Wow! Rupanya Raspberi Boleh Ditanam Di Negara Kita
Dikenali sebagai tanaman negara beriklim sejuk dan tidak sesuai untuk ditanam di negara kita. Pekebun ini berjaya membuktikan bahawa negara kita pun boleh tanam dan hasilkan buah Raspberi sendiri.
Mempunyai warna merah bernyala dan memiliki bau harum semerbak. Buah Raspberi antara buah yang sangat terkenal dengan ciri-ciri ini. Selain itu, ada banyak resipi boleh dihasilkan menggunakan buah ini.
Photo from Fast Growing Trees
Tetapi apa yang menarik sangat tentang buah ini adalah ia boleh ditanam dalam negara kita! Malaysia yang memiliki cuaca panas lembap sepanjang tahun yang hanya sejuk apabila musim hujan sahaja.
Usaha ini dikongsikan oleh seorang lelaki bernama, Zaid Azizy Yaakob yang berjaya tanam sekitar kawasan rumah. Bukan itu sahaja, Zaid turut menanam buahan lain seperti beri biru, beri hitam, anggur dan timun jepun.
Photo from Gardeners' World
Apa Yang Menarik Tentang Buah Raspberi?
Photo from Illinois Extension
Untuk pengetahuan umum, raspberi datang dari keluarga Rubus. Selalunya ditanam di negara beriklim sejuk seperti Eropah Utara, Amerika Syarikat, Kanada dan berkembang sehingga Asia Timur.
Mempunyai rasa masam dan manis tetapi bergantung pada usia kematangan apabila dipetik. Jika dipetik waktu matang, rasa manis akan terasa lebih dan mempunyai bau harum yang sangat aromatik.
Bayangkan bau bunga mawar, ceri yang sangat sesuai untuk dijadikan jem! Haa.. sebab itu buah ini sangat popular, terlalu banyak cara yang kita boleh guna untuk menghasilkan makanan yang melazatkan.
Photo from Epicurious
Paling biasa ialah dijadikan jem, krim atau ais krim. Ia juga boleh jadi pencuci mulut seperti raspberry pie, minuman atau menggabungkan dengan rasa pedas. Hanya kreativiti sahaja menghalang korang untuk cipta sesuatu dengan buah ini.
Cara Untuk Tanam Raspberi Di Belakang Rumah!
Photo from Antara Foto
Menurut Zaid, ramai orang menyatakan bahawa pokok luar negara tidak boleh berbuah di sini. Hanya buang masa sahaja jika kita cuba mengusahakan tanaman tersebut tidak mematahkan semangat beliau.
Zaid berkata, "Kita cuba dulu baru kita tahu. Ini hasil tanaman raspberi saya, ada dua jenis iaitu fall gold dan red amity. Saya tanam terbuka sahaja, panas hujan pun tiada masalah" menurutnya.
Photo from Baba Gardening
Ini cara yang dikongsikan oleh Zaid untuk korang cuba tanam di belakang rumah:
- Pastikan pasu yang nak digunakan mempunyai saliran baik
- Isi tanah menggunakan formula ini. 60% tanah kompos, 30% pasir sungai dan 10% tanah biasa
- Rendam biji benih Raspberi dalam air selama 4-12 jam
- Biji benih boleh beli di platform maya
- Tabur biji benih atas tanah dan tutup dengan tanah setebal 2-3 cm
- Letakkan pasu di tempat terkena cahaya matahari tetapi pastikan ia tidak terkena titisan hujan. Selain itu, elak tanam terlalu lembap supaya biji benih tidak terkena serangan kulat sebelum bercambah
- Buah Raspberi perlukan masa bercambah sangat lama. Benih akan bercambah mulai minggu ke-8 sehingga 12.
"Saya Tanam Ikut Cara Kampung" Kata Zaid Yaakob
Photo from Zaid Azizy
Rahsia teknik bercucuk tanam serta mengusahakan tanaman Zaid turut dikongsikan olehnya. Menurutnya beliau tanam cara orang tua kampung. Maksudnya dia tidak pakai baja beli.
Sebaliknya menggunakan tanah bakar, siram air siang ikan dan air beras. Pengalaman menanam buah Raspberi sama seperti cuba tanam buah Mulberry.
Tetapi Zaid berkata, pokok ini sangat sensitif dengan air hujan berlebihan. Maka, berhati-hati dan pantau cuaca supaya usaha korang tidak menjadi sia-sia.
Apakah Kebaikan Makan Buah Raspberi?
Photo from Britannica
Memandangkan buah ini memiliki harga agak tinggi jika dibeli di pasar raya. Apa kata kita cuba usaha di rumah sahaja, khasiat buah ini pun banyak tau! Memang berbaloi jika kita mengamalkannya.
Menurut healthline, ia kaya dengan serat, vitamin C dan antioksidan. Selain itu, 1 cawan penuh buah ini menyediakan lebih daripada separuh jumlah vitamin C yang diperlukan untuk sehari.
Di samping itu, ia mempunyai nutrien penting untuk fungsi imun dan penyerapan zat besi. Akhir sekali, ia juga mengandungi Vitamin A, Thiamine, Riboflavin, Vitamin B6, Calcium dan Zinc.
Photo from A Farmgirls Dabbles
Sehubungan dengan itu, ini juga beberapa khasiat buah ini:
- Antioksidan membantu kurangkan risiko penyakit
- Dapat kawal gula dalam darah
- Mampu melawan kanser
- Memperbaiki sakit Arthritis
- Membantu menurunkan berat badan & melawan penuaan
Mungkin korang suka: