download Jom Explore app
Terokai Resort Berkonsepkan Bali di Pulau Pinang, Memanjakan Diri di “Lost Paradise Resort”

Terokai Resort Berkonsepkan Bali di Pulau Pinang, Memanjakan Diri di “Lost Paradise Resort”

Jom! Cuti Staycation
By Anthony Teo on 13 Feb 2023
Deputy Managing Editor

"Lost Paradise Resort" di Pulau Pinang adalah tempat yang sungguh tersembunyi dan tidak terlalu dikenali. Namun, bagi mereka yang sudah pernah berkunjung ke sini, mereka tahu betapa istimewanya penginapan yang ditawarkan oleh resort ini. Lost Paradise memiliki konsep yang tidak seperti resort biasa, membuatkan pengalaman menginap di sini sangat unik dan berbeda.

Indah dan mempesonakanPhoto from Facebook Lost Paradise Resort

Bilik-bilik di Lost Paradise memiliki konsep Bali dengan sentuhan seni India dan Melayu lama. Anda akan merasa seperti berada di negara lain. Setiap design dan perabot yang digunakan memiliki keunikan dan memiliki sejarah ratusan tahun.

Perabot dan barang dekorasi yang beratusan usianyaPhoto from Facebook Lost Paradise Resort

LostTerletak berdekatan dengan pantai, Paradise Resort memiliki keindahan alam yang menenangkan, taman yang indah dengan pohon orkid yang memukau. Ada juga kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.

Kolam renang yang indahPhoto from Facebook Lost Paradise Resort

Dengan view yang aman dan damaiPhoto from Facebook Lost Paradise Resort

Lost Paradise Resort menyediakan kemudahan yang luar biasa bagi para pengunjung. Apabila ingin me-relaks dan memanjakan diri, spa khusus disediakan untuk anda. Tak perlu risau tentang pemandangan untuk diambil gambar, resort ini dilengkapi dengan landskap yang indah dan menarik. Pemancing juga boleh teruskan hobi mereka di kawasan memancing berbumbung yang disediakan tanpa had masa.

Untuk penggemar memancingPhoto from Facebook Lost Paradise Resort

Bermain di tepi pantai yang indahPhoto from Facebook Lost Paradise Resort

Lost Paradise Resort menawarkan enam jenis bilik penginapan yang berbeza dan dilengkapi dengan konsep yang unik. Jenis bilik yang disediakan adalah Standard Room, Superior Room, Deluxe Room, Deluxe Family Suite, Grand Family Suite, dan Royal Suite.

Rekaan bilik yang unik dan selesaPhoto from Facebook Lost Paradise Resort

Terdapat pelbagai pilihan bilik.Photo from Facebook Lost Paradise Resort

Setiap bilik mempunyai reka bentuk yang unik dan lokasi yang berbeza, dengan fasiliti dan kapasiti yang berbeza-beza. Terdapat pilihan yang sesuai untuk pasangan, keluarga kecil, dan keluarga besar.

Seolah-olah berada di BaliPhoto from Facebook Lost Paradise Resort

Antara pilahan terbaik untuk mereka yang inginkan percutian vibe BaliPhoto from Facebook Lost Paradise Resort

?262, Jalan Batu Feringghi, 11100 Batu Feringgi, Malaysia

?04-890 4800

Anda Mungkin Suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok