Sober Bites Di Setiawangsa Menyediakan Hot Dog Artisanal Sedap
Semakin ramai mula mengusahakan makanan segera yang mengambil inspirasi daripada Amerika Syarikat dan menggabungkan dengan selera tempatan. Sober Bites di Setiawangsa menghidangkan artisanal sosej memberikan sentuhan baru kepada landskap budaya makan negara.
Kuala Lumpur sentiasa menjadi hab untuk pelbagai makanan muncul dengan gaya tersendiri yang boleh kita menikmatinya. Ini tidak terkecuali dengan Sober Bites yang baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lepas.
Idea mereka untuk menghasilkan sosej sendiri membezakan diri mereka daripada pasaran tempatan. Walaupun daripada mata kasar nampak seperti makanan yang niche, namun jangan terkejut yang sebenarnya ramai orang tempatan gemar menikmati sosej dan hot dog!
Selalunya kita akan membeli di pasar raya atau restoran makanan segera untuk menikmatinya. Keburukkannya adalah hampir semuanya merupakan makanan proses yang dibeku membuatkan rasanya kurang sedikit.
Berbeza dengan Sober Bites yang menghasilkan sosej menggunakan resipi dan teknik sendiri. Kesannya adalah kita dapat menikmati bagaimana rasa sebenar sosej yang begitu sedap sehingga menjilat jari.
Photo from Sober Bites Setiawangsa
Patutlah kalau singgah ke Setiawangsa tak terkejut tengok ramai orang akan mencuba sosej berkualiti tinggi ini.
Mengambil Ilham Dari Makanan Kegemaran
Photo from Sober Bites
Sebelum tu, mungkin untuk segelintir orang yang tak tahu. Sosej merujuk kepada isi daging berbentuk lonjong manakala hot dog adalah daging sosej dimasukkan ke dalam ban roti yang sama panjang untuk dinikmati bersama.
Ini merupakan makanan kegemaran bagi Muhammad Shazwan Shamsuddin di restoran segera kegemarannya. Beliau memutuskan untuk menjual sosej berkualiti tinggi di bawah nama 'Sober Bites' yang bermaksud, Sausage On Bun Exquisite Recipe.
Apa yang korang boleh nikmati di gerai ini adalah enam pilihan berbeza dengan 3 pilihan daging sosej iaitu ayam, daging dan kambing. Menu yang dihasilkan mengambil inspirasi khas daripada selera orang asia terutama orang tempatan.
Kata Muhammad Shazwan tentang menunya, "Di Malaysia, orang tempatan memang suka juadah makanan berdaging atau keju. Oleh itu, kita tampilkan menu streaky beef dan cheesy yang sesuai dinikmati oleh semua lapisan umur,
Selain itu, menu yang mendapat permintaan tinggi adlaah streaky, cheesy dan padkrapao. Padkrapao merupakan makanan popular dari Thailand terdiri daripada ayam cincang, rempah dan daun basil,
Photo from Sober Bites Setiawangsa
Menggabungkan Padkrapao dan sosej kami menghasilkan menu yang lazat! Rasa pedas manis dapat membuka selera sesiapa sahaja," kata beliau.
Sosej Artisanal Dihasilkan Dengan Resipi Sendiri
Photo from Sober Bites
Selain daripada keunikkan menu diinspirasikan dari selera tempatan. Mereka turut menggunakan artisanal sosej yang dihasilkan sendiri dengan mencampurkan pelbagai bahan segar dan berkualiti untuk mencipta rasa sungguh unik!
Kebanyakkan sosej kita beli sebenarnya menggunakan bahan proses sangat tinggi! Kemudian, sarungnya pula adalah plastik meninggalkan rasa yang kurang sedap yang biasa kita rasa sejak kecil.
Mereka pula menggunakan sarung semulajadi diperbuat daripada usus kambing yang dijamin halal. Kemudian ia diisi dengan daging ayam, lembu dan kambing serta rempah bagi menghasilkan rasa sendiri lebih unik.
Tambahan pula, menurut Muhammad Shazwan mereka menggunakan gabungan 80% daging 20% lemak sebagai campuran sosej. Ini dilakukan supaya daging sosej kekal lembap, juicy dan tidak kering ketika proses memasak.
Shazwan turut memastikan setiap makanan yang dihasilkan menepati standard ditetapkan untuk menjamin kepuasan perniagaan. Katanya, jaminan kualiti pada setiap menu menjadi keutamaan untuk terus bertahan dalam perniagaan.
Photo from Myra Edi
"Kepuasan pelanggan adalah keutamaan dan rahsia kejayaan kami," tambah beliau. Tak lupa juga, roti yang digunakan pun garing diluar dan lembut di bahagian dalam tau sambil memeberikan rasa manis daripada kentang semulajadi.
Kenikmatan Sober Bites Tiada Bandingan
Photo from Sober Bites Setiawangsa
Fokus mereka untuk memastikan kualiti makanan dijaga dengan teliti boleh dilihat sendiri dengan reaksi pelanggan yang pernah mencubanya. Menurut salah satu pelanggan, Kamil berkata "hot dog yang dibuat dengan sendiri dan antara yang paling sedap,
Staff sangat friendly dan sopan,". Selain itu, ramai pelanggan mengharapkan yang terbaik kepada perniagaan ini kerana keunikkan menunya yang sukar nak dijumpa di tempat lain. Bahkan, kualiti makanan dikeluarkan turut menjadi faktor.
Kalau korang berada di kawasan Setiawangsa, tak rugi pun nak mencuba sesuatu yang berlain dan baru tau! Paling penting kepuasan korang dah terjamin pulak tu. Haa.. kalau nak puas cuba streaky beef.
📍 Back Door, 40g, Jalan Taman Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ Hari berkerja (Isnin - Khamis / 4 pm - 11:30 pm) Hari Minggu (Jumaat - Ahad / 4 pm - 12:00 am) Rabu tutup