download Jom Explore app
5 Masjid Mempunyai Seni Bina Moden Yang Unik!

5 Masjid Mempunyai Seni Bina Moden Yang Unik!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 25 Apr 2023
Digital Editor

Masjid merupakan sebuah bangunan yang sinonim dalam latar belakang pembangunan negara kita. Seni bina Islam dapat dilihat melalui setiap masjid yang digabungkan dengan budaya serta seni bina negara kita menjadikan setiap masjid mempunyai identiti tersendiri tau.

Selain daripada fungsi keagamaan Islam, Masjid juga berfungsi sebeagai pusat kebudayaan untuk masyarakat Muslim jugak tau dengan menyediakan ruang untuk aktiviti bersosial ataupun kelas pendidikan agama. Masjid memainkan peranan amat penting dalam kehidupan seorang muslim terutama dalam negara kita.

Selalunya Masjid mempunyai seni bina yang khusus yang dapat dilihat pada setiap masjid dalam negara. Ciri-ciri umum seperti kubah, menara azan, ruang sembahyang dan mihrab menjadi lambang sinonim untuk mengenal pasti sebuah Masjid.

Indah Dari Pelbagai Sudut TauPhoto from Sumber Gambar: Flickr

 

Haa.. kalau korang nak tahu, negara kita bukan sahaja mempunyai pelbagai Masjid yang cantik tau tetapi mempunyai Masjid yang bukan sahaja mengekalkan ciri-ciri seni bina tradisional Islam serta budaya kita malah mengabbungkan pelbagai konsep seni bina untuk menghasilkan sebuah masjid yang unik dan cantik tau!

Korang nak tahu dekat mana Masjid ini semua? Pastikan korang baca artikel ni sampai habis!

1. Masjid Damansara Perdana, Petaling Jaya

Ruang Solat Yang Sangat Unik TauPhoto from Sumber Gambar: Twitter | rinmansor

Haa.. kalau korang nak tahu, masjid ini baru sahaja beroperasi tau! Walaupun baru dibuka masjid ini telah meraih populariti dalam kalangan komuniti muslim kerana rekaan yang sangat unik menyerlahkan personaliti tersendiri berbanding masjid yang berdekatan ataupun dalam negara.

Masjid ini terletak di kawasan Damansara Perdana yang dikelilingi berberapa kawasan perumahan menjadi sebuah mercu tanda di kawasan tersebut. Masjid ini dibina kerana ia merupakan sebuah kawasan baru untuk memberi peluang kepada orang yang ingin berpindah ke kawasan Damansara.

Suasana Yang Sangat Meriah Walaupun Masjid BaruPhoto from Sumber Gambar: Twitter | natashagideon

Selain itu, masjid ini mempunyai seni reka bina yang memberi fokus kepada 'industrial design' tau. Ia lebih memberi fokus kepada ciri-ciri seperti fungsi, praktikal dan nilai estetika yang melibatkan penciptaan reka bentuk yang bukan sahaja cantik dari segi visual tau tapi lebih kepada fungsi serta kegunaan.

Bukan itu je tau! Masjid ini menggunakan bahan, teknologi serta sistem pembinaan yang kos-efektif tau. Sebagai contoh, masjid ini tidak menggunakan penghawa dingin malah menggunakan berberapa teknik pembinaan untuk menyediakan suasana nyaman sejuk secara semula jadi tau. Menarik kan!

Walaupun Dikelilingi Oleh Pembangunan Moden, Masjid Ini Tetap Menjadi Mercu TandaPhoto from Sumber Gambar: Twitter | iqramsazali

2. Masjid Cyberjaya 10, Cyberjaya

Masjid Ini Merupakan Sebuah Pusat KomunititiPhoto from Sumber Gambar: Twitter | mysrtmz

Masjid Cyberjaya 10 merupakan sebuah Masjid yang bukan sahaja dibina untuk pusat keagamaan tau tetapi menyediakan pelbagai fasiliti untuk meningkatkan persekitaran komuniti setempat seperti pusat dialisis, bilik pendidikan dan taman yang dipenuhi dengan landskap tau.

Haa.. masjid ini boleh memuatkan sebanyak 2,000 jemaah tau! Memang besar dan seni bina yang memberi fokus kepada persekitaran dengan menggabungkan elemen-elemen tradisional sepeti kayu, batu-bata dan konkrit dapat dilihat pada setiap fizikal masjid ini.

Selain itu, masjid ini juga menggunakan teknik seni bina yang menyebabkan pengudaraan serta cahaya semula jadi bagi menjimatkan tenaga tau. Selain itu, korang pun dapat lihat bumbung mempunyai anjung dibina secara berlapis sangat sesuai dengan cuaca panas di negara kita ni kan.

Mempunyai Seni Reka Dalam Yang Sangat Cantik TauPhoto from Sumber Gambar: Twitter | ikhwannawawai87

Bukan itu je tau, masjid ini turut mempunyai kolam air sebagai tadahan hujan bagi membantu mengawal suhu di persekitaran masjid ini untuk memberi suasana nyaman dan sejuk bagi setiap pelawat yang mengunjungi sini.

3. Masjid Kampung Baru, Bentong

Mempunyai Seni Bina Yang Sangat Unik Menyerlahkan Identiti TersendiriPhoto from Sumber Gambar: RBDS

Haa.. Min pun terkejut tau tengok seni reka masjid ini kerana ia bukan sahaja mempunyai nilai estetika yang tinggi malah sangat moden tetapi masih berpegang kepada ciri-ciri seni reka tradisional Islam tau.

Masjid ini dibina oleh arkitek tempatan iaitu RBDStudio dan DZJ yang memberi nafas baru dengan reka bentuk putih, moden serta sangat minimalis.

Kalau korang nak tahu, bentuk cengkerang siput laut menjadi sumber inspirasi kepada masjid ini. Menurut arkitek yang terlibat, mereka ingin menerapkan gaya rekaan yang lebih moden untuk menarik generasi muda untuk hadir ke masjid serta menikmati keindahan masjid ini.

Dikelilingi Oleh Sebuah Komuniti Sesuai Untuk Dijadikan Pusat KeagamaanPhoto from Sumber Gambar: RBDS

Min memang suka sangat setiap rekaan masjid ini dibina dengan sangat terperinci tau pada setiap sudut korang melihat.

4. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Terletak Di Tepi Tasik Menawarkan Permandangan Sangat IndahPhoto from Sumber Gambar: Twitter | madothman

Terletak di tepi Tasik Putrajaya menjadi simbol penting dalam warisan Islam dalam negara dan menarik perhatian kepada pengunjung di Putrajaya. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ataupun dikenali sebagai Masjid Besi telah dibuka pada tahun 2009 dan dinamakan sempena Sultan Terengganu iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kalau korang nak tahu, Masjid ini merupakan gabungan seni bina moden dan seni bina Islam tau. Bahan seperti keluli, kaca, 'wire mesh' yang diimport menjadi bahan utama untuk menghasilkan Masjid Besi ini. Selain itu, Masjid ini turut menggunakan sistem penyejukan berpusat bagi mengekalkan suasana sejuk di persekitaran masjid.

Mempunyai Identiti Tersendiri Yang Sangat MenyerlahPhoto from Sumber Gambar: Wordpress | Menarik Di Central

Masjid ini mampu menampung sehingga 20,000 jemaah tau dan turut mempunyai berberapa bilik untuk tujuan seperti kelas pendidikan, kafeteria dan perpustakaan awam.

Haa.. korang dapat lihat pelbagai seni ukiran yang cantik pada dinding serta silingnya menambah keindahan masjid yang unik ini.

Reka Bentuk Dalam Mempunyai Rekaan Yang Meningkatkan Keindahan Masjid IniPhoto from Sumber Gambar: Twitter | goolgergula

5. Masjid Kota Iskandar, Johor Bahru

Masjid Yang Mempunyai Rekaan Sangat Moden Terserlah TersendiriPhoto from Sumber Gambar: Twitter | fefezaza

Terletak di Johor Bahru yang diberi nama sempena bekas Sultan Johor, Masjid Kota Iskandar merupakan sebuah masjid yang menggabungkan unsur-unsur seni bina Islam tradisional dengan berberapa ciri-ciri moden tau.

Antara ciri yang ikonik pada masjid ini adalah kubahnya yang berwarna biru turquoise yang korang dapat lihat dari jarak jauh tau. Selain itu Kubah ini turut dikelilingi oleh empat kubah yang lebih kecil dan dilengkapkan oleh lapan menara dihiasi dengan teknik kaligrafi Islam melengkapkan seni rekaan yang sangat cantik ni tau.

Masjid ini mampu menampung sehingga 6,000 jemaah pada satu masa dan jemaah mampu menikmati keindahan masjid yang cantik ini dengan reka bentuk dihiasi penuh pada setiap sudut sehinggalah ke dinding serta silingnya.

Bukan itu je tau, lokasi masjid ini dikelilingi oleh taman serta tasik yang cantik untuk para pengungjung menikmati persekitaran sekeliling masjid ini. Lokasi yang strategik dari pusat bandar Johor Bahru menjadikan masjid ini antara tarikan popular pelancong dan penduduk tempat yang korang patut pergi tau!

Kubah Ini Merupakan Fokus Utama Masjid IniPhoto from Sumber Gambar: Twitter | amnsyfqq

Haa.. siapa sangka negara kita turut mempunyai berberapa masjid yang cantik malah unik dan moden tau! Jadi korang dah tetapkan masjid mana nak singgah dulu untuk solat nanti?

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok