download Jom Explore app
Betul Ke Nak Dapat Sijil Halal JAKIM Memang Susah Betul?!

Betul Ke Nak Dapat Sijil Halal JAKIM Memang Susah Betul?!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 04 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Kecoh apabila beberapa restoran popular yang menjadi kegemaran majoriti warga tempatan didapati tidak memiliki sijil halal.

Namun, menurut kenyataan rasmi JAKIM mereka menjelaskan bahawa restoran ini masih mesra-muslim. Ia bermaksud restoran tersebut tidak hidang daging tidak halal atau alkohol.

Nampak biasa tapi sijil ini diakui lebih daripada 81 negaraPhoto from Sinar Harian

Pihak pengurusan sebuah restoran juga memaklumkan kepada orang umum. Mereka sedang mengusahkan untuk mendapatkan pensijilan halal daripada JAKIM bagi melibatkan dapur berpusat dan cawangan individu.

Kekecohan ini telah menimbulkan perbincangan antara netizen tentang siji halal di negara kita. Ramai mendakwa bukan senang untuk mendapat sijil tersebut kerana negara kita merupakan peneraju dalam bab ini.

Majoriti kedai makan di negara kita ialah muslim-friendly dan tidak memegang sijil sah JAKIM, gambar sekadar hiasanPhoto from X | twt_cyberjaya

Maka, sejauh manakah perkara itu betul? Meh min jelaskan kepada anda.

Malaysia Merupakan Peneraju Ekonomi Halal Global

Negara kita merupakan antara ketua dalam industri halalPhoto from Harian Metro

Umum diketahui halal meliputi segenap aktiviti dilakukan dalam kehidupan kita. Ini termasuklah produk penjagaan diri, ubat, perkhidmatan dan sebuah industri.

Pihak kerajaan telah giat membangun dan meningkatkan ekosistem melalui penyelidikan dan infrastruktur yang baik. Contohnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan agensi bertanggungjawab mengeluarkan sijil tersebut.

JAKIM merupakan badan bertanggungjawab memberikan status halalPhoto from Bernama

Logo JAKIM mempunyai reputasi sangat baik dalam memberikan jaminan yang boleh dipercayai. Setiap produk dan perkhidmatan yang mendapat logo tersebut telah mengikut piawaian ditetapkan dengan integriti diyakini.

Maka membolehkan negara kita menjadi peneraju dalam industri ini.

Sijil JAKIM sangat dipercayai dengan integriti kuatPhoto from Malay Mail

Sijil Halal JAKIM Dilihat Sebagai 'Benchmark' Terunggul Di Dunia

Bukan sahaja di negara kita, negara luar turut mendapatkan bantuan JAKIM untuk akui makanan status halalPhoto from Reddit

Menurut laporan dari BERNAMA. Presiden One Belt One Road Chamber of Commerce, Datuk Seri Tan Thian Lai berkata, "banyak syarikat dalam industri makanan dan minum, ubatan dan kosmetik dari China mula sedar kepentingan sijil ini.

Mereka lihat sijil ini di Malaysia sebagai salah satu yang terbaik di dunia. Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang amat menitikberatkan setiap produk yang dikeluarkannya. Bagi mereka, ini adalah peluang baik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai piawaian halal," ujarnya.

Selain itu, sijil JAKIM telah mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana mengekalkan kedudukan teratas selama 10 tahun berturut-turut. Ini dapat dilihat di kalangan 81 negara dalam sektor makanan seperti dilaporkan oleh State of the Global Islamic Economy 2023.

Sijil JAKIM menjadi terunggul selama 10 tahun berturut-turutPhoto from Vulcan Post

Pengalaman Pemilik Kedai Cuba Dapatkan Sijil Halal

Ramai mendakwa nak dapat sijil ini susah, betul ke? Pemilik kedai kongsi kisahnyaPhoto from Utusan

Disebabkan sijil JAKIM dilihat sebagai antara yang terbaik di dunia. Sudah tentu piawaian yang ditetapkan ialah ketat serta mempunyai banyak bahagian betul?

Berikut ialah perkongsian daripada seorang pemilik kedai makan yang cuba mendapatkan sijil JAKIM. Chan Wern Shen menyajikan makanan Bangladesh sedar betapa pentingnya sijil tersebut dan mengakui proses untuk mendapatkannya agak rumit.

Bukan sahaja makanan, dapur juga kena pastikan bersih tauPhoto from RASA

Tambahan pula, ia menelan kos yang tinggi. Dia akui bahwa banyak syarat dikenakan ketika proses permohonan. Contohnya, perlu mempunyai pekerja sepenuh masa yang ramai dan sebagai pengusaha kecil, perkara ini agak sukar.

Selain daripada bahan yang digunapakai. Kebersihan dapur juga perlu dijaga rapi kerana merupakan salah satu syarat dikenakan. Premisnya sendiri mengamalkan SOP ketat terhadap kebersihan.

Pelanggan muslim memang peka bab halal, gambar sekadar hiasanPhoto from Says

Dia juga peka terhadap pelanggannya yang majoriti bergama Islam. Baginya tidak mungkin dia cuba 'sabotaj' perniagaan sendiri dengan menggunakan bahan yang tidak halal.

Bukan Senang Nak Dapatkan Sijil JAKIM Sebenarnya

Justeru itu ternyata bukan senang untuk dapatkan sijil halal di negara kitaPhoto from Harian Metro

Justeru itu berdasarkan kisah pemilik kedai makan. Bukan senang untuk dapatkan sijil Halal JAKIM, banyak proses perlu dilakukan supaya diperakui tanpa sebarang was-was.

Akhir sekali, perkara ini terletak pada pilihan pelanggan sendiri.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok