download Jom Explore app
Kenapa Bungkusan Beras Ada Kod Warna Label Berbeza?

Kenapa Bungkusan Beras Ada Kod Warna Label Berbeza?

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 24 Sep 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menjadi makanan ruji majoriti warganegara, beras menjadi sumber utama bagi mengenyangkan perut kita hampir setiap hari. Namun, anda perasan tak terdapat kod warna pada setiap bungkusan yang dijual di kedai?

Sebelum anda membeli cuba lihat semula pakej bungkusan jenama kegemaran anda. Terdapat kod warna yang diletakkan untuk tujuan pembahagian jenis.

Rasanya anda boleh hidup tanpa nasi?Photo from Maskulin

Haa.. bukan saja-saja letak, setiap kod warna ada maksudnya! Menariknya masih ramai di antara kita tidak peka tentang perkara ini. Oleh itu, baca sehingga habis untuk memahami apakah maksud setiap warna tersebut.

Ada 4 Jenis Warna Kalau Anda Perasan Sebenarnya

Ada 4 jenis warna digunakan untuk membezakan jenis beras tauPhoto from JomExplore

Menurut pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN). Seorang Pegawai KPDN menerangkan maksud setiap warna yang diletakkan pada bungkusan beras yang dijual di pasaran runcit.

Terdapat 4 jenis warna yang diguna pakai untuk memberitahu jenis beras kepada pembeli. 4 warna tersebut ialah biru muda, ungu, oren dan merah jambu.

Tidak kisah jenama apa sekalipun, beras akan dijual mengikut label warna ini. Ia juga memudahkan kita sebagai pembeli untuk mencari jenis beras mengikut bajet dan keutamaan kita.

Warna label akan berada di bahagian bawah bungkusan, cuba perhati betul-betulPhoto from Utusan

Apakah Maksud Warna Yang Diguna Pakai Itu?

Warna yang diguna pakai dapat membezakan sumber padi yang digunakan Photo from Majoriti

Berikut ialah maksud warna dan jenis-jenis beras menurut pihak KPDN adalah seperti berikut:

  • Ungu: Merujuk kepada beras putih tempatan. Maksudnya dihasilkan menggunakan padi tempatan dan bukan import dari luar negara
  • Biru Muda: Beras putih import yang biasanya diambil daripada negara jiran iaitu Thailand atau Vietnam. Ciri-ciri padi juga tidak lari jauh berbanding dengan tempatan
  • Oren: Warna ini khas untuk jenis beras istimewa. Beras Basmathi, Siam dan macam-macam lagi yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan dua warna sebelum ini. Dari segi tekstur dan rasa juga berbeza tau
  • Merah jambu: Merujuk kepada jenis beras yang mempunyai aroma dan bau pandan secara semulajadi. Majoriti kod warna merah jambu berasal daripada Thailand

Haa.. selepas ini cuba anda perhatikan setiap bungkusan sebelum membeli. Pasti anda akan mula perasan terdapat kod warna untuk membezakan setiap jenis.

Selain padi tempatan, beras di pasaran negara juga diimport dari negara lainPhoto from Utusan

Adakah Beras Yang Dijual Berbeza Antara Satu Sama Lain

Beras pun ada banyak jenis dari segi warna, tekstur dan rasaPhoto from Aneka Mesin Pengemas

Persoalan tersebut semestinya bermain dalam pemikiran anda betul? Jawapan mudah ialah sudah tentu!

Untuk pengetahuan umum, makanan ruji ini hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz daripada panjang, gemuk atau pendek. Dalam pasaran dunia, gred dan kualiti dinilai dari segi panjang dan warna putih terhasil.

Terdapat juga beberapa faktor lain seperti rupa, kepadatan, kelembutan dan juga rasa. Rasa nasi mempengaruhi kualiti sumber. Di negara kita, klasifikasi dilakukan berdasarkan panjang, kandungan, kandungan beras hancur dan kadar pengisaran.

Seterusnya ini adalah penerangan ringkas untuk memahami perbezaan setiap jenis yang ada dalam pasaran negara.

Kelebihan Jenis Beras Yang Dijual Di Pasaran Negara

Putih tempatan merujuk kepada padi tempatan dan dihasilkan dalam negaraPhoto from Harian Metro

Putih Tempatan

Dihasilkan dalam beberapa jenis dan dinyatakan dalam kod seperti MR 211, 219, 220. Ciri fizikalnya sederhana panjang dan berwarna putih. Nasi jadi lebih lembut tetapi padat selepas dimasak tanpa sebarang bau.

Selain itu nasi ini mempunyai sumber kalorit yang tinggi termasuk kandungan mineral serta vitaman (zat besi, fosforus dan asid folik).

Putih Import pula sama sahaja macam tempatan, beza ialah datang dari luar negaraPhoto from Berita Harian

Putih Import

Majoriti import datang daripada Thailand dan Vietnam. Lebih sesuai kalau anda nak masak nasi kukus, lemak dan ketupan. Seterusnya kandungan nutrisi dan ciri fizikal lebih kurang sama seperti versi tempatan

Beras Basmathi dilihat sebagai beras istimewa, sering digunakan untuk masak briyaniPhoto from Cooking and Cussing

Basmati (Istimewa)

Kenapa dianggap istimewa? Sebab ia panjang, halus dan mempunyai aroma wangi. Majoriti pula berasal daripada India dan Pakistan. Mempunyai anggaran panjang daripada 6.00-8.00 mm dengan lebar 3.5-4.5 mm.

Saiz beras basmathi juga lebih panjang berbanding jenis lainPhoto from Pasar Online Malaysia

Tambahan pula mempunyai warna putih susu dan berbentuk tirus, Bila dimasak, saiznya akan berganda sambil mengeluarkan aroma wangi dan tidak melekat antara satu sama lain.

Contoh Beras Wangi Thailand yang boleh dijumpa di pasar rayaPhoto from PR Newswire Asia

Wangi

Berasal dari Thailand mempunyai bau pandan secara semula jadi. Panjangnya sekitar 7.00 mm dengan kelebaran lebih daripada 3.2 mm.

Mempunyai warna putih lutsinar, panjang serta berkilat. Setelah masak, beras ini mempunyai tekstur lembut, lembap dan kukuh. Rasanya juga sedap ditambah pula dengan aroma daun pandan menjadi pelengkap.

Lepas Ini Jangan Main Beli Sahaja, Lihat & Nilai Terlebih Dahulu

Masih ramai tidak mengetahui tentang kod warna, harap info ini bermanfaat!Photo from Mat Salleh Cari Makan

Justeru itu min harap info ini bermanfaat bagi mereka yang tidak peka tentang perkara ini. Masih ramai di antara warga tempatan tidak mengetahui perbezaan antara jenis nasi yang kita makan.

Bagi mereka semua nasi sama sahaja. Ternyata ia adalah tidak!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok