download Jom Explore app
Hotel Di Jepun Tawar Bilik Serendah RM3/ 1 Malam

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Serendah RM3/ 1 Malam

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 02 Dec 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Alangkah bahagia perasaan min bila terjumpa sebuah hotel menawarkan bilik dengan harga murah iaitu 130 yen (RM3.8) untuk satu malam sahaja. Tetapi mesti ada udang disebalik batu kan?

Kos penginapan di Jepun seperti semua pelancong sedia maklum ialah mahal. Bukan senang untuk jumpa tempat penginapan dengan harga berbaloi kena dengan bajet kita ada.

Hanya RM3.8 satu malam untuk bilik macam ni? Tidaklah terlalu teruk kan..Photo from Soranews24

Walau bagaimanapun, sebuah hotel di Fukuoka ini tawarkan harga sangat bawah RM5 pulak tu. Namun setiap tetamu yang tinggal di hotel ini perlu bersetuju untuk dipaparkan di YouTube untuk 24 jam secara livestream.

Jika anda rasa perkara ini dengar seperti tidak masuk akal. Baca sampai habis dahulu dan iya memang tidak masuk akal!

Tetapi mesti ada udang di sebalik batu niPhoto from soranews24

Harga Murah Mesti Ada Benda Disebaliknya Kan?

Bandar Fukuoka terletak di Selatan Jepun!Photo from Japan Travel

Terletak di Bandar Fukuoka, Business Ryokan Asahi tidak jauh daripada kawasan kejiranan Tenjin. Sekitar 15 minit sahaja jika berjalan kaki ke kawasan membeli-belah dan hiburan di bandar ini.

Dengan harga sebegitu maka tidak terkejut ramai orang akan termakan! Terutama mereka yang ingin mencari tempat penginapan murah pada hari Jumaat, hujung minggu apabila bercuti di Jepun.

Syarat pelik itu tidak kisah sama ada seorang pempengaruh ataupun orang biasa. Anda juga tidak perlu melakukan persembahan atau melakukan perkara aneh ketika menginap di hotel ini.

Adakah anda sanggup setuju dengan syarat tersebut?Photo from soranews24

Anda boleh sahaja berkelakuan biasa dan biarkan satu dunia melihat anda di platform YouTube.

Seorang Lelaki Cuba Tinggal Selama 24 Jam Di Bilik Ini

Wartawan ini cuba tinggal selama 24 jam untuk melihat sendiri apa yang dikatakan oleh hotel tersebutPhoto from soranews24

Menariknya wartawan SoraNews24 telah berkunjung di hotel tersebut untuk menikmati sendiri pengalaman pelik ini. Wartawan tersebut ingin mengetahui adakah hotel ini dijaga dan berada dalam keadaan baik seperti hotel mewah lain di Jepun.

Menurut laporan oleh SoraNews24, pemilik hotel menyatakan alasan mengapa berbuat demikian. Bilik di hotel ini diberikan harga murah kerana jarang disewa oleh pelancong.

Disebabkan tidak ingin mengalami kerugian. Ia ditawarkan dengan harga sangat murah. Tetapi anda perlu bayar dengan 'kaedah' lain.

Disebabkan takut rugi, pemilik melakukan kaedah iniPhoto from Business Ryokan Asahi

Pengalaman Tidur Sambil Dilihat Oleh Orang Di Internet

Bilik diberikan pun tidak terlalu kotor, kemas mengikut standard orang JepunPhoto from Business Ryokan Asahi

Mesti dalam kepala anda bayangkan bilik hotel ini kotor, tidak terurus dan bersepah kan? Percaya atau tidak wartawan tersebut mendedahkan dalam laporan ketika menikmati bilik ini.

Katanya, "bilik hotel ini mengikut tema gaya Jepun yang biasa anda jumpa. Menggunakan lantai buluh tatami, tikar tidur futon berlipat, meja rendah, TV dan cerek air panas. Semuanya bersih dan diselenggara dengan baik.

Penghawa dingin yang perlu dibayar untuk setiap 2 jamPhoto from soranews24

Gayanya pun seperti pangsapuri studio yang mungkin didiami oleh pelajar kolej atau mereka baru berkerja. Sebenarnya satu perkara yang pelik di sini ialah penyaman udara perlu dibayar dengan syiling 100 yen setiap dua jam.

Maksudnya jika anda ingin ia berfungsi selama empat jam. Anda perlu belanja lebih berbanding harga bilik ini sendiri." ujar wartawan tersebut.

"paling penting sebuah PC yang lengkap dengan kamera. Lensa dihalakan tepat di tengah bilik," tambahnya.

Kamera yang dihalakan tepat supaya anda dapat ditonton oleh satu duniaPhoto from soranews24

Anda Sanggup Tidur Di Bilik Hotel Ini? Atau Lebih Rela Bayar Mahal Di Tempat Lain?

Orang Jepun memang terkenal dengan pelbagai konsep pelik contohnya hotel kapsul seperti iniPhoto from Discover Japan with Amnet

Persoalan utama adakah anda juga boleh menonton video orang menginap di hotel ini? Jawapannya ya anda boleh!

Selain itu anda sanggup untuk tidur di hotel ini walaupun perlu setuju dengan syarat pelik ini? Atau anda seperti min, lebih rela bayar mahal asalkan privasi tidak dicerobohi sebegini rupa.

Walau bagaimanapun perkara seperti ini hanya boleh wujud di Jepun sahaja. Negara lain mungkin tidak akan melakukan perkara sebegini semata-mata untuk menjual bilik yang susah untuk dijual.

Walau bagaimanapun bercuti di Jepun tetap seronok!Photo from Zyzool Mira Travel

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok