Sedalam 180 Meter, Ini Kisah Tapak Bekas Lombong The Mines
Umum mengetahui separuh daripada sejarah negara kita dipenuhi dengan zaman penjajahan. Sebab itu sudah menjadi kebiasaan untuk melihat banyak bekas lombong yang tidak lagi beroperasi pada hari ini.
Tetapi hanya ada satu kawasan sering menjadi bualan hangat warga tempatan berkongsi pelbagai kisah. Sudah tentu anda pernah dengar bekas lombong The Mines di Seri Kembangan, Selangor?
Photo from Malaysia Travel
Kini menjadi sebuah tasik yang terbesar dan dalam di dunia. Ada yang mengatakan kedalamannya melebihi bangunan 50 tingkat. Sungguh dalam dan jauh dasarnya sehingga sebuah lori pun boleh kelihatan kecil.
Menarik kan? Haa.. kalau begitu baca sampai habis kisah yang dikongsikan oleh neitzen bernama Mat Geo.
Photo from Lowyat.net
Pernah Menjadi Lombong Terbesar Di Dunia
Photo from Lowyat.net
Walaupun pada hari ini seluruh kawasan tersebut sudah dibangunkan dan dipenuhi dengan bangunan. Dulu lombong ini pernah menjadi terbesar di dunia dan dikenali sebagai Lombong Sungai Besi.
Ia mencapai kedalaman 600 kaki (180 meter) bersamaan bangunan 52 tingkat. Dasarnya terletak pada paras anggaran 155 meter di bawah paras laut.
Sebelum ditutup pada pertengahan 1980-an. Ia dimiliki oleh Sg Besi Mines Ltd. dikawal oleh Syarikat Utiliti Dan Infrastruktur Malaysia (MMC) melalui Pernes Charter Management Co. di mana MMC ialah 71 peratus milik kerajaan dengan 20 peratus milik Charter Consolidated.
Photo from Klook
Dipercayai Mula Dilombong Sejak Abad Ke-10
Photo from The Shipyard
Menurut Mat Geo, seorang web geologis Australia pakar dalam bab penyeledikan perlombongan berkata kawasan Sungai Besi telah dilombong sejak abad ke 10.
Menariknya pedagang Arab yang datang ke sini untuk berdagang juga kenal tempat tesebut dan melakukan perkara sama. Menjelang abad ke-13 orang Siam pula menjalankan aktiviti sama di situ.
Photo from M-Update
Pada tahun 1911, British mengeskploitasi kawasan dan tinjauan pada 1978 menunjukkan ia merupakan bekas alur sungai purba. Ini dapat dilihat melalui profil kaserit, timah oksida yang terdeposit di situ.
Berdasarkan artifak, relik dan tapak, pakar mampu menunjukkan bukti bahawa kenyataan mereka ialah benar. Di mana orang Arab sejak abad ke-10 sudah datang dan melakukan aktiviti perlombongan.
Photo from Iluminasi
Bekas Lombong Berubah Menjadi Tasik Pada Tahun 1990-an
Photo from CapitaLand Malaysia Trust
Disebabkan aktiviti perlombongan landskap kawasan ini dipenuhi dengan cerun berbahaya yang tidak stabil. Ia juga dianggap tidak sesuai untuk melakukan sebarang bentuk pembinaan.
Walau bagaimanapun, pemaju Country Heights yang diterjui oleh Tan Sri Dato' Lee Kim Yew dengan beraninya mengambil alih kawasan ini. Melalui usahanya, keseluruhan landskap pada tahun 1990 berubah.
Bagaimana? Dengan membanjiri bekas tapak ini untuk menjadikannya sebuah tasik yang besar. Melalui usaha ini barulah anda dapat lihat kawasan dikenali sebagai Mines Wellness City.
Photo from CapitaLand
Misteri dan Mitos Sebalik Lombong The Mines
Photo from DUO INternational
Walaupun sudah bertahun kawasan ini diusahakan masih ramai warga tempatan tidak lupa tentang tapak asal The Mines. Majoriti daripadanya percaya terdapat banyak misteri yang berkait rapat di sini.
Antara yang paling terkenal ialah banyak ikan yang menjadikan tasik tersebut sebagai rumah mereka. Tetapi ada beberapa orang 'ternampak' seekor ikan toman bersaiz sebuah bas sedang berenang mencari mangsanya.
Photo from Skills You Need
Selain itu, seorang stuntment dari luar negara pernah buat aksi lagak ngeri di tasik ini. Ramai percaya bahawa aksi tersebut gagal dan beliau jatuh ke dalam tasik tidak dapat dikesan sehingga hari ini.
Hotel mewah yang berdekatan kawasan ini juga turut mempunyai kisah misteri berkaitan dengan tempat bekas lombong ini.
Photo from Mines Waterfront Business Park
Mungkin korang suka: