download Jom Explore app
Kamera Baru, Bateri Besar & AI Lebih Berkuasa?!

Kamera Baru, Bateri Besar & AI Lebih Berkuasa?!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 12 Jul 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Samsung telah melancarkan model yang disukai ramai iaitu Galaxy Z Flip 6 untuk menggantikan model sebelum ini. Mengekalkan falsafah reka bentuk peranti yang boleh lipat dengan peningkatan perkakasan serta dikuasakan oleh Galaxy AI.

Tidak dinafikan masih ramai rindu zaman telefon lipat betul tak? Terdapat perasaan puas apabila kita dapat lipat dan simpan peranti dalam poket seluar untuk meneruskan kehidupan harian.

Apa yang menarik untuk model ke-6 kali ini?Photo from CNN

Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, siri Samsung Galaxy Z Flip telah membuka laluan baru dalam industri telefon pintar dengan rekaan tersendiri. Walau bagaimanapun selepas beberapa tahun, peminat mahukan sesuatu yang baru.

Jadi apakah pembaharuan yang dilakukan oleh syarikat gergasi ini?

Sejak dikenalkan pada tahun 2020, model Flip mendapat permintaan ramai di negara kitaPhoto from Soya Cincau

Fokus Samsung Untuk Menambah Baik Kualiti Pembinaan

Fokus Samsung untuk tahun ini untuk menambah baik kualiti peranti iniPhoto from Android Authority

Galaxy Z Flip 5 merupakan peningkatan yang besar telah dilakukan sejak peranti ini diperkenalkan. Dahulunya di bahagian paparan penutup (cover display) daripada skrin bersaiz 1.9" kepada 3.4" lebih besar.

Peningkatan itu membolehkan pengguna menonton video kegemaran. Manakala bagi Galaxy Z Flip 6 nampak gaya Samsung lebih fokus kepada penambahbaikan kepada kualiti pembinaan produk peranti.

Contohnya gaya rupa yang lebih bersifat industri dengan bahagian tepi rata serta tajam.

Gaya reka lebih kemas, tajam memberi industrial look yang pasti ramai minatPhoto from Tech Advisor

Skrin AMOLED Bersama Kamera Yang Lebih Baik?

Skrin bersaiz 3.4" membolehkan anda tengok video tau!Photo from Trusted Review

Selain itu di bahagian paparan penutup, Samsung masih mengekalkan panel Super AMOLED 3.4". Skrin ini memberi resolusi 720x748 piksel dengan kadar segar semula 60 Hz.

Sehubungan dengan itu, bahagian dalam korang dapat berinteraksi dengan skrin sebesar 6.7" 120 Hz Full HD+ Infinity Flex AMOLED! Ia juga hadir dengan nisbah aspek 22:9 yang tinggi.

Skrin 6.7" AMOLED tidak pernah mengecewakan dari segi kualiti imejPhoto from Android Authority

Sama seperti model sebelum ini, skrin AMOLED memang tidak mengecewakan. Tambahan pula, kamera utama Galaxy Z Flip 6 telah dinaik taraf kepada sensor 50MP beresolusi tinggi dengan zum kualiti optikal 2x.

Samsung turut mengekalkan kamera ultra lebar 12MP dan sedikit kecewa apabila masih tidak mempunyai kamera telefoto. Untuk yang suka ambil gambar selfie, model ini menyediakan kamera swafoto 10MP.

Kamera juga ditambah baik terutama bahagian swafotoPhoto from Android Authority

Bateri Berkapasiti Lebih Tinggi Bersama Snapdragon 8 Gen 3 Buat Kali Pertama

Bateri juga dipertingkatkan bersama Snapdragon 8 Gen 3 yang lebih berkuasaPhoto from Fuzz.my

Peningkatan yang sentiasa dialu-alukan untuk sebuah peranti mewah ialah kapasiti bateri. Berita baik untuk Galaxy Z Flip 6 kerana model sebelum ini mempunyai kapasiti 3,700mAh berubah kepada 4,000mAh.

Di samping itu, untuk buat pertama kali untuk siri ini. Snapdragon 8 Gen 3 muncul untuk kuasakan peranti dengan ruang wap untuk membantu menghilangkan haba dengan berkesan.

Samsung turut meningkatkan RAM (random access memory) daripada 8GB kepada 12GB. Membuatkan prestasi peranti lebih laju serta efektif cuma tiada perubahan ketara di bahagian pengecasan.

Peningkatan RAM juga akan membuatkan prestasi peranti lebih pantasPhoto from Sammobile

Galaxy AI Menjadi Ciri Utama Galaxy Z Flip 6!

Galaxy AI menjadi ciri utama untuk model tahun iniPhoto from Soya Cincau

Dengan bantuan Google Gemini, Samsung menjadikan AI Generatif sebagai ciri utama mereka tahun ini. Selain membantu anda menulis mesej, melakukan terjemahan langsung dan membuang objek tidak diingin dalam gambar anda.

Galaxy AI akan membantu anda ambil gambar swafoto bebas tangan dengan lebih baik. Caranya sangat menarik! Ketika mengambil swafoto dalam mod flex, Zum AI akan memastikan anda berada dalam bingkai secara automatik.

Ia akan bertukar anatara kamera utama dan ultra lebar jika perlu. Seterusnya, ciri terjemahan langusng dwi skrin membolehkan pihak lain membaca frasa anda dalam bahasa tempatan melalui paparan muka depan.

Pada masa yang sama, mereka boleh membaca terjemahan jawapan pada skrin dalaman. Memang hebat betul Galaxy AI ini!

Samsung Mula Menerima Pra-Pesanan Untuk Galaxy Z Flip 6!

Cantik betul warna yang hadir untuk model Flip 6!Photo from Sammobile

Dah tak sabar untuk dapatkan telefon pintar Galaxy baru? Samsung Malaysia mula menerima pra-pesanan untuk Galaxy Z Flip 6 di laman web mereka. Harga rasmi ialah seperti berikut:

  • 12GB RAM + 256GB storan - RM4,999
  • 12GB RAM + 512GB storan = RM5,599

Selain itu, model ini hadir dalam warna Biru, Bayangan Perak (Silver Shadow), Kuning dan Pudina (Mint). Terdapat tiga warna eksklusif dalam talian iaitu hitam, putih dan peach.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok