download Jom Explore app
87% Rakyat Malaysia Akui Susah Untuk Tidur Nyenyak!

87% Rakyat Malaysia Akui Susah Untuk Tidur Nyenyak!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 06 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tular di platform X apabila seorang individu berkongsi sejenis minuman dalam tin. Minuman tersebut didakwa dapat membantu mereka yang susah untuk tidur nyenyak.

Perkongsian yang meraih 2.4 juta interaksi itu, individu tersebut berkata tertarik dengan apa yang didakwa oleh minuman itu. Ia boleh dibeli di kedai serbaneka dengan harga RM9.90 setin.

Minuman yang didakwa dapat membantu anda tidur lebih nyenyakPhoto from Lazada

Katanya, "Saya tak ada isu susah nak tidur, saja cuba. Saya minum sebelum tidur dan main telefon, tapi dia punya dalam mengantuk tu. Terus letak telefon.

Kau rasa lebih relaks nak tutup mata. Badan lebih ringan dan terasa lebih nyenyak, esok pagi bangun selesa bertenaga. Rasa minuman tak manis dan tidak berkarbonasi,"

Tidur secukupnya penting untuk memastikan kita bertenaga sepanjang hariPhoto from Canva

Reaksi netizen pula ramai ingin mencuba sendiri keberkesanan minuman tersebut. Tak sangka rupanya ramai mengambil berat tentang keselesaan tidur mereka.

Mengapa Tidur Nyenyak Sangat Penting Untuk Kesihatan?

Kenapa penting untuk tidur nyenyak sebenarnya?Photo from Liputan6

Badan kita memerlukan banyak tenaga untuk berjaga. Tidur berkualiti dapat menguatkan ingatan dan sistem imun kita. Ia juga membantu mengeluarkan toksin dari otak kita.

WebMD berkata "Anda boleh bahagikan rehat kepada 2 jenis: pergerakan mata pantas (REM) dan mata tidak pantas (NREM). Badan kita akan bergilir antara REM dan NREM setiap 90 minit atau lebih sekurangnya 5 kali.

Kita akan mula nyenyak pada peringkat 3 NREM. Ia dipanggil N3 atau tidur gelombang perlahan (SWS), anda akan mendapat majoriti SWS pada separuh pertama malam.

Bila dapat tidur secukupnya badan kita lebih sihat Photo from Harian Metro

Apabila berada dalam keadaan ini, sukar untuk kejut bangun." kata mereka. Selain itu kebaikan dapat rehat sepenuhnya ialah:

  • Sistem imun sihat
  • Jantung berfungsi baik
  • Pembaikan tisu dan otot
  • Keseimbangan hormon dan metabolisme

9 daripad 10 rakyat Malaysia menghidap masalah insomniaPhoto from Utusan Dunia

Namun demikian, 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengakui bahawa mereka mengalami masalah tidur termasuk insomnia. Jika anda juga menghadapi kesukaran ini selain daripada beli minuman ini, anda boleh cuba.

Amalkan Kacang Badam Dan Teh Chamomile

Amalkan kacang badam setiap hari jika anda mengalami masalah susah tidurPhoto from Wikipedia

Menurut Healthline, untuk tingkatkan kualiti rehat dengan lebih tinggi. "Anda perlu amalkan pemakanan kacang badanIa mengandungi vitamin B dan magnesium yang boleh membantu menggalakkan tidur lebih baik.

Selain itu mengambil jumlah magnesium mencukupi dipercayai boleh tingkatkan kualiti tidur. Perkara ini sangat penting bagi mereka yang mengalami masalah insomnia.

Teh Chamomile pula bukan sahaja membantu anda rehat, ia juga dapat buat mood anda lebih relaksPhoto from Sleepopolis

Tambahan pula, Teh Chamomile mengadungi bahan bernama apigenin. Antioksidan ini mengikat reseptor tertentu dalam otak anda menggalakkan rasa mengantuk dan kurangkan insomnia" ujar mereka.

Sebuah kajian pada tahun 2017 mendapati bahawa orang dewasa mengambil 400 miligram (mg) kapsul oral chamomile dua kali sehari selama 4 minggu. Mereka tidur lebih baik berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Jika anda seperti gambar ini, apa kata amalkan kacang badam dan teh chamomilePhoto from Kosmo Digital

Justeru itu, jika anda sedang menghadapi perkara ini. Boleh amalkan tips ini supaya dapat badan dapat berehat sepenuhnya.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok