download Jom Explore app
Suzuki Jimny Hadir Dengan Varian-5 Pintu Baru!!

Suzuki Jimny Hadir Dengan Varian-5 Pintu Baru!!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 01 Aug 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Walaupun dihasilkan untuk menempuh hutan, banjir dan trek mencabar. Suzuki Jimny menjadi kegemaran ramai wanita urban yang ingin memiliki sebuah kereta SUV bersaiz kecil dan comel.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) dilihat sebagai kereta idaman bagi majoriti warganegara. Bersaiz besar, kabin luas dan pemanduan selesa tidak terkejut mengapa ia merangkumi 30% daripada pasaran tempatan.

SUV mendominasi pasaran automotif tempatan berbanding 5 tahun lepasPhoto from Paultan.org

Sebanyak 213,128 unit berjaya dijual tahun lepas mengalahkan beberapa jenis kenderaan lain. Disebabkan itu Suzuki melancarkan varian model Jimny-5 pintu untuk memuaskan permintaan pelanggan yang melonjak.

Apa yang menarik tentang varian baru 5 pintu kali ini?Photo from Suzuki Global

Ditubuhkan Sejak Tahun 1909 Menjadi Antara Jenama Automotif Ikonik

Sudah lebih 100 tahun beroperasi, Suzuki muncul sebagai antara jenama automotif Jepun yang hebatPhoto from Global Suzuki

Sejak 1909, Suzuki menjadi sebuah jenama ikonik dalam industri automotif dengan falsafah berbeza daripada persaing. Terkenal dengan komitment terhadap kualiti, serba boleh dan inovatif.

Mereka berjaya mencipta nama dengan menghasilkan beberapa buah motosikal sebelum beralih kepada kereta pada tahun 1960-an. Setiap model dikeluarkan boleh dipercayai, mampu milik dan cekap.

Selain daripada kereta, jenama ini telah menghasilkan banyak motosikal yang hebatPhoto from Cycle News

Memberi kesan kepada reputasi jenama unggul dalam kejuruteraan dan kepraktisan yang teguh.

Apa Yang Baru Untuk Varian Suzuki Jimny 5 Pintu?

Dibina untuk tahan lasak dan menempuh segala trek mencabarPhoto from Suzuki Global

Dibina untuk menempuh pengembaraan dikuasakan dengan enjin 1.5L menampilkan teknologi seperti idle start-stop. Enjin ini mampu menghasilkan 100 kuasa kuda dan 130Nm tork.

Ditambah pula dengan sistem ALLGRIP PRO 4WD baru, 4-speed low-range transfer gear dan LSD traction control brake. Ia dapat berikan kuasa mencukupi tetapi juga memberikan pemandu keyakinan ketika memandu.

Dengan mudah anda boleh tukar dari 2 roda ke 4 rodaPhoto from Suzuki Global

Contohnya sistem ALLGRIP PRO 4WD menawarkan keupayaan memandu off-track cukup hebat. Dengan lancar anda boleh tukar daripada pacuan 2 roda kepada 4 roda tanpa susah.

Tak lupa juga, varian Jimny 5 pintu hadir dengan sentuhan inovasi Suzuki. Pecutan tork yang dioptimumkan dan transmisi automatik empat kelajuan yang direka khas oleh jenama ini.

Ruang kabin lebih panjang dan luas lengkap dengan segala ciri moden anda perlukanPhoto from paultan.org

Ciri moden seperti sistem infotainment skrin sentuh, kawalan iklim automatik dan peningkatan keselamatan bakal memberikan pengalaman pemanduan sangat seronok.

Ciri Keselamatan Yang Ada Pada Model Ini

Suzuki Jimny tidak lupa akan benda paling penting, iaitu keselamatan anda!Photo from Suzuki Global

Bab keselamatan ialah keutamaan Jimny. Enam beg udara, sistem brek antikunci, pengagihan tenaga brek elektronik (EBD), fungsi bantuan brek, program kestabilan elektronik (ESP) dan pelbagai lagi hadir untuk memastikan anda terlindung sepenuhnya.

Ada anak kecil? Jangan risau kerana Suzuki Jimny menyediakan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX. Tidak perlulah anda risau akan keselamatan anak ketika memandu.

Lebih Panjang, Lebih Banyak Barang Boleh Muat

Lebih panjang membolehkan anda bawa lebih banyak barang, macam sesuai nak bawak balik raya kan?Photo from paultan.org

Kalau anda nak tahu panjang keseluruhan ialah 3,850 mm berbanding varian tiga pintu iaitu 3,550 mm. Perbezaan 300 mm itu sangat penting bagi mereka yang sering membawa barang ke dalam kereta.

Jarak roda lebih panjang, ruang kabin besar serta luas dan ruang kaki dan bagasi tambahan bakal membuatkan anda lebih selesa berbanding dahulu.

Walaupun lebih panjang dari varian 3 pintu, model ini tetap bersaiz kompak miniPhoto from paultan.org

Walaupun Memiliki Wajah Comel, Ia Direka Untuk Tahan Lasak

Nampak je comel, tapi setakat tempuh hutan tiada masalahPhoto from Suzuki Global

Haa.. memandangkan ramai perempuan sering mengatakan model Jimny sangat comel, ia direka untuk tahan lasak tau. Dilengkapi dengan body-on-frame design untuk menghasilkan badan Jimny lebih kukuh.

Selain itu lampu depan LED hadir dengan wiper untuk memastikan keterlihatan kekal walaupun berada dalam keadaan paling sukar. Tambahan pula, bentuk bampar sisi meningkatkan ketangkasan pemanduan serta melindung daripada sebarang kerosakan.

Lampu LED, bampar baru dipertingkatkan kekuatannyaPhoto from paultan.org

Direka dengan penuh teliti, Suzuki Jimny berjaya menggabungkan reka bentuk dan inovasi. Resipi ini semua bakal meningkatkan pengalaman pemanduan keseluruhan membuatkan anda bakal jatuh cinta dengannya.

Apa yang pasti ialah anda tidak akan hampa dengan Suzuki JimnyPhoto from Suzuki Global

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok