download Jom Explore app
Darah Tinggi Meningkat? 5 Makanan Ini Menjadi Penyebabnya!

Darah Tinggi Meningkat? 5 Makanan Ini Menjadi Penyebabnya!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 26 Feb 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

30% Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghadapi penyakit darah tinggi akibat tabiat pemakanan. Tak ramai orang tahu bahawa terdapat banyak jenis makanan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

Menurut bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah ini dapat dikesan melalui kajian tabiat makanan. Beliau dapati pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi.

Secara purata rakyat tempatan mengambil 8.7 gram garam sehari. Ini 1.7 kali lebih tinggi berbanding kadar disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Disebabkan itu amat penting untuk kita mengawasi tabit pemakanan kita.

Ini kerana penjagaan makanan betul dapat mendatangkan kesan positif kepada mereka yang menghadap penyakit darah tinggi atau hipertensi. Tambahan pula, penyakit ini dapat tingkatkan risiko kepada masalah penyakit lain seperti penyakit jantung.

30% Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggiPhoto from Pinterest

Kalau taknak tambah risiko penyakit baca sampai habis untuk tahu 5 jenis makanan korang perlu elak.

Makanan Berproses Yang Tinggi

Makanan berproses memang sedap tetapi sangat bahayaPhoto from Pinterest

Antara makanan yang sering menjadi pilihan ramai (termasuk min) ialah makanan berproses. Mengapa ia sangat popular? Kerana ia mengandungi kandungan garam tinggi untuk memastikan rasanya kekal sedap.

Selain itu garam turut digunakan sebagai bahan pengawet. Tak lupa juga bahan tiruan seperti pewarna, perisa, pengawet, pengemulsi, pemekat serta kepelbagaian bahan tiruan untuk menjadikan makanan tersebut nampak lebih menarik.

Contoh termudah seperti makanan ringan, mee segera dan lain-lain. Cara paling mudah untuk elakkan ialah dengan perhatikan label nutrisi yang terdapat pada pek makanan dan lihat jumlah kandungan sodium atau natirum ditulis. Lakukan perbandingan antara produk dan pilih yang paling rendah kandungannya.

Makanan Segera

Makanan segera pun diminati ramai kerana sedap & pantas tetapi tetap bahayaPhoto from Pinterest

Tanpa kewujudan garam sudah tentu kebanyakkan makanan kita akan tawar rasanya. Biasanya makanan segera menjadi pilihan ramai kerana menawarkan menu mudah serta pantas untuk disiapkan.

Kena pula dengan rasanya yang menyelerakan tetapi ia juga dipenuhi dengan jumlah garam sangat tinggi. Contoh termudah satu set burger sudah mempunyai lebih daripada 240mg sodium (garam) tau.

Set yang lengkap pula didatangi dengan kentang jejari dan snek lain turut mengandungi jumlah sodium tinggi. Kalau makan lebih dari satu hidangan? Sudah tentu akan membuatkan darah korang melonjak tinggi.

Nak sihat kena elakkan sebaik mungkin walaupun susah sebenarnya.

Daging Merah

Sesiapa menghidap penyakit darah tinggi perlu hadkan pengambilan daging merahPhoto from Berita Harian

Kepada yang menghidap penyakit darah tinggi memang disarankan untuk mengehadkan pengambilan daging merah. Ia dapat meningkatkan tekanan darah jika tidak dikawal dengan baik.

Bagi mereka yang tidak menghidap sekalipun tidak boleh endahkan nasihat ini kerana perlu mengambil berat tentang kesihatan kita juga. Proses metabolisme daging merah dalam badan dapat tingkatkan tekanan darah tau.

Ini terutama bagi pesakit darah tinggi. Justeru itu, hadkan pengambilan daging kambing, daging lembu, biri-biri.

Makanan Tinggi Lemak Tepu

Kena lebih berhati-hati dengan makanan berlemak tinggi tepu niPhoto from Pinterest

Mengelakkan serta mengurangkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu adalah antara cara terbaik untuk turunkan tekanan darah tinggi bagi mereka sedang menghadapi penyakit darah tinggi.

Tak tahu makanan apa yang tinggi lemak tepu? Elakkan makanan seperti coklat, kek, puding, mentega, krim penuh lemak dan keju.

Makanan Masin / Berawet

Boleh makan benda masin tapi kena kawal diri tau!Photo from Sahabat Bahari

Haa.. makanan yang diasinkan atau berawet gemar dijadikkan snek harian rakyat tempatan. Memang tidak dapat dinafikan makanan ini mempunyai kandungan garam yang tinggi untuk dijadikan bahan awet.

Contoh mudah seperti ikan pekasam, telur masin ialah pilihan popular yang mempunyai garam tinggi tau. Kalau ini ialah makanan wajib korang pekena setiap hari cuba hadkan pengambilan kepada 1-2 kali sebulan sahaja.

Kemudian jangan lupa untuk elak ambil jeruk atau asam sebagai snek harian korang. Sebaliknya cuba belajar gantikkannya dengan sayur atau buah-buahan segar yang mempunyai kadar nutrisi lebih tinggi.

Telur masin menjadi kegemaran ramai untuk nikmati hampir setiap hariPhoto from Free Malaysia Today

Tambahan pula ada banyak resipi mudah yang korang boleh lakukan dengan pilihan lebih sihat ini. Seterusnya daripada gunakkan garam, perbanykkan kombinasi rempah ratus untuk menambah perisa tambahan dalam masakan korang.

Ubah Tabiat Pemakanan Harian Dapat Jalani Kehidupan Lebih Sihat

Kadang kala kita dibesarkan dengan tabiat pemakanan yang kurang sihat. Ini kerana tak ramai orang sedar bahawa ada banyak makanan yang mengandungi kandungan sodium sangat tinggi.

Seperti contoh asam jawa sering digunakan dalam masakan kita. Bayangkan satu sudu makan sahaja mengandungi 599mg sodium dan jika diletakkan lebih daripada 3 sudu sudah cukup untuk melanggar had disyorkan oleh WHO.

Oleh itu mari ubah tabiat pemakanan harian korang mulai sekarang dan jalani kehidupan lebih sihat. Jangan lupa juga untuk cuba bersenam dan kekal aktif macam min selalu pesan.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok