download Jom Explore app
Makanan Jepun Halal: 5 Kedai Wajib Korang Singgah

Makanan Jepun Halal: 5 Kedai Wajib Korang Singgah

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 31 Jan 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Jepun adalah destinasi utama bagi orang tempatan untuk pergi melancong. Ini kerana budaya negara tersebut telah menarik perhatian ramai orang dari setiap golongan umur tetapi ramai menghadapi masalah bila nak mencari makanan Jepun yang halal. Betul ke negara ini tak banyak kedai makan halal?

Bukan semua negara dalam dunia ini mempunyai peratus orang muslim yang tinggi. Oleh kerana negara kita majoriti muslim kita jarang menghadapi masalah untuk mencari makanan yang statusnya halal.

Apabila kita melancong ke negara luar tak semuanya majoriti muslim. Disebabkan itu kebanyakkan orang tempatan akan membawa stok makanan yang banyak untuk makan sahaja. Namun, tak ramai orang tahu bahawa orang Jepun sedar akan peningkatan pelancong beragama muslim.

Mereka telah meningkatkan usaha melalui persatuan pelacong dan perniagaan untuk perbaiki kelemahan ini bagi memenuhi keperluan pelancong muslim dengan lebih baik. Ini bermula dengan perkhidmatan mesra Muslim. Surau dan bilik sembahyang disediakan.

Ini juga termasuk kedai makanan halal yang semakin mudah untuk kita cari sebenarnya terutama di bandar Tokyo. Negara mereka turut mempunyai sijil, logo dan perbadanan untuk memastikan statusnya halal yang diiktiraf oleh negara kita.

 

Bandar Tokyo adalah destinasi percutian utama orang tempatanPhoto from Japan Guide

5 kedai yang min senaraikan ini adalah kedai halal untuk korang menikmati makanan Jepun yang asli.

Tendon Itsuki - Tempura

Tempura ni nampak simple tapi rasa dia memang menakjubkanPhoto from RDZ STR

Pengaruh Makanan Jepun sudah cukup popular dalam negara kita. Lihat sahaja lambakkan kedai yang menjual pelbagai makanan mereka yang kita boleh nikmati bagi mengetahui keunikkan resipi serta cara masakkannya.

Antara makanan yang digemari ramai adalah Tempura. Untuk menikmati pengalaman percutian dan makanan yang menyeronokkan korang wajib menikmati hidangan berasaskan Tempura tau.

Ia adalah makanan yang digoreng yang pasti dapat buat kita gembira. Nak cari yang halal wajib singgah ke Tendon Itsuki di Ginza bagi merasai rasa tempura sebenar yang sangat melazatkan bersama beberapa makanan sampingan.

Selain itu mereka turut menyediakan ruang solat bersama kawasan berwudhu. Dekat sini bersedia untuk nikmati makanan tempura panas digoreng mengikut pesanan oleh chef pakar mereka.

Makanan yang disediakan berkualiti tinggiPhoto from Nasir

Bagaimana Untuk Kesana:

Tendon Itsuki: 3 min walk from JR Yurakucho St (Ginza IN1, 2f)

📍 2F, Ginza-INZ Building, 3-1, Ginza-nishi, Chuo-ku, Tokyo 104-0061

⏰ Dibuka setiap hari; 11:30am - 3:30pm, 5pm - 8:30pm

Asakusa Sushi Ken - Sushi

Mewah sungguh sushi yang dipamerkan niPhoto from Cindy

Percutian dan pengalaman takkan lengkap kalau tak menikmati Sushi. Selalunya kita hanya menikmatinya di negara kita dan rasanya boleh-boleh sahaja. Kalau di negara asalnya kita mungkin dapat menikmati rasa yang sebenarnya.

Asakusa Sushi Ken terletak berdekatan dengan stesen Asakusa sahaja. Mereka akan menghasilkan pelbagai set sushi menggunakan bahan segar dan berkualiti sahaja. Sesiapa yang suka sushi memang wajib singgah ke sini untuk cubanya tau.

Selain itu kita dapat melihat bagaimana proses memasak yang dikendalikan oleh cef mereka. Dari mula sehingga dihidang di atas meja pasti dapat membangkitkan selera makan korang.

Mereka akan gunakan bahan yang segar sahajaPhoto from Bibs

Takkan tak terliur lihat sushi disusun, dibuat dengan kemas dan baik di depan mata korang.

Bagaimana Untuk Kesana:

📍 2 Chome-11-4, Asakusa, Taito-ku, Tokyo 111-0032, Japan

⏰ Tutup pada hari Rabu (11:30 pm - 2:30 / Tengah hari) (5 pm - 9 pm / Makan malam)

Honolu Ramen - Ramen

Rugi betul pergi Jepun tak nikmati RamenPhoto from Azman Basri

Semua orang pasti mengimpikan untuk menikmati semangkuk ramen panas ketika menerokai bandar Tokyo kan? Ramen boleh dikatakan antara makanan Jepun yang cukup popular oleh kerana sering dipamerkan dalam siri animasi, drama dan filem.

Kedai ini juga amat popular dalam kalangan pelancong muslim dan komuniti muslim di negara itu. Cuma min nak bagitahu cara untuk memasan makanan tidak sama macam ada di negara kita. Korang perlu pesan menggunakan mesin dan berikan kepada staf.

Rasa ramen yang disediakan mempunyai kuah yang pekat, berperisa tinggi. Ia dihiaskan dengan telur, ayam dan beberapa sayuran untuk beri nikmati dengan setiap suapan. Min sarankan korang cuba versi ramen pedas yang digemari ramai.

Selain dari ramen, chicken karaage turut digemari ramaiPhoto from Ahmad Zaidi

Mereka turut menawarkan makanan sampingan seperti Honolu Fried Chicken yang popular. Kalau korang minat ayam karaage, sudah pasti korang akan minat versi ayam goreng dihasilkan oleh mereka.

Bagaimana Untuk Kesana:

📍 Sub-US RIKA Bridge Building 1F
Ebisu Minami 1-23-1 Shibuya-ku, Tokyo, Japan

⏰ Dibuka setiap hari; 11:30am - 2:30pm, 5:30pm - 10:00pm

Yakiniku Kaiseki Tomoji - Wagyu Yakiniku

Mereka menyediakan wagyu hitam yang halal untuk dicubaPhoto from Yakiniku

Yakiniki merupakan antara gaya masakan yang unik dalam landskap makanan Jepun. Hanya di Yakiniku Kaiseki Tomoji korang boleh menikmati rasa Wagyu hitam yang halal untuk berikan rasa daging sungguh menyelerakan.

Mereka menyediakan set beef yakiniku untuk korang nikmati selepas asyik terliur melihat rupa daging wagyu. Set ini bukan sahaja bahagian daging menjadi watak utama tetapi beras yang digunakan pun patut diberikan fokus juga.

Beras Sasanishiki yang diambil dari Miyagi Prefecture akan memberikan rasa nasi yang tiada bandingan. Ia akan melengkap keseleruhan hidangan ini termasuk pencuci mulut untuk menyegarkan selepas menikmati makanan yang berat.

Cuma sedikit pesanan korang perlu lakukan tempahan sebelum menikmati makanan di sini.

Set beef wagyu yakiniku adalah pengalaman yang wajibPhoto from Camille

Bagaimana Untuk Kesana:

📍 Hibiya Comfort Tower 2F, 1-1-1 Nishi-Shimbashi, Minato-ku, Tokyo

⏰ Ahad tutup, (11:30 am - 2pm) (5 pm - 10 pm)

NikoNiko Halal Mazemen & Curry - Kari

Korang kena cuba rasa kari jepun kerana mempunyai profil rasa berbezaPhoto from nikoniko mazemen

Ramai orang tak tahu yang orang Jepun gemar makan nasi bersama kari. Perbezaan kari yang mereka hasilkan mempunyai profil rasa unik untuk membezakan daripada kari kita biasa makan di Malaysia.

NikoNiko pula kedai yang baru sahaja dibuka pada tahun 2021 dan terletak berdekatan dengan stesen Akihabara. Ia dimiliki oleh orang muslim daripada Sri Lanka menggunakan resipi keluarga turun-temurun untuk menghasilkan menunya.

Di sini korang berpeluang untuk nikmati masakan seperti dimasak di rumah menggabungkan dua rasa yang berbeza. Kari kepala ikan menjadi kegemaran ramai kerana menggunakan kepala dua ikan berbeza.

Diusahakan oleh pemilik muslim dari Sri Lanka, wajib cuba!Photo from TK

Bagaimana Untuk Kesana:

📍 2-15-1, Kanda Sudacho, Chiyoda-ku, Tokyo

⏰ Setiap hari (11:30 - 3:00 pm) (5:00 pm - 10:00 pm)

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok