Anda Di Terengganu? Cuba Singgah Ke Surau Berseni Ini
Jika anda sedang bercuti di Terengganu, apa kata singgah Kampung Rhu Tapai untuk melihat senibina surau Langgar Rindu. Bukan sahaja cantik dan unik, ia dihasilkan daripada pokok kayu berusia lebih 300 tahun!
Negara kita cukup terkenal dalam menghasilkan beberapa masjid yang cantik wajar dianggap sebagai seni bina menakjubkan. Tidak kurang juga apabila korang melihat sendiri surau ini di depan mata anda.
Photo from Ateh Sembang
Struktur surau ini dibina menggunakan kayu pokok tembusu terbuang serta kayu cengal yang berusia lebih 300 tahun. Lebih menarik lagi, ia dibina oleh seorang lelaki setelah mendapat ilham.
Abdul Karim Embong Secara Spontan Membina Setelah Mendapat Ilham
Photo from Ateh Sembang
Surau ini dimiliki oleh Abdul Karim Embong dan dibina oleh usaha hasil titik peluhnya. Menurutnya, dia mendapat ilham rekaan surau tanpa sebarang pelan lakaran secara spontan.
Apabila anda melihatnya di depan mata ia bukan sekadar tempat ibadat tapi hasil karya seni yang hidup. Ini kerana Abdul karim merupakan seorang penggiat seni pertukangan tau!
Dengan ukuran 1,064 kaki persegi, dia berjaya membina tanpa sebarang lakaran pelan. Sebaliknya hanya dipasak dan disambung menggunakan skru memberitahu kemahiran serta dedikasi yang hebat.
Photo from Ahmad Kalik
Tambahan pula, tulisan jawi yang anda nampak ialah ukiran dari Abdul Karim sendiri tau.
Kenapa Diberi Nama Langgar Rindu?
Photo from Suraya Kamarudin
Sehubungan dengan itu, mesti anda tertanya mengapa nama surau diberikan nama jarang didengari. Ia menjadi lagi satu penambah elemen unik membezakan rumah ibadah ini daripada lain dalam negara.
Katanya, perkataan tersebut terkenal dalam masyarakat Melayu dagang dalam kalangan etnik Bawean. Perkataan 'Langgar' bermaksud surau dan 'Rindu' ialah simbolik perasaan rindu untuk beribadah kepada Yang Maha Esa.
Photo from Ateh Sembang
Menjadi Warisan Seni Budaya Terengganu
Photo from annour78
Tambahan pula surau ini juga mencerminkan warisan seni di negeri Terengganu. Negeri ini cukup terkenal dengan pelbagai budaya seni tradisional yang mungkin jarang anda dengar.
Seni yang dikenali sebagai pertukangan kayu Terengganu cukup terkenal dalam negeri tersebut. Teknik yang digunakan oleh Abdul Karim sudah tentu akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya dari jauh.
Jika Anda Berada Di Terengganu, Jangan Lupa Singgah!
Photo from IG | padinmusa
Setiap aspek, nilai dan sudut anda melihat surau Langgar Rindu pasti menyentuh hati anda. Keindahan ukiran kayu yang halus, nilai seni begitu unik dan peranan penting dalam kehidupan sosio budaya masyarakat setempat.
Surau ini wajar dijadikan inspirasi untuk pembinaan rumah ibadah lain di negara kita. Bagi mereka yang suka mendalami serta menghayati seni, Surau Langgar Rindu memang wajib dikunjungi apabila anda berada di Terengganu.
📍 Kampung Rhu Tapai, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu
Mungkin korang suka: