Bateri iPhone Cepat Habis? Guna Tips Ini
Pengguna iPhone sering menghadapi masalah bateri yang cepat habis, terutama mereka menggunakan model iPhone 12 dan ke atas. Mungkin ramai tidak sedar tentang perkara ini, tetapi ada jalan penyelesaian yang mudah.
Data 5G direka untuk menghubungkan kita dengan semua orang di seluruh dunia. Ia juga membuatkan mesin, objek dan peranti bergerak lebih pantas dan efektif berbanding 4G sebelum ini.
Namun kelebihan kelajuan itu memerlukan data 5G guna lebih banyak tenaga. Lalu menyebabkan bateri iPhone menurun dengan kadar lebih pantas berbanding sebelum ini.
Photo from CNET
Sebelum korang panik tentang isu ini. Jangan risau kerana dengan setiap kemas kini iOS baru, Apple memperkenalkan banyak ciri untuk bantu kurangkan kadar kelajuan bateri menurun dengan menukar beberapa benda di bahagian tetapan (settings).
Nak Jimat Bateri? Tukar Ini Dekat Ruangan Tetapan
Photo from PhoneArena
Jika korang memiliki iPhone 12 keatas, telefon boleh menggunakan teknologi 5G. Oleh itu, pergi ke bahagian Tetapan, Selular (Cellular) dan kemudian Pilihan Data Selular (Cellular Data Options), Data Mudah (Mobile Data) kemudian Pilihan Data Mudah Alih (Mobila Data Options).
Melalui cara ini kita dapat menjimatkan serta membuatkan bateri tahan lebih lama tau. Kita perlu tukar bagaimana cara peranti menggunakan teknologi 5G. Di bahagian Suara & Data (Voice & Data) membolehkan kita memilih 3 pilihan iaitu:
Photo from Daily Mail
- 5G Auto
- 5G On
- Long Term Evolution (LTE)
Min terangkan supaya korang lebih faham maksud setiap satu. 5G Auto akan mengaktifkan mod Data Pintar (Smart Data). Ini membolehkan iPhone bertukar frekuensi yang lebih rendah seperti LTE untuk jimatkan hayat bateri.
Selebihnya, 5G On serupa dengan pilihan Auto. Tetapi ia akan gunakan rangkaian 5G sahaja pada telefon apabila ia boleh diakses dan akan menghabiskan hayat bateri dengan lebih cepat.
Photo from The Verge
Manakala pilihan terakhir, LTE ialah pilihan standard dalam peranti mudah alih (4G). Ia biasanya digunakan untuk telekomunikasi tanpa wayar (wireless) tidak akan makan sekuat 5G tidak memerlukan korang sentiasa cas semula peranti.
Nasihat Dari Apple Tentang Isu Ini
Photo from Daily Mail
Selain daripada menukar mod data di bahagian tatapan. Apple sendiri menasihatkan pengguna untuk memilih tetapan Penggunaan Data Dipertingkat (Enhanced Data Usage) pada peranti selular 5G.
Ini dapat tingkatkan prestasi bateri dan juga telefon. Sehubungan dengan itu pilihan ini membuatkan aplikasi dan fungsi sistem iPhone lebih baik melalui peningkatan dan penambahbaikan data.
Sekaligus memberi impak positif seperti panggilan kualiti panggilan FaceTime lebih jelas. Meningkatkan definisi dalam kandungan Apple TV, peningkatan kualiti audio dan video Apple Music dan menerima kemas kini iOS.
Tetapi iPhone korang akan pakai 5G secara automatik dan bukan bergantung pada Wi-Fi.
Selain Menukar 5G, Guna Tips Ini Juga
Photo from Medium
Selain daripada menukar beberapa tetapan 5G. Korang juga boleh panjangkan hayat bateri dengan menggunakan tips mudah ini, antaranya seperti:
- Aktifkan Mod Kuasa Rendah (low power mode)
- Melaraskan kecerahan skrin dan masa auto-kunci
- Mematikan Penyegaran Aplikasi Latar Belakang (Background App Refresh)
- Menutup Perkhidmatan Lokasi untuk Aplikasi yang tidak diperlukan
- Mengurus Pemberitahuan Tolak (Push Notification)
- Gunakan mod Optimize Battery Charging
- Guna Wi-Fi berbanding data selular jika boleh
Photo from Business Insider
Justeru itu, mengikuti tips ini pengguna iPhone boleh panjangkan hayat bateri dan mengelak daripada menghadapi masalah cepat habis. Tips ini juga tidak memerlukan kos untuk membaiki.
Namun, jika terdapat masalah yang ketara. Min sarankan korang hantar ke kedai yang trusted untuk membaiki peranti jika menghadapi masalah lebih berat.
Mungkin korang suka: