download Jom Explore app
Mehran Karimi Nasseri: Tersekat Selama 18 Tahun Dalam Airport

Mehran Karimi Nasseri: Tersekat Selama 18 Tahun Dalam Airport

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 20 Dec 2023
Digital Editor

Korang boleh bayangkan hidup terperangkap dalam lapangan terbang selama 18 tahun? Ini yang berlaku kepada Mehran Karimi Nasseri, juga dikenali sebagai Sir Alfred Mehran. Beliau mendapat reputasi sebagai 'The Terminal Man' kerana kisahnya yang sungguh menarik.

Tanpa pasport atau sebarang dokumen pengenalan diri tentang dirinya, Mehran tidak dibenarkan keluar daripada ruang berlepas Terminal 1 di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Perancis.

Akibatnya, beliau terpaksa tinggal, belajar, tidur dan hidup di lapangan terbang tersebut dari 26 Ogos 1988 sehingga Julai 2006. Pada waktu itu, sesiapa yang ingin menaiki kapal terbang di lapangan ini pasti dapat melihat Mehran tengah duduk di 'rumahnya'.

Beliau menjalani kehidupan seharian seperti orang biasa cuma tidak dibenarkan keluar sahaja. Kisahnya telah membuatnya sangat terkenal sehingga terdapat sebuah filem yang mengambil inspirasi daripada kisah hidupnya.

Mungkin korang tertanya, takkan tiada sesiapa cuba tolong menyelesaikan masalahnya dan takkan takda campur tangan daripada kerajaan. Haa.. itu yang membuatkan kisahnya sangat menarik.

Sir Alfred Mehran yang terkenal kerana terperangkap selama 18 tahunPhoto from Quora

Korang baca sampai habis untuk ketahui kisah beliau.

Bermula Kisah Mehran Karimi

Raja Iran yang terakhir iaitu Mohammed Reza ShahPhoto from HistoryExtra

Mehran Karimi Nasseri dilahirkan di Masjed Soleiman, Iran di sebuah penempatan Syarikat Minyak Anglo-Parsi pada tahun 1946. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Britain selama tiga tahun di Universiti Bradford sebelum kembali ke Iran.

Pada tahun 1977, Beliau telah memprotes Raja Iran iaitu Mohammad Reza Shah menyebabkannya diusir daripada negara. Cuma, kisah ini tidak dapat disahkan oleh pakar sama ada dakwaannya menjadi punca beliau disingkirkan dari negara.

Kerana terdapat sesiatan yang dilakukan bahawa beliau tidak pernah dibuang. Disebabkan situasi dihadapinya, Mehran pernah memohon kerakyatan di beberapa negara dan malangnya semua negara menolak permohonannya.

Beliau dikatakan diusir keluar daripada negaranyaPhoto from Sportskeeda

Sebabnya masih tidak diketahui.

Hidupnya Terperangkap Di Lapangan Terbang Selama 18 Tahun

Mehran telah terperangkap dan hidup selama 18 tahun dalam lapangan terbangPhoto from Quizmaster Trivia

Statusnya sebagai pelarian daripada Iran menyebabkan situasi beliau sangat rumit. Hidupnya bermula apabila Mehran terbang ke London dari Perancis pada tahun 1986. Mendarat sahaja di London, beliau tidak menemui pasportnya untuk ditunjukkan kepada pegawai imigresen.

Lalu, beliau dihantar semula ke Perancis dan mendarat di lapangan terbang Charles de Gaulle, polis Perancis telah menahannya. Mehran mendakwa begnya yang mengandungi pasport dan dokumen penting telah dicuri dalam perjalanan ke London.

Beliau dibebaskan selepas siasatan mendedahkan dia mempunyai semua dokumen berkaitan sebelum meninggalkan lapagan terbang di Perancis di pusast pemeriksaan.

Selepas itu, mereka tidak dapat menghantar beliau ke mana-mana negara tanpa dokumen. Perkara itu telah menjadi mustahil dan kesannya adalah terminal 1 di Charles de Gaulle menjadi rumahnya.

Akibat tiada dokumentasi, beliau tidak boleh dihantar ke mana-mana negaraPhoto from Stream on Demand

Mehran turut menukar nama menjadi Sir Alfred Mehran dan menghabiskan 18 tahun belajr dan menulis buku berjudul The Terminal Man.

Gaya Hidup Mehran Di Lapangan Terbang

Rumahnya yang diubah di lapangan terbangPhoto from Daily Mail

Memandangkan beliau terperangkap dalam lapangan terbang pasti akan menghadapi pelbagai isu. Dia tidak dibenarkan meninggalkan kawasan tanpa dokumen pengenalan serta menghadapi cabaran undang-undang.

Oleh itu, beliau menghabiskan masa dengan makan di McDonald's serta menggulung rokok di medan selera. Selain itu, kerana statusnya telah membuatkan terminal itu menjadi terkenal sedikit.

Para perkerja lapangan terbang akan membawa makanan, surat khabat dan beberapa barang keperluan. Kepentingan utama adalah untuk menjaga kebersihan seharian serta dandanan rambut sebagainya.

Mehran akan mandi di bilik lelaki serta membasuh dan mengeringkan pakainnya. Dia mempunyai berus gigi dan segala peralatan kebersihan diri bagi menjaga kekemasan. Sepanjang hidupnya di situ beliau mendapat sokongan daripada ramai orang awam.

Mereka akan mendoakan masa depannya untuk kekal selamat, selesa dan bahagia. Kadang-kala, Mehran akan mendapat surat yang mempunyai wang untuk membenarkan beliau membeli barang keperluan.

Korang boleh bayangkan tak hidup selama 18 tahun di sini?Photo from Effisus

Lapangan terbang menjadi rumahnya dengan barang peribadi berada di satu tempat. Beliau telah mengubahnya untuk menyelesakan diri untuk tidur, belajar dan bercakap dengan wartawan luar.

Apabila Beliau Dapat Keluar Dari Lapangan Terbang

Beliau dapat keluar akibat terpaksa masuk hospitalPhoto from Daily Mail

Jangan sangka tiada campur tangan daripada pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalahnya. Beberapa percubaan telah dilakukan untuk mengeluarkannya dari lapangan terbang selama tempoh 18 tahun.

Ada satu masa beliau telah dibentangkan dengan dokumentasi yang betul pada tahun 1999. Mehran menolaknya kerana dia fikir ia adalah palsu dan mengakibatkan dirinya terperangkap selama tujuh tahun lagi.

Pihak kerajaan turut memfailkan kes penyingkiran terhadapnya untuk dikeluarkan dari terminal itu. Bagaimanapun, dia tidak boleh dikeluarkan secara sah dari lapangan terbang sehingga dia jatuh sakit pada Julai 2006.

Mahkamah Perancis memutuskan pada 1992 bahawa Mehran tidak memasuki lapangan terbang secara haram. Oleh itu, ia menetapkan bahawa dia tidak boleh dikeluarkan secara paksa. Kerajaan Belgium dan Perancis mahu memberikan kewarganegaraan.

Terminal 1 di Charles de Gaulle menjadi terkenal sebab MehranPhoto from Travel and Leisure Asia

Pada mulanya tidak menerima tawaran itu kerana dia merancang untuk tinggal di Britain sepanjang hayatnya. Kerajaan memberinya kebebasan selepas dikeluarkan dari lapangan terbang.

Sentiasa Menjadi Sebuah Kisah Yang Menarik

Walaupun sudah berlalu, kisah Mehran membuatnya sentiasa diingati ramaiPhoto from Daily Mail

Pada satu hari Mehran dijangkiti penyakit yang tidak diketahui yang menyebabkan beliau perlu masuk ke hospital. Ketika di hospital, rumahnya telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

Mehran tinggal di sebuah hotel berdekatan dengan lapangan terbang selama beberapa hari selepas dikeluarkan dair hospital. Pada tahun 2007, sebuah keluarga telah membawanya masuk.

United Nations High Commissioner for Refugees di Belgium memberikannya status pelarian dan lencana untuk masuk ke negara Eropah yang dibenarkan. Ini juga menghalangnya daripada ditendang keluar dari mana-mana negara.

Akhir sekali, Mehran Karimi Nasseri meningglal dunia pada 12 November 2022 di Lapangan Terbang Charles de Gaulle. Menurut pihak lapangan terbang beliau kata Mehran tinggal di kawasan lapangan terbang oleh kerana kehilangan tempat tinggal.

Lakonan Tom Hanks dalam yang mengambil inspirasi daripada kisahnyaPhoto from IMDB

Kisah yang berlaku pada hidupnya akan sentiasa diingati oleh orang awam. Filem berjudul The Terimnal  yang mengambil inspirasi daripada kisahnya sangat berbaloi untuk korang tonton untuk melihat bagaimana hidupnya di lapangan terbang itu.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok