuk Melakukan IF & Pantang Larangnya

Nak cuba lakukan IF ni senang sahaja sebab kita dah biasa berpuasaPhoto from Berita Harian

Dr Kushairi turut berkongsi bagaimana cara untuk melakukan IF dengan mudah. Katanya, "konsep asas boleh dibahagikan kepada dua iaitu; tempoh berpuasa sekurang-kurangnya lebih 12 jam.

Tidak mengambil makanan atau minuman meningkatkan gula ketika tempoh berpuasa," Sehubungan dengan itu, ada sebab mengapa perlu berpuasa selama 12 jam kerana akan berlaku proses ketosis.

Di mana badan kita akan menghabiskan simpanan tenaga di hati. Maksudnya, badan akan guna bekalan gula sebagai tenaga. Tambahan pula, makanan minuman tinggi gula menyebabkan hormon insulin naik mendadak.

Tetapi tak semestinya puasa sahaja, makanan bergula pun kena elak makanPhoto from Orami

Ia bertanggungjawab untuk menyimpan lebihan gula dalam bentuk lemak menghalang proses ketosis.

Ketosis Tu Apa Pula Min?

Proses ketosis membakar lemak untuk dapatkan tenaga, gambar sekadar hiasanPhoto from Utusan

Ketosis ialah proses metabolisma badan menggunakan lemak sebagai tenaga. Ketika dalam tempoh Intermittent Fasting dan mengelak makanan bergula. Paras insulin akan rendah dan badan menyimpan gula bagi kegunaan penting sahaja.

Majoriti sel dalam badan akan hasilkan tenaga menggunakan simpanan lemak dalam badan sebagai sumber alternatif. Maka dikenali sebagai Ketosis.

Kebaikan Intermittent Fasting Perlu Anda Tahu

Kebaikan IF ada banyak tau, antaranya turun lemak badanPhoto from SirapLimau

Perubahan gaya hidup diet untuk mencuba IF ada beberapa kebaikan perlu anda tahu. Ini antaranya:

1. Mengurangkan berat badan

  • Sangat membantu untuk kurangkan berat badan, lemak viseral
  • Mengurangkan rasa lapar dan cravings

Hidup pun jadi lebih sihat selepas amalkan IFPhoto from Edan Syah

2. Hidup lebih sihat dapat elak banyak penyakit

  • Dapat tingkatkan sensitiviti insulin badan serta kurangkan diabetes
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan jumlah kolestrol, tekanan darah dan penyakit darah tinggi
  • Risiko Alzheimer dikurangkan

Badan kita akan kurang lesu dan membantu lebih fokus terutama pada waktu bekerjaPhoto from Utusan

3. Membaiki semula tubuh badan

  • Meningkatkan tumpuan dan tenaga serta mengelak proses pemusnahan sel
  • Merangsang proses pembaikian sel (autophagy) genetik dan DNA
  • Peningkatan fungsi kognitif

Jadual Intermittent Fasting Yang Boleh Anda Cuba

Jadual IF ada banyak, lihat mana yang paling sesuai dengan hidup andaPhoto from CNET

Dr Kushairi turut berkongsi beberapa jadual IF untuk anda jadikan panduan serta rujukan. Ibarat sumber inspirasi untuk membantu kita menentukan pilihan mana paling sesuai dengan gaya hidup kita.

16:8

  • Puasa selama 16 Jam dan makan selama 8 Jam
  • Cara mudah untuk lakukan ialah berhenti makan pada pukul 8 malam dan makan semula pada jam 12 tengahari berikutnya
  • Antara paling senang untuk lakukan sebab termasuk masa tidur dan ramai orang kurang gemar sarapan pagi
  • Tempoh masa sangat fleksibel dan boleh disusun mengikut gaya hidup kita

5:2

  • 5 hari kita makan seperti biasa dan berpuasa untuk 2 hari berikutnya
  • Dalam tempoh makan 5 hari, pastikan hadkan kepada 500-600 kalori sehari yang yang boleh dibahagikan kepad 2 kali makna.
  • Boleh cuba amalkan jadual ini pada hari yang kurang sibuk kerana supaya tidak memudaratkan diri

Eat Stop Eat

  • Dilakukan pada hari ahad, berpuasa dari malam ahad hingga sepanjang hari isnin dan makan semula pada pagi selasa
  • Tidak sesuai untuk mereka yang baru nak mencuba kerana berpuasa selama 24 jam itu terlalu lama
  • Boleh cuba lakukan secara perlahan-lahan sebagai permulaan

Alternate Fasting

  • Berpuasa secara selang seli dengan makan seperti biasa
  • Contohnya, makan hari isnin, puasa hari selasa dan makan semula pada rabu
  • Juga tidak beberapa sesuai untuk mereka yang baru sahaja nak cuba IF

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok