download Jom Explore app
Makan Di Tepi Jalan Pun Boleh Vibe Kafe Estetik?

Makan Di Tepi Jalan Pun Boleh Vibe Kafe Estetik?

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 02 Jul 2024
Digital Editor

Persaingan dalam industri F&B negara sangat ketat. Saban hari pelbagai kafe mengeluarkan konsep unik untuk menjadi perintis dalam persekitaran makanan tempatan. Maka, itu yang Bluum Roadside Cafe sedang melakukan.

Malaysia sangat sinonim dengan budaya makan tepi jalan. Tak kisah sama ada warung, gerai atau kedai hampir semua kawasan dipenuhi dengannya menyediakan makanan dengan harga berbaloi.

Walaupun berada tepi jalan tak bermakna kena kotor betul?Photo from X | iwanqais

Tapi bila kita bercakap tentang perkara ini. Dalam fikiran kita sudah boleh bayang keadaan gerai ini yang biasanya akan ada khemah, meja dan kerus ringkas sahaja.

Yang mereka pentingkan adalah kualiti makanan betul tak? Disebabkan ini, dua rakan ambil keputusan untuk ubah persepsi tersebut dengan menyediakan pengalaman makan tepi jalan yang bersih, berkualiti tinggi dan moden.

Apa yang menarik tentang kafe ini?Photo from X | hotchoc85

Perjalanan Dua Rakan Dari Sekolah Ke Kafe Tepi Jalan

Bermula dengan kisah 2 rakan tercetus satu idea..Photo from FB | Cafe.folome

Ilyas Rosmadi dan Amirul Syahmi sudah berkenalan sejak di bangku sekolah SMK Taman Melawati. Mereka berdua sedang menikmati sebuah pengembaraan untuk mengubah konsep makan tepi jalan menjadi sebuah kafe.

Selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Seni Bina. Ilyas mendapati minatnya terhadap industri seni bina tidak mengukuhkan struktur kewangan dalam hidupnya.

Oleh itu Ilyas mengambil keputusan untuk membuka sebuah gerai makan di medan selera tempatan menjual pasta. Dengan kemahiran minimum dalam masakan, di sini dia berjumpa semula Amirul Syahmi.

Amirul pula sedang melakukan 2 kerja iaitu pengurusan acara dan menjual ayam buttermilk dan ayam goreng Korea sebagai kerja sampingan.

Tidak lama kemudian, dua orang ini mula sedar minat mereka terhadap industri makanan dan perniagaan. Lalu lahir sebuah konsep..

Memulakan Perniagaan Yang Berkembang Pesat

Perniagaan mereka berdua berkembang pesat dengan konsep menarikPhoto from Nudra Syafini

Konsep untuk melahirkan Bluum Roadside Cafe timbul selepas Covid-19. Apabila pihak kerajaan membenarkan perniagaan dibuka semula, Ilyas dan Amirul melihatnya sebagai peluang terbuka.

Menurut mereka berdua, "kami meninjau lokasi dan jatuh cinta dengan sebuah tempat terletak di antara dua pokok gergasi. Ia ibarat metafora yang sempurna untuk penglihatan kami.

Nama "Bluum" diilhamkan oleh perkataan 'mekar'. Ibarat cerminan harapan mereka untuk perniagaan terus berkembang," kata mereka berdua.

Antara menu pasta yang dijual di BluumPhoto from FB | Cafe.folome

Konsep unik yang membezakan Bluum Roadside Cafe daripada persaingan ialah konsep dan operasinya. Ilyas dan Amirul membayangkan pelanggan dapat nikmati makanan sedap di tepi jalan dengan ruang bersih serta menarik.

Oleh itu, mereka pastikan kanopi berwarna putih, terdapat pakaian seragam untuk kakitangan. Mereka juga menekan kebersihan dan suasana profesional.

"Kami Mahu Bluum Menjadi Kanvas Untuk Nyatakan Visi Kami"

Bluum adalah visi Ilyas dan AmirulPhoto from X | iwanqais

Singgah ke Wangsa Maju, Taman Melawati, Setiawangsa, Taman Kosas, Ampang untuk menikmati kafe tepi jalan dihasilkan oleh duo ini. Mereka turut berkata, "Kami sentiasa lihat potensi dalam perniagaan tepi jalan dalam negara.

Untuk menjadi sesuatu yang lebih daripada khemah dan meja lipat sahaja. Kami mahu Bluum menjadi kanvas untuk nyatakan visi, menyajikan makanan dan minuman berkualiti dengan harga terbaik."

Ada pasta, pastri dan kopi untuk pelanggan nikmatiPhoto from Nor Mariati

Menu yang ada seperti pasta, kuih pastri bersama kopi dengan harga bermula dari RM5.

Apa Resipi Kejayaan Mereka?

Rahsia kejayaan mereka ialah menjaga konsistensiPhoto from FB | Cafe.folome

Bluum Roadside Cafe telah dibuka sejak Julai 2021 telah mendapat tarikan sangat cepat. Pada mulanya hanya Ilyas dan Amirul sahaja di Taman Melawat, kakitangan mereka berkembang dengan melibatkan tujuh rakan dari sekolah.

Keakraban dan kepercayaan membolehkan mereka berkembang seluruh Lembah Klang. Kini ada lima cawangan beroperasi tau. Haa.. mereka turut berkongsi resipi kejayaan untuk korang ambil tahu.

Menurut mereka, "Kunci kejayaan kami ialah mengekalkan konsistensi dalam kualiti dan perkhidmatan. Setiap kakitangan menjalani latihan bersemuka, belajar mengenal pasti keseimbangan sempurna rasa untuk pastikan setiap hidangan memenuhi piawaian tinggi Bluum.

Bluum memastikan setiap makanan dihasilkan menepati syarat ditetapkanPhoto from Syazwan Zulbahrin

Kami mempunyai dapur pusat di mana semua bahan dihasilkan mengikut permintaan pada hari itu. Kami juga mempunyai kakitangan berbakat untuk menguruskan dapur ini," kata mereka.

Singgah Kafe Mereka Yang Sedang Mekar

Takkan tak terliur lihat makanan Bluum kan?Photo from Syazuin

Bluum bukan sekadar perniagaan untuk Ilyas dan Amirul. Ia juga melambangkan persahabatan, kreativiti dan azam mereka untuk berjaya. Dari medan selera kepada kafe tepi jalan berkembang pesat.

Perjalanan yang dilalui wajar dipandang dengan penuh tinggi. Oleh itu, singgah ke cawangan berdekatan dengan lokasi korang untuk menikmati menu makanan yang dihasilkan oleh duo ini.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok