download Jom Explore app
AI Paling Berkuasa Bakal Hadir Dalam Google Pixel 9?

AI Paling Berkuasa Bakal Hadir Dalam Google Pixel 9?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 16 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menjadi pesaing utama jenama Apple, Google telah melancarkan telefon pintar terbaru, Pixel 9. Pengumuman tersebut pasti menjadi berita baik bagi peminat tempatan yang sudah lama menunggu.

Pixel 9 hadir dalam dua varian berbeza iaitu Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL. Perbezaan antara model biasa dan pro tidaklah terlalu besar, bermaksud anda tidak terlalu rugi jika memilih yang bukan pro.

Adakah anda akan berpindah ke Pixel 9 tahun ini?Photo from Soya Cincau

Walau bagaimanapun buat kali pertama. Model ini bukanlah set import seperti sebelum ini kerana ia hadir dengan warranty tempatan secara rasmi.

Nikmati Keupayaan AI Paling Pintar Di Hujung Jari Anda

AI yang dihasilkan oleh Google iaitu Gemini menjadi fokus utama bagi syarikat gergasi ini. Ternyata ia akan mengubah hidup pengguna Pixel 9 terutama di bahagian kamera dengan keupayaan AI.

Ciri yang bakal hadir diperkenalkan oleh Google ialah fungsi Add Me. Tujuannya untuk menambah subjek dalam beberapa gambar anda. Tambahan pula, Magic Editor membolehkan gambar sudah ditangkap boleh diubah pada bila-bila masa.

Google turut mengekalkan beberapa ciri AI sedia ada. Contohnya seperti Magic Eraser, Best Take, Photo Unblur dan Potrait Light.

Bab Keselamatan Jangan Risau, Google Pastikan Anda Selamat

Anda jangan risau bab keselamatan, Google pastikan anda sentiasa dalam keadaan selamatPhoto from Google

Bagi mereka yang kurang mengenali telefon pintar ciptaan Google mesti sangsi dengan kualitinya betul? Haa.. jangan risau tau terutama model Pixel 9 terbaru ni.

Google menjamin Operating System (OS) dan keselamatan mereka dikemaskini dengan fungsi baru serta dinaik taraf. Mereka melengkapkan segala fungsi keselamatan peribadi untuk memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Contohnya Emergency SOS membolehkan pengguna membuat panggilan kecemasan, menghantar lokasi dan merakam video dengan menekan butang kuasa sebanyak 5 kali. Ia memudahkan bantuan diterima sewaktu anda dalam situasi mencemaskan.

Bukan itu sahaja, Pixel 9 datang dengan fungsi Amaran Gempa Bumi Android yang boleh digunakan di negara kita. Pengguna akan terima notifikasi jika berlakunya gempa bumi magnitud 4.5 ke atas.

OS turut dikemaskini supaya memberikan anda pengalaman paling cekapPhoto from Digital Trends

Dipertingkatkan Prestasi Dengan Cip Tensor G4

Apa yang menarik tentang cip G4 ini?Photo from Wccftech

Dikuasakan oleh cip Google Tensor 4 dan pemproses keselamatan Titan M2. Pixel 9 sudah pasti akan menghasilkan senyuman di muka apabila kita bercerita tentang prestasi.

Walaupun memiliki RAM yang kecil iaitu 12GB sahaja. Ia tidak bermaksud anda akan mengalami prestasi lembap! Tambahan pula, anda boleh pilih storan di antara 128GB dan 256 GB.

Seterusnya, Pixel 9 hadir dengan paparan skrin Super Actua jenis OLED seluas 6.3-inci. Ia mengeluarkan resolusi HD Penuh dengan kadar penyegaran antara 60Hz ke 120Hz. Kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 digunakan sebagai lapisan depan dan belakang untuk melindungi daripada kerosakan luaran.

Prestasi dipertingkatkan dengan kehadiran cip pemprosesan lebih berkuasaPhoto from Reddit

Bateri Cepat Kong? Takpa Nak Caj Pun Sekejap Sahaja

Takut bateri cepat habis? Takpa ada fast charging!Photo from Google

Google menggunakan bateri berkapasiti 4,700mAh untuk model Pixel 9. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar 27W dan tanpa wayar 15W. Namun pengecas perlu beli secara berasingan.

Kerana hanya USB-C ke USB-C akan disediakan dalam kotak. Tambahan pula Pixel 9 kalis air dan debu dengan pengiktirafan IP68 dan mempunyai pengimbas capjari dalam skrin telefon.

Jika anda seorang pengguna dua sim pasti akan seronok menggunakan model ini. Ia hadir secara dwi-sim iaitu dalam bentuk SIM nano dan eSIM.

Sesiapa yang ada 2 nombor tu memang suka ciri dwi-sim di model iniPhoto from Google

Sayangnya Kamera Tidak Begitu Kuat Bagi Pixel 9 Bukan Pro

Malangnya kelemahan Pixel 9 ialah bahagian kameraPhoto from The Keyword

Antara sebab mengapa ramai orang gemar memakai telefon ini ialah memilki kamera sangat bagus berbanding iPhone. Walau bagaimanapun kekurangan paling ketara untuk Pixel 9 ialah bahagian kamera.

Terdapat perbandingan besar berbanding model Pro dan bukan. Bagi model bukan Pro, kamera hadapan lengkap dengan sensor 10.5MP F 2.2 dwi-PD dengan autofokus. Ini sangat bagus bagi mereka yang suka amik selfie dengan hasil gambar kekal tajam.

Di bahagian belakang pula, Google menggunakan model kamera bujur menonjol untuk menempatkan dua kamera. Pertama ialah kamera utama 50MP okta-PD F1.68 dengan saiz sensor 1/1.31-inci berupaya Super Res Zoom sehingga 8x.

Kamera kedua ultralebar hadir dengan 48MP F1.7 kuad-PD dengan autofokus. Kamera belakang ini lengkap dengan penstabil imej optikal (OIS) dan elektrik (EIS).

Akan Ada 4 Warna Menarik Untuk Anda Pilih!

Akan ada 4 warna untuk dipilih, min suka warna hitam!Photo from Google

Model ini akan hadir dalam 4 warna iaitu- hitam, hijau, merah jambu dan kuning. Ia turut menyokong WiFi 7 terbaru bersama Bluetooth 5.3 dan NFC. Harganya ialah seperti berikut:

  • Google Pixel 9 (128GB) – RM3999
  • Google Pixel 9 (256GB) – RM4499

Bagaimana, adakah anda akan beralih kepada pasukan Google?

Bagaimana adakah anda akan cuba telefon dari Google?Photo from Mashable

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok