'Homemade' Burger Marhaen Padu Di Penang!
Tipu lah korang tak pernah ronda-ronda kawasan rumah korang waktu malam mencari kedai burger tepi jalan untuk menikmati burger 'Malaysia style' untuk memuaskan craving korang tu kan. Haa.. dekat Desiran burger di Pulau Pinang menawarkan burger kualiti macam restoran mewah dengan harga yang berpatutan tau.
Pulau Pinang memang terkenal sebagai destinasi syurga makanan menurut setiap rakyat Malaysia kan? Kalau korang lihat di platform media sosial, kebanyakkan makanan-makanan yang sedap selalunya datang dari Pulau Pinang!
Tapi, walaupun makanan seperti burger, hotdog datang daripada negara barat. Desiran Burger yang bermula sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan antara permata tersembunyi di kawasan syurga makanan ni tau.
Photo from IG: desiran_burgers
Haa.. pastikan korang baca sampai habis baru tau apa yang menariknya tentang Desiran Burger ni. Jom!
Burger & Hotdog Dibuat Dengan Penuh Kasih Sayang Seperti Mak Kita Sendiri Yang Masak!
Photo from Hakim Haikal
Desiran Burger ini terletak di Tanjung Tokong di Pulau Pinang tau. Diorang dibuka sewaktu PKP menghidangkan burger dan hotdog kepada penduduk di kawasan mereka. Mereka terkenal dengan kualiti burger dan hotdog yang dimasak dengan penuh kasih sayang seperti mak kita sendiri yang buat tau.
Selain itu, kerana dedikasi mereka untuk menyediakan masakan yang berkualiti tinggi korang sendiri dapat menikmati rasa 'homemade' yang sering disebut oleh pelanggan tetap mereka tau.
Antara menu yang wajib korang cuba di Desiran Burger adalah Oblong Daging Special, Oblong Ayam Special, Jumbo Hotdog, Jumbo Coney Dog yang menjadi kegemaran pelanggan mereka tau.
Photo from JuLee Lee
Daging burger mereka dimasak sehingga lembut untuk mengelakkan rasa kenyal dibaluti dengan telur untuk menambah keunikkan tersendiri. Kemudian, daging burger akan dihiasi dengan lapisan sayur segar dan roti ranggup untuk melengkapkan burger mereka tau.
Korang jangan risau, burger mereka mempunyai saiz yang besar dan tebal berbanding persaingan mereka. Memang kenyang lah sampai esok pagi kalau makan satu!
Sos Lada Hitam Resipi Sendiri Tak Cair Macam Air & Penuh Berperisa
Photo from Desiran Burger
Sos lada hitam memang popular dan sering kali digunakan untuk memberi sedikit kepedasan dalam masakan kan. Kalau korang nak tahu Desiran Burger tak beli tau sos lada hitam mereka tetapi sos lada hitam mereka gunakan adalah resipi sendiri tau!
Haa.. sos lada hitam mereka memang wajib korang rasa tau kerana setiap daging burger disaluti sos lada hitam untuk memberi sedikit kepedasan serta menambah aroma lada hitam yang tersendiri tau.
Selain itu, sos lada hitam mereka tak cair langsung macam air! Sos yang mereka gunakan pekat, berperisa dan tidak mempunyai rasa lada hitam yang terlalu kuat! Sebab itulah, kalau korang nikmati burger mereka, sos lada hitam itu akan meningkatkan deria rasa korang sekaligus menambah kelazatan burger di tepi jalan.
Photo from Eric Pillai
Kalau korang bukan peminat sos lada hitam, sos cili dan mayonnaise pun ada tau untuk mengikut citarasa korang!
Menjadi Kedai Burger Kegemaran Orang Penang!
Photo from Desiran Burger
Untung betul kalau korang duduk berdekatan dengan Desiran Burger ni tau. Kedai mereka walaupun berada di tepi jalan mereka memastikan pengalaman pelanggan itu utama mereka tau!
Desiran Burger memastikan kedai dalam keadaan bersih, teratur dan kemas. Peralatan serta kualiti makanan pun dijaga dengan baik supaya korang makan burger dan hotdog berkualiti tinggi tu!
Menurut pelanggan mereka, ramai mengatakan Desiran Burger antara destinasi wajib korang cuba untuk dapatkan burger, hotdog style Malaysia yang mengambil berat tentang kualiti dan kebersihan makanan mereka.
Selain itu, harga makanan mereka yang berpatutan membuatkan kedai ini semakin popular tau! Walaupun korang makan burger tepi jalan tetapi kualitinya seperti makan di restoran mewah.
Photo from Hakim Haikal
Bukan itu je tau, Min rekomen korang untuk mencuba pelbagai menu burger diorang seperti oblong kambing, coney dog untuk juadah makan malam. Barulah kenyang sampai esok hari!
Haa.. korang dah terliur ke tu? Apa kata hujung minggu ni pergi ke Pulau Pinang dan cuba makan di Desiran Burger! Mana tau korang pun boleh jatuh hati macam pelanggan mereka.
📍5, Jalan Desiran Tanjung 6, George Town, 10470 George Town, Pulau Pinang
⏰7pm - 12 am (Ahad Tutup)
📞017-468 7490
❤️ Pemakaian Kasut Kulit Lelaki: Trendy di Media Sosial | Jenis Kasut Kulit yang Wajib Dalam Koleksi Anda | Jom Explore
❤️ Lepak di Kedai Kopi Empat Petang: Nikmati Kopi & Cipta Memori Indah di Bandar Temerloh | Jom Explore