Rupanya Ini Rahsia Sup Daging Thai Jadi Sedap
Dalam peti ais rumah penuh dengan pelbagai isi daging sehingga mati akal nak masak apa? Apa kata korang cuba hasilkan Sup Daging Thai yang dikongsikan oleh seorang perniaga yang rasanya sama sedap macam makan di Hatyai.
Masih ramai orang menghadapi kesukaran ketika masak daging lembu. Berbanding ayam atau ikan, daging lembu memerlukan pengetahuan daripada permulaan sehingga selesai memasak.
Kerana tersilap sedikit, daging akan jadi liat, keras dan juga tawar. Kita tidak ingin perkara sebegitu berlaku dalam masakan sup daging thai kita. Daging pula memang enak serta sesuai sangat masak sup.
Photo from Geng Makan
Min pula akan kongsikan kepada korang bahan rahsia yang sering digunakan oleh peniaga untuk jadikan masakan korang lebih sedap. Haa.. baca sampai habis untuk ketahui resipinya dengan mudah.
Kenapa Daging Lembu Sedap Dibuat Sup?
Photo from Harian Metro
Sebelum ini min ada tulis artikel tentang mengapa daging lembu terutama lembu korban cepat liat dan keras. Dalam tulisan tersebut, seorang chef berkata akibat proses 'Rigor Mortis' daging lembu akan mengeras secara semula jadi.
Ini memberi kesan kepada tekstur isi. Jika kita masak begitu sahaja tanpa sebarang pengetahuan, nescaya daging akan jadi sedap. Disebabkan itu, ia sangat sesuai untuk dimasak secara sup.
Photo from Detikfood
Kerana proses masakan mengambil masa lama akan membantu melembutkan semula isi lembu. Kemudian, kerana menggunakan pelbagai bahan dalam resipi ini, air tersebut akan menyerap segala rasa terhasil.
Sekaligus memberikan isi daging rasa menyelerakan macam kita makan di kedai. Justeru, proses memasak sup adalah antara yang terbaik untuk mengenali bagaimana korang nak lembutkan isi lembu dengan mudah.
Bahan Yang Korang Perlukan Untuk Sup Daging Thai
Photo from MY Resipi
Bahan seperti berikut:
- 1 kg tulang
- 500 gram isi daging
- 10 ulas bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 1 bawang holland
(Tiga bawang perlu dimayang. 'Dimayang' bermaksud dihiris nipis-nipis)
- 2 inci halia
- 1 tebu yang dibelah dua (bahan rahsia)
- 1 sup bunjut untuk sup tulang
Photo from The Spruce Eats
Tambahan info, tiada masalah jika korang ingin mengubah beberapa bahan mengikut selera tekak sendiri. Jika ingin menambah rasa pedas, min sarankan guna serbuk cili, chili flakes atau cili padi.
Rahsia Untuk Hasilkan Sup Daging Thai Sedap Macam Di Kedai
Photo from Che Nom
Berikut adalah langkah, ikuti dari mula sampai habis:
- Pertama sekali kita kena bersihkan tulang dan isi daging. Pastikan setiap bahagian dicuci bersih supaya tiada kotoran melekat
- Gaulkan tulang dan daging bersama halia dalam periuk. Hidupkan api sederhana sampai air daging kering.
- Semasa menunggu air daging kering, tumis tiga jenis bawang sehingga naik bau. Pastikan korang tidak tumis sehingga hangit
- Kemudian rempah sup dimasukkan dan gaulkan bersama sehingga naik bau. Selesai langkah ini, matikan api dan ketepikan
Photo from RASA
- Setelah air daging kering. Baru masukkan air bersama sup bunjut dan tebu siap dibelah dua.
- Langkah seterusnya rebus sehingga empuk
- Rahsia untuk jadikan sedap, korang perlu rebus sekurang-kurangnya selama 2 jam. Kalau tiada masa boleh guna pressure cooker untuk pastikan daging jadi lembut serta empuk.
- Bila tekstur daging berubah lembut, masukkan tumisan bawang dan sebahagian rempah tadi. Tambah bahan perasa mengikut rasa.
Photo from Vanilla Kismis
- Jangan lupa hiasan seperti daun bawang dan daun sup
- Siap dihidangkan untuk makan bersama nasi putih
Mudah, Cepat Dan Resipi Sungguh Menyelerakan
Photo from BELLA SUKA SHARE
Haa.. nampak tak betapa mudah sahaja nak hasilkan Sup Daging Thai ini? Bagi mereka yang baru masuk dapur, mungkin kelihatan seram pada proses awal kerana memerlukan banyak masa.
Walau bagaimanapun, setiap proses ini penting untuk melembutkan isi daging. Kemudian, barulah rasa tersebut dapat dikeluarkan dan menjadi sebati bersama air sup memberikan rasa kick macam biasa kita makan.
Justeru itu, boleh cuba pada hujung minggu jika tiada aktiviti untuk dilakukan. Selamat mencuba!
Mungkin korang suka: