Apakah Perbezaan Di Antara Gelato & Ais Krim??
Beberapa hari lalu min berpeluang untuk merasai gelato buat kali pertama, rasanya memang sedap! Tetapi apa yang membezakannya daripada ais krim yang kita sudah biasa makan sejak kecil?
Adakah anda juga mempunyai persoalan sebegitu? Maklumlah sejak beberapa tahun lalu kebanyakan kedai mula menghidangkan gelato sebagai pilihan pencuci mulut.
Photo from Healthline
Ini dapat dilihat banyak di pusat membeli belah. Dari segi perisa pula tidak terhad kepada vanilla, coklat, strawberi dan banyak lagi. Sekali pandang memang kelihatan sama sahaja. Namun ada beberapa ciri yang dapat membezakan antara gelato dan ais krim tau!
Resipi Dan Proses Pun Berbeza Tau
Photo from Tuscan Mom
Untuk pengetahuan asas untuk menghasilkan pencuci mulut ini sangat berbeza di antara satu sama lain. Ais krim dan geltoa keduanya mempunyai susu dan gula sebagai bahan asas. Perbezaannya bermula dengan..
Gelato Dicipta Di Itali Dengan Kandungan Susu Lebih Tinggi
Photo from California
Gelato bermula dengan asas kastard serupa seperti ais krim. Tetapi mempunyai bahagian susu lebih tinggi dan bahagian krim serta telur lebih rendah. Ia dipukul pada kadar lebih perlahan.
Proses ini menggabungkan lebih sedikit udara untuk menjadikannya lebih padat berbanding ais krim. Tambahan pula, ia dihidangkan pada suhu lebih panas berbanding ais krim. Ini dapat mengekalkan tekstur lebih lembut.
Kerana pencuci mulut ini mempunyai peratusan lemak lebih rendah untuk mengeluarkan rasa lebih mendalam.
Photo from MJ Gelato
Apa Beza Dengan Ais Krim Pula?
Photo from Buttermilk
Ais krim pula diperbuat daripada susu, krim, gula dan telur kuning. Terdapat 2 jenis ais krim yang dapat dibezakan melalui penggunaan bahan. Gaya perancis mengandungi telur kuning bagi menghasilkan rasa lebih kaya berbanding gaya Amerika yang tidak mengandungi telur.
Sama seperti gelato, bermula dengan bahan asas kastard. Kemudian ia dipukul dengan kelajuan agak tinggi supaya udara dapat masuk meningkatkan jumlahnya.
Ais krim berkualiti rendah selalunya mempunyai lebih banyak udara di dalam kandungannya. Kemudian dihidangkan pada suhu sejuk untuk menghasilkan tesktur lembut, ringan dan berkrim.
Photo from The Cooking
Peratusan Lemak Mentega Lebih Rendah Di Gelato Berbanding Ais Krim
Photo from ArtViva
Seterusnya perbezaan utama antara dua pencuci mulut ini ialah lemak mentega. Seperti min tulis tadi, gelato tidak menggunakan krim atau telur kuning berbanding ais krim. Kesannya ialah peratusan lemak mentega lebih kecil.
Menurut peraturan Food & Drug Administration (FDA), ais krim tidak boleh mengandungi kurang daripada 10% lemak susu. Gelato kekal diantara 4%-9%. Tambahan pula, ais krim boleh disusun dengan sempurna pada kon.
Photo from Cheda Khan
Bekasnya boleh disimpan pada suhu sejuk untuk kekalkan teksturnya. Berbeza dengan gelato yang lebih lembut. Ia disimpan pada suhu lebih panas dan biasanya menggunakan sudu besar untuk mengcedoknya ke dalam cawan atau kon.
Justeru itu, gelato rasanya lebih pekat kerana ketumpatan krim dan kandungan lemak mentega lebih kurang. Jelas memberikan rasa lebh berkualit banding ais krim.
Photo from Tourismo
Mungkin korang suka: