download Jom Explore app
Serendah RM400, Menarik Betul Nubia Music Ni

Serendah RM400, Menarik Betul Nubia Music Ni

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 26 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Zaman sekarang memang penting untuk memiliki sebuah peranti untuk mengharungi kehidupan seharian. Segalanya berada dalam media sosial maka pilihan peranti pada harga berbeza semakin banyak dalam pasaran.

Jika korang sedang mencari telefon apa kata korang usha Nubia Music yang mempunyai satu ciri pasti membuatkan korang terkejut. Ciri tersebut adalah korang boleh dapatkan dengan harga serendah RM388 sahaja.

Ia merupakan keluaran telefon untuk tahun ini dengan bentuk rekaan sungguh menarik. Berbeza daripada kelas flagship daripada jenama lain dalam pasaran.

Boleh tahan rupa Nubia Music ni!Photo from Soya Cincau

Selain itu, ia juga dihasilkan untuk memuaskan individu yang gemar melayan muzik berkualiti tinggi. Terma tersebut dikenali sebagai audiophile, jika korang adalah golongan itu, baca sehingga habis untuk ketahui segalanya.

Seperti XpressMusic Untuk Generasi Kini

Nubia Music ambil inspirasi dari Nokia XpressMusic Photo from Reddit

Kalau min sebut XpressMusic hanya mereka yang lahir sebelum tahun 2000 sahaja mengetahui nama tersebut. Ia merupakan siri telefon Nokia yang memberi fokus kepada pengalaman mendengar lagu lebih baik.

Ia juga dilengkapi dengan kad micro SD untuk tambahan storan untuk menyimpan lagu (zaman tu takda Spotify). Rekaan dan rupa peranti Nokia XpressMusic sungguh unik dan berbeza kerana memiliki kombinasi warna merah, putih atau hitam.

Fokus Nubia Music ialah untuk memberikan pengalaman mendengar lagu lebih baikPhoto from Lowyat.NET

Berbalik semula ke Nubia Music, ia ibarat satu penghormatan kerana memberi fokus yang sama.

Gaya Reka Unik Dengan Warna Pop!

Rekaan pop art dibelakang memberikan gaya lebih unikPhoto from Soya Cincau

Selalunya pengeluar akan inovasi gaya reka peranti untuk menarik perhatian pelanggan. Contohnya, guna bahan mewah seperti kaca, guna warna yang berbeza atau unik serta menampilkan corak.

Walau bagaimanapun, untuk Nubia Music mereka memilih untuk tampilkan warna sebagai daya tarikan. Penggunaan warna menghasilkan motif pop-art merupakan sentuhan seperti dikeluarkan pada tahun 2000.

Yang besar tu bukan kamera ye, itu speakerPhoto from Android Police

Kemudian, di bahagian belakang terdapat 2 jenis kamera bersama sebuah bulatan besar disebelahnya. Haa.. itu bukan bulatan kosong, ia adalah sebuah speaker yang berkuasa tinggi.

Speaker 600% Lebih Berkuasa Berbanding Speaker Biasa

Speaker tersebut dapat memberikan audio 600% lebih kuat berbanding speaker biasaPhoto from Notebookcheck

Memandangkan Nubia Music hadir dengan sebuah speaker besar di bahagian belakang. Maka tiada speaker diletakan pada bahagian bawah seperti peranti tradisional yang biasa kita lihat.

Speaker bersaiz besar mempunyai kuasa untuk mengeluarkan audio 600% lebih kuat berbanding yang biasa. Tidak dapat dinafikan lagu yang dipasang melalui peranti ini lebih kuat.

Namun, kualitinya biasa sahaja mungkin boleh dipertingkatkan lagi. Tetapi jika korang jenis suka layan movie, podcast, dengar lagu ia sangat sesuai kerana bunyi pertuturan dapat dengar dengan jelas.

Speaker pula dapat berikan kualiti audio lebih jelasPhoto from ZTE

Selain itu, terdapat fungsi FM Radio yang sudah terbina dalam badan peranti. Ia tidak memerlukan earfon untuk dijadikan sebagai antena untuk mendengar radio, ciri ini sesuai untuk mereka yang kerap dengar radio.

Ada 2 Jek Audio Untuk Berkongsi Bersama

Bukan satu, tapi 2 jek audio diberikan memang rarePhoto from Android Police

Bagi min, ciri paling menarik pasal peranti Nubia Music adalah ia bukan sahaja ada satu, ia ada 2 jek audio berukuran 3.5mm disediakan! Maksudnya korang boleh pasang dua earfon berbeza pada masa yang sama.

Ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berkongsi lagu tanpa perlu berebut earfon. Tambahan pula, zaman sekarang nak lihat peranti memiliki jek audio tersangatlah susah sebab semuanya sudah beralih ke tanpa wayar.

Tak perlu guna wireless, boleh guna wayar barulah bestPhoto from Gizmochina

Jelas sekali, menarik betul ciri ini.

Mempunyai Storan 128GB, RAM 4GB Dan Kamera Selfie 50MP

Mempunyai komponen yang agak baik untuk harganyaPhoto from Digitec

Seterusnya komponen dalam Nubia Music adalah seperti berikut:

  • Menggunakan cip pemproses Unisoc SC9863A
  • RAM 4GB (4GB tambahan secara maya) jumlah keseluruhan 8GB
  • Dwikamera belakang 50 MP
  • Kamera selfie bahagian hadapan 50 MP
  • 5,000 mAh bateri kapasiti

Kesimpulannya, peranti ini sangat sesuai jika penggunaan korang ringkas kerana komponen tidak begitu tinggi. Selain itu ia sukar untuk melakukan tugasan berat seperti main permainan video contohnya.

Kalau tanya min, Nubia Music wajar digunakan untuk dengar lagu, tengok movie dan sebagainya. Jika korang sedang mencari peranti sisi yang berbeza daripada telefon utama.

Tengah cari telefon dengan harga berbaloi? Mungkin boleh usha iniPhoto from Soya Cincau

Maka, Nubia Music ialah pilihan yang tepat kerana mempunyai harga berbaloi dengan komponen disediakan.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok