download Jom Explore app
Fenomena 'Mawi World', Juara Akademi Fantasia!

Fenomena 'Mawi World', Juara Akademi Fantasia!

Selebriti
By Muhammad Aliff on 20 Jul 2023
Digital Editor

Industri muzik negara telah berjaya melahirkan pelbagai penyanyi tersohor yang menyentuh hati kita dengan pelbagai lagu serta karya yang membuatkan muzik negara mendapat nama. Namun, tiada satu penyanyi yang berjaya menyentuh peminat macam fenomena 'Mawi World'.

Pada Jun 2003, Astro telah melancarkan rancangan 'Akademi Fantasia' yang mengikut format rancangan dari Mexico iaitu 'La Academia'. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai rancangan realiti ini tau.

Sejak diperkenalkan rating rancangan ini memang wajib ditonton satu masa dahulu dan telah berjaya melahirkan berberapa penyanyi terbaik seperti Hafiz, Stacy dan Akim. Tetapi,  apa yang membuatkan rancangan ini masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia adalah juara pada musim ketiga.

Asmawi Ani yang lebih mesra dikenali sebagai Mawi merupakan juara bagi musim ketiga Akademi Fantasia pada tahun 2005. Sepanjang tiga bulan berada dalam pertandingan tersebut, beliau dinobat sebagai antara penyanyi terbaik yang pernah muncul dalam negara sama seperti penyanyi lagenda sebelum ini tau.

Akademi Fantasia Merupakan Pertandingan Menyanyi Realiti Paling Popular Pada Satu Masa Dahulu TauPhoto from IG: akademifantasia.legacy

Fenomena Mawi telah terbentuk hasil daripada kemenangannya sampaikan frasa 'Mawi World' menjadi sebutan dan ikutan satu negara! Haa.. tapi masih banyak lagi kisah Beliau yang telah menjadikannya sebagai ikon mak-mak kita.

Juara Akademi Fantasia Digelar 'Raja SMS'

Digelar Raja SMS, Mawi Merupakan Juara Akademi Fantasia Paling Popular!Photo from Harian Metro

Kalau korang masih ingat, format Akademi Fantasia membenarkan penonton untuk mengundi penyanyi kegemaran mereka melalui sistem undian SMS dan undian melalui dekoder Astro. Pelajar yang mendapat undian paling sedikit akan disingkirkan selepas konsert ataupun selepas tempoh pengudian diumumkan.

Kadang kala, penyikiran boleh melibatkan dua pelajar atau tiga pelajar pada masa yang sama ataupun tiada penyingkiran dilakukan berdasarkan pertimbangan produksi. Haa.. melalui sistem ini, Mawi telah medapat gelaran 'Raja SMS' kerana meraih undian paling tinggi dalam sejarah Akademi Fantasia tau!

Sampai sekarang masih tiada peserta yang berjaya menandingi rekod undian setinggi Mawi. Beliau telah berjaya mencarikan hati setiap peminat yang setia melihat persembahan beliau di kaca tv pada hujung minggu.

Antara persembahan beliau yang ikonik adalah persembahan 'Aduh Saliha' dan 'Seroja' pada minggu terakhir musim ketiga. Selain itu, persembahan lagu nasyid popular 'Pergi Tak Kembali Lagi' yang diiringi oleh rakan beliau turut segar dalam memori peminat.

Persembahan Beliau Pada Setiap Minggu Berjaya Membuatkan Setiap Peminat Cair Photo from Erin Sakura

Apa yang membuatkan beliau meraih populariti dalam Akademi Fantasia adalah penonton dapat lihat bakat serta potensi ada pada dirinya. Beliau mempunyai vokal tersendiri yang sukar untuk ditandingi oleh perserta lain waktu itu.

Fenomena Mawi World Yang Menjadi Kegilaan Ramai!

Fenomena Mawi World Menyebabkan Satu Negara Gilakan Nama MawiPhoto from IG: akademifantasia.legacy

Frasa yang sering disebut oleh Mawi adalah 'World' yang dijawab oleh peminat beliau dengan 'Mawi World'. Ini telah mencetuskan sebuah fenomena yang dikenali sebagai fenomena Mawi World tau.

Pada waktu itu, setiap peniaga akan meletakkan frasa ini untuk menarik perhatian setiap pelanggan yang meminati Mawi ataupun pernah dengar nama beliau tau. Kalau korang bukan peminat Akademi Fantasia pada waktu itu, korang pasti dipandang pelik oleh rakan sekeliling.

Populariti Akademi Fantasia melonjak kerana Mawi sehinggakan ada yang sanggup melanggan Astro semata-mata untuk melihat persembahan Mawi. Haa.. min masih ingat saudara mara sanggup berkumpul satu rumah untuk melihat persembahan bersama-sama.

Mawi juga telah membuat persembahan pada perasmian Kempen Hari Merdeka Jalur Gemilang dan beliau dijemput untuk membuat persembahan secara live untuk dua setesen televisyen iaitu Astro Ria dan RTM1 di KLCC dan Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos.

Haa.. populariti beliau telah menyebabkan ramai perempuan mengejar Mawi setelah mendengar kelibat beliau berada di satu tempat. Sampaikan ada peminat sanggup menghadiahkan beliau pelbagai hadiah lumayan.

Selain itu, ada yang menjual gambar Mawi yang dihasilkan sendiri dengan harga RM2 sekeping pun ada orang beli tau! Pada waktu itu, memang menjadi satu kebiasaan untuk melihat muka Mawi di mana-mana sahaja.

Apa-Apa Sahaja Yang Ada Muka Mawi Menjadi Kegilaan Ramai Pada Satu Masa DahuluPhoto from San Chuah

Ini telah menyebabkan beliau menjadi kaya melalui hasil tajaan seperti Mi Segera Mamee yang menggunakan Mawi untuk mempromosikan mi segera mereka kepada peminat.

Mawi Hanya Ada Satu Sahaja Dalam Dunia

Kini Menjadi Dj Radio, Mawi Masih Popular Dalam Kalangan PeminatPhoto from IG: cahayaasmawai

Dalam apa-apa sahaja industri baik industri automotif, industri muzik ataupun industri hiburan wajib mempunyai ikon yang tiada ganti dalam dunia ini. Sama seperti penyanyi tersohor Dato' Sri Siti Nurhaliza, hos terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi ataupun lagenda rock Dato' Awie.

Mereka telah menghiburkan kita serta menghadiahkan peminat dengan bakat beliau sama seperti Mawi. Beliau telah mengeluarkan berberapa lagu single dan album untuk mengubatkan rindu peminat setelah menjuarai pertandingan Akademi Fantasia.

Mungkin pada generasi muda seperti Generasi Z tidak mengenali betapa hebatnya penangan Mawi World ini tetapi mak-mak kita pasti segar untuk menceritakan bagaiamana Mawi telah menyentuh hati mereka dengan suara lunaknya.

Haa.. fenomena Mawi sukar untuk diciptakan kembali dengan artis baru kerana ia tidak dapat melahirkan kesan yang sama. Mungkin pada masa akan datang munculnya artis ataupun penyanyi yang berkaliber sama seperti Mawi tetapi tidak dapat menandingi status lagenda yang sinonim dengan nama Mawi!

Mawi Mengimbau Kembali Bersama Trofi Akademi Fantasia!Photo from IG: cahayaasmawi

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok