Jom Ke Dash Box Hotel, Cyberjaya, Buka Pintu Terus Terjun Kolam, Bestnya!
Tak payah pergi jauh-jauh untuk warga Lembah Klang untuk 'Staycation'. Di Cyberjaya korang boleh dapatkan bilik depannya terus kolam di Dash Box Hotel, Cyberjaya. Memang menarik untuk bawak keluarga anda ke sini kerana sesuai untuk semua peringkat umur untuk berkumpul.
Reka bentuk hotel ini diilhamkan dengan penuh teliti dan memberikan refleksi hotel yang inovatif dan bergaya moden. Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti Wifi, kolam renang, taman permainan dan tempat bersenam untuk para pengunjung yang ke sana.
Menyentuh mengenai kemudahan bilik, terdapat 87 bilik yang terdiri daripada dash twin, dash studio dan dash deluxe. Harga bagi setiap bilik adalah berbeza kerana faktor keluasan bilik dan kemudahan yang disediakan. Boleh 'booking' di aplikasi pelancongan atau hubungi mereka terus.
Bilik dash studio lebih sesuai untuk mereka yang mengembara solo, manakala bilik dash jenis twins pula lebih sesuai untuk mereka yang berhoneymoon atau bercuti secara berpasangan.
Manakala bagi mereka yang bercuti dengan keluarga yang lebih ramai pasti menempah bilik jenis dash deluxe kerana bilik ini besar dan cukup selesa. Bilik deluxe ini lengkap dengan balkoni, katil super king dan pemandangan sempurna menghadap kolam renang.
Dash Box juga menyediakan cafe iaitu Mya Cafe untuk para pengunjung lebih santai untuk menikmati makanan yang dihidangkan. Tetapi jangan risau, bagi yang sudah tempah bilik pastinya sudah sediakan makan pagi untuk dua orang.
Jadi, korang boleh bawa keluarga korang ke sini untuk aktiviti yang lebih santai dan menenangkan kerana kawasan yang lebih privasi. Suasana malam pon menyeronokkan kerana mempunyai lampu yang dihias di kolam mereka.
?Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor