Lelaki Paling Tua Sambut Hari Lahir Yang Ke-112
Lelaki tertua di dunia menyambut hari lahirnya yang ke-112 pada hari isnin lalu di rumah penjagaan di Southport, England.
Menurut United Press International (UPI), John Alfred Tinniswood dilahirkan pada 26 Ogos 1912. Empat bulan selepas tenggelamnya kapal Titanic dan enam bulan selepas Arizona menjadi sebuah negeri Amerika Syarikat.
Photo from Guinness world records
Guiness World Records telah menobatkan Tinniswood sebagai lelaki tertua di dunia awal tahun ini. Isnin yang lalu, Tinniswood dengan gembira menyambut hari lahirnya di rumah penjagaan di Southport.
"Saya Tidak Langsung Rasa Usia Itu," Ujar Tinniswood
Photo from BBC
Dalam satu temubual Tinniswood berkongsi pendapat setelah menerima anugerah gelaran itu. Menurutnya "Sejujurnya, ia tidak menjejaskan saya dalam apa jua cara. Secara peribadi pula, ia tidak bermakna apa-apa.
Tiada perbezaan pun. Saya tidak merasakan usia itu dan tidak teruja mengenainya. Mungkin sebab saya telah mencapainya, saya hanya menganggapnya seperti perkara lain," katanya.
Photo from The Independent
Tambahan pula, Tinniswood turut menjelaskan dia sendiri tiada rahsia mengapa umurnya begitu panjang.
"Saya tidak dapat fikirkan apa rahsia istimewa yang saya ada. Saya agak aktif semasa muda, saya banyak berjalan. Tetapi bagi saya tidak berbeza, sama sekali tidak berbeza," ujarnya.
Photo from CNN
Pengalaman Hidup Tiniswood
Photo from Eurosport
Tinniswood dilahirkan 20 tahun selepas kelab bola sepak kegemarannya, Liverpool diasaskan. Dia telah mengharungi semua kejayaan yang dicapai oleh kelab ini.
Dia berusia dua tahun semasa meletusnya Perang Dunia Pertama dan menyambut hari lahirnya yang ke-27 ketika Perang Dunia Kedua bermula. Beliau berkhidmat dalam peranan pentadbiran untuk Army Pay Corps.
Photo from AGC Museum
Tugasnya ialah mencari askar terkandas dan mengatur bekalan makanan. Tinniswood juga merupakan lelaki veteran Perang Dunia II tertua yang masih hidup di dunia. Dia juga bertemu isterinya, Blodwen di sebuah tarian di Liverpool.
Mereka berkahwin pada tahun 1942. Selepas tamatnya perang, beliau bekerja sebagai akauntan untuk Shell dan BP sebelum bersara pada tahun 1972.
Photo from BBC
Tiada Rahsia Bagaimana Berjaya Capai Umur Panjang
Photo from BBC
Menerusi temubual bersama BBC, Tinniswood berkongsi rutin harian hidupnya. Beliau berkata selain makan sebahagian fish and chips setiap hari Jumaat. Dia tidak mengikut mana-mana rejim tertentu.
"Saya makan apa yang mereka berikan kepada saya dan begitu juga orang lain," katanya. "Saya tiada mempunyai diet khas," tambah Tinniswood. Menariknya sejak berusia 100 tahun pada 2012.
Photo from CNN
Dia telah menerima kad hari lahir tahunan daripada raja, pertama daripada mendiang Ratu Elizabeth II. Kemudian daripada Raja Charles III.
Peristiwa Penting Yang Berlaku Pada Tahun 1912
Photo from World History Encylopedia
Jika difikirkan semula, tahun Tinniswood lahir masih belum lagi wujud negara kita. Pada waktu itu negara kita merupakan tanah jajahan British dan pada waktu yang sama, negara India masih lagi dijajah.
Walau bagaimanapun, ini beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun Tinniswood dilahirkan.
- Pada Januari 1, The Republic Of China ditubuhkan dan memerintah China sehingga tahun 1949, apabila kerajaan ini mengundurkan diri ke Taiwan
- April 10, RMS Titanic berlepas dari Southampton, England dengan sebanyak 2,200 penumpang dan anak kapal dalam pelayaran menuju ke New York. Pada waktu itu, Titanic merupakan antara kapal terbesar dan maju pernah dibina
- April 14-15, RMS Titanic tenggelam setelah melanggar bongkah ais di utara Laut Atlantik. Lebih 1,500 nyawa terkorban
- May 5, Bermulanya Sukan Olimpik dari 22 Jun sehingga 21 Julai di Stockholm, Sweden
- Julai 30, Maharaja Meiji meninggal dunia mengakhiri era Meiji. Anaknya, Yoshihito memulakan era Taisho setelah menjadi Maharaja baru
- Unit Scoville diciptakan oleh Wilbur Scoville bagi menguji tahap kepedasan cili
Photo from Wikipedia