download Jom Explore app
1 Daripada 12 Lelaki Akan Hadap Sakit Migrain

1 Daripada 12 Lelaki Akan Hadap Sakit Migrain

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 27 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Ish susah betul nak fokus kerja bila dah terkena migrain, kepala asyik sakit sahaja! Tetapi kenapa masih ramai orang menganggap ia penyakit biasa sahaja? Lebih menyedihkan ada yang kata penyakit mental.

Sakit kepala adalah antara penyakit paling biasa dihadapi oleh semua orang tidak kira umur. Migrain pula sedikit berbeza kerana menurut Pakar Perunding Neurologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Hiew Fu Liong berkata.

Sakit migrain jangan buat main tau! Sakit betulPhoto from Canva

"Migrain bukan sakit kepala semata-mata kerana ia disertai dengan simpton seperti pening, loya, muntah, letih dan fotofobia. Bermaksud sensitif terhadap cahaya serta fonofobia sensitif pada bunyi dalam keadaan tertentu.

Ia juga mampu pengaruhi emosi individu yang sedap menghadapinya," Jadi apa sebenarnya penyakit yang ramai sering salah anggap?

Serangan migrain akan menyebabkan mata sensitif terhadap lampuPhoto from Plano

Sakit Kepala Berulang Dan Mempunyai Beberapa Fasa

Migrain hadir dengan beberapa fasa seperti berikutPhoto from American Migraine Foundation

Dr Liong turut menambah tentang sakit migrain. Beliau berkata "Sebagai satu daripada masalah neurologi, migrain dikenali dengan keadaan sakit kepala teruk yang berulang.

Kemudian ia juga hadir dengan fasa berbeza seperti episod bersiri. Bermula dengan prodrom, aura, serangan dan selepas serangan atau pascadrom.

Peringkat prodrom berlaku dengan gejala amaran seperti rasa tidak sedap badan dan lesu. Peringkat seterusnya melibatkan gangguan deria seperti visual dan sensitif terhadap bunyi mula meningkat," kata Beliau.

Migrain juga boleh menyebabkan kita jadi lebih lesuPhoto from Vecteezy

Berlaku Pada Sebelah Bahagian Kepala Dan Boleh Berlarutan Sehingga 72 Jam

Berdasarkan rajah, migrain berlaku pada sebelah bahagian kepala sahajaPhoto from Dr Rao's Hospitals

Tambahan pula, penghidap migrain akan terasa sakit pada sebelah bahagian kepala (tidak kisah kanan atau kiri). Kemudian rasa tidak selesa mula terasa apabila terdedah kepada cahaya dan bunyi.

Lebih menakutkan, ia boleh berlarutan daripada 4 sehingga 72 jam. Peringkat terakhir selepas serangan ialah badan mengalami kelesuan yang boleh berlanjutan hingga beberapa hari.

Selain itu terdapat beberapa jenis juga seperti sakit tanpa aura, dengan aura, basilar, okular, katamenia (semasa haid) dan hemiplegia.

Penting Untuk Pesakit Memahami Punca Dan Faktor

Pesakit yang menghadapi migrain perlu memahami punca kenapa boleh berlakuPhoto from SirapLimau

Dr Liong turut berkata kepentingan bagi pesakit memahami punca dan faktor berkait rapat. Memahami perkara ini dapat meringankan rasa sakit serta mengurangkan kekerapan serangan.

Beliau menambah, "Faktor risiko berbeza mengikut individu dan boleh berubah disebabkan perubahan cuaca mendadak, dehidrasi, sensitif terhadap bau kuat, pengambilan kafein berlebihan dan bermacam-macam lagi,"

Sehubungan dengan itu beliau menegaskan kesilapan diagnosis boleh menyebabkan ubat salah. Tak lupa juga, potensi untuk terkena penyakit lain turut meningkat seperti gastrik dan kerosakan buah pinggang.

Tiada Ubat Untuk Migrain Tetapi Ada Rawatan

Migrain tiada ubat, sebaliknya rawatan untuk kurangkan sakit sahajaPhoto from Siakap Keli

Dr Liong turut berkongsi yang penyakit ini tiada ubat. Ubat yang diberikan selalunya untuk mengurangkan rasa sakit serta ketidakselesaan akibat serangan sakit kepala tersebut.

"Pesakit juga boleh dapatkan nasihat pakar neurologi. Mereka boleh menyusun pelan untuk mencegah atau mengatasi gejala secara lebih baik jika diserang pada masa hadapan kelak," kata Beliau.

Oleh itu menurut Dr Liong ada dua rawatan pilihan yang dibahagikan kepada 2 kategori, menghentikan sakit atau mencegah serangan. Rawatan melegakan kesakitan melibatkan ubat tahan sakit.

Seterusnya rawatan mencegah sakit mengambil ubat antiepilepsi, antihipertensi dan antidepresan. "Ada juga rawatan lain seperti menghalang reseptor peptida dikenali sebagai 'Calcitonin' (CGRP) yang boleh menutup reseptor saraf.

Saraf trigeminal berperanan untuk memberi rasa sakit dan sensitif terhadap sentuhan dan suhu, menghalang serangan migrain. Kata Dr Liong.

1 Daripada 12 Lelaki Akan Alami Migrain Dalam Hidup

1 Daripada 12 Lelaki akan menghadap migrain dalam kehidupanPhoto from Canva

Terdapat sebuah kajian yang dilakukan mendapati 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki akan mengalami penyakit ini dalam satu peringkat hidup mereka. Oleh itu kalau korang sedang menghadapi penyakit ini.

Ini beberapa tips boleh guna untuk elak daripada serangan ini:

  • Perhatikan makan dan minum korang: Jika kerap sakit kepala, senarai makan dan minuman yang telah makan sebelum bermula sakitnya kepala itu. Jauhi daripada item itu
  • Jangan skip makan, makan dengan kerap
  • Kafein: Kafien adalah musuh utama korang! Perlahan-lahan kurangkan kafien jika kerap sakit kepala
  • Dapatkan Penutup Mata: Membantu untuk elak daripada cahaya masuk ke mata
  • Sediakan Masa Untuk Bersenam: Lakukan aktiviti fizikal sebanyak mana yang boleh. Bersenam adalah cara terbaik untuk kekal sihat dan kurangkan masalah sakit kepala

Petua untuk elak kena serangan migrain!Photo from Kementerian Kesihatan Malaysia

Justeru itu, kita perlu mengubah tanggapan bahawa migrain adalah sakit kepala biasa. Sakitnya boleh membuatkan sesetengah orang tidak mampu nak bangun dari katil.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok