5 Restoran Makanan Sedap Untuk Korang Cuba!
Setiap hujung minggu kita dapat lihat ramai pengunjung membanjiri Tun Razak Exchange (TRX) untuk bersiar-siar melihat kawasan baru ini. Dipenuhi serta dihiasi dengan pelbagai tarikan baru memang penat kaki dibuatnya. Oleh itu, apa kata korang singgah ke beberapa kedai makan yang ada di sini!
Perancangan kawasan ini adalah untuk memberi pengunjung suasana kemewahan dari segala aspek. Ini termasuk juga dengan budaya tempatan negara yang dapat menarik lebih ramai pelancong luar.
Kita sedia maklum bahawa negara kita berpotensi untuk menarik lebih ramai pelancong dari merata dunia. Tak kisah pelancong dari mana sekalipun, mereka sudah mengenali negara kita melalui tarikan budaya.
Apa yang menarik sangat tentang budaya tempatan negara kita? Sudah semestinya makanan tempatan yang mempunyai pelbagai pengaruh. Disebabkan itu, TRX mengambil berat dalam memastikan terdapat banyak restoran menarik untuk pengunjung macam korang atau pelancong luar.
Photo from Menarik di Central
Maklumlah dah penat sakit kaki berjalan tanpa henti melihat keindahan tempat ini. Nikmati makanan sedap di beberapa restoran yang ada untuk puaskan hati kita!
1. Shake Shack, TRX
Photo from BusinessToday
Makanan segera sentiasa mendapat perhatian daripada ramai orang. Lihat sahaja betapa sengitnya persaingan dalam pasaran makanan segera negara kita sejak wujudnya beberapa jenama tempatan bersaing dengan francais antarabangsa.
Shake Shack merupakan jenama baru yang bakal menapak dalam negara kita. Tetapi, jenama daripada bandar New York ini telah lama beroperasi sejak tahun 2001 di lokasi Madison Square Park. Asalnya dijual daripada kereta sorong sahaja.
Kini telah membuka lebih daripada 260 restoran dalam 20 buah negara pulak tu! Haa..tak sangka jenama baru masuk pun dah popular betul. Faktor menyebabkan mereka berjaya adalah kualiti makanan yang dikeluarkan.
Shake Shack akan gunakan daging patty segar tak pernah dibeku termasuk bahan-bahan lain. Selain itu, mereka mempunyai sos rahsia yang menjadi kegilaan ramai untuk diletakkan atas burgernya.
Photo from Soya Cincau
Akhir sekali, Shake Shack telah menang beberapa anugerah seperti Best Burger Chain in America, Best Burger in New York City dan Best Fast Food In America.
2. Bacha Coffee
Photo from IG | augustmanmy
Untuk peminat kopi yang tak boleh langsung tak minum sehari memang wajib singgah ke Bacha Coffee. Kafe ini cukup terkenal kerana sejarahnya serta komitmen mereka dalam menghasilkan secawan kopi sempurna untuk dinikmati.
Dimulakan pada tahun 1910 di Moroco. Bandar Marrakech terutama di Dar el Bacha Palace merupakan hab untuk peminat kopi. Dari situ, bermula kisah mereka di sebalik kecantikkan bandar dan dinding terletaknya barisan orang yang ingin mencari kopi yang sempurna.
Usaha mereka boleh dinikmati oleh korang di kafe mereka. Pilihan kopi yang ada pula sangat banyak sehingga tak terkira apa yang ada. Sukar nak buat perbandingan betapa kualitinya hasil biji yang mereka jumpa berbanding luar.
Photo from IG | augustmanmy
Korang bayangkan mereka sanggup berjalan sehingga Guatemala atau Ethiopia untuk mencari biji kopi yang sempurna.
3. Warung Eropa
Photo from Eat Drink KL
Orang Malaysia sangat menyukai budaya negara jiran kita iaitu Indonesia. Terutama makanan yang berasal daripada negara tersebut yang mempunyai pelbagai kompleksiti serta perubahan mengikut tempatnya.
Warung Eropa menyediakana korang pengalaman makanan authentik Bali hanya di TRX sahaja tau. Maksudnya, tak perlu korang nak beli tiket penerbangan semata-mata nak merasai makanan bali.
Bali pula sangat popular sebagai destinasi percutian dan tak terkejut kenapa kedai ini akan dipenuhi oleh para pelanggan. Selangkah masuk sahaja ibarat korang dibawa masuk ke Bali sambil melihat hiasan yang ada.
Kalau dah makan di sini, jangan lupa untuk mencuba siganture duck yang sesuai untuk makan bersama nasi putih serta 3 jenis sambal yang ada. Selain itu, sup ekor serta sup tulang turut ada untuk membuka selera makan korang.
Photo from Eat Drink KL
Psstt.. ayam goreng dia pun boleh tahan tau!
4. Kenny Hills Bakers On The Park
Photo from Kenny Hills Hospitatlity Group
Sebut sahaja nama kedai ini sudah tentu ramai orang tempatan mengenalinya. Maklumlah, sejak menjak ini semakin popular terutama di platform media sosial dengan menunjukkan betapa enaknya pastri yang dihasilkan di sini.
Kenny Hills Bakers bermula daripada tahun 2014 di Bukit Tunku. Asalnya kecil sahaja namun mereka berjaya meluaskan pengaruhnya terutama di kawasan KL dan Lembah Klang. Apa yang membuatkan mereka berjaya? Kepakaran dalam menghasilkan pastri yang sedap!
Kafe mereka sangat terkenal dengan menu pastri yang ada. Itu tak campur dengan minuman kopi yang disediakan untuk minum bersama. Haa.. rasanya hampir semua menu yang dihasilkan dekat sini memuaskan.
Photo from Cafe Culture
Singgah ke sini kalau nak mencari makanan yang tidak terlalu berat tetapi masih enak untuk dinikmati bersama keluarga atau pasangan.
5. Amazonas
Photo from Lifestyle Asia
Ramai orang tempatan mula menggemari makanan daripada budaya Latin Amerika. Lihat sahaja betapa banyak kedai mula menjual burrito serta jenama Taco Bell turut mendapat reaksi baik daripada pelanggannya.
Mungkin kerana perbezaan jenis makanan yang dihidangkan membuatkan kita ingin mencubanya. Oleh itu, project terbaru daripada Kenny Hills Hospitality Group mempersembahkan restoran Amazonas untuk pengunjungnya.
Apa menariknya di restoran ini adalah menunya tau. Mereka menghidangkan menu berinspirasi daripada Latin Amerika untuk memberikan korang kenikmatan makanan yang tiada bandingan.
Selain itu, makanan Latin pula sangat mewah dihiasi dengan pelbagai rempah ratus, hiasan untuk membuka selera kita. Tak lupa juga, permandangan bandar KL akan menjamin kepuasan korang menikmati makanan di restoran ini.
Photo from Tatler Asia
Haa.. bagaimana menarik tak 5 restoran yang korang patut cuba kalau singgah di sini tau! Paling penting pastikan perut kosong dulu baru boleh menikmati makanan sedap.