download Jom Explore app
Akibat Pakai Lens Palsu, Mata Jadi Bengkak!

Akibat Pakai Lens Palsu, Mata Jadi Bengkak!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 28 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Akibat daripada membeli dengan harga sangat murah. Seorang wanita menceritakan pengalaman pahit menahan sakit akibat keradangan mata selepas membeli kanta lekap (contact lens) secara online.

Zaman sekarang terlalu banyak platform jual beli telah memudahkan urusan harian kita. Tambahan pula siap dengan pelbagai diskaun, baucar dan potongan harga buat ramai addicted.

Selain itu kita boleh mendapatkan segala jenis barang yang diinginkan. Tidak kisah pelik macam mana pun barang tersebut, nescaya ada penjual yang menyediakan dalam platform ini.

Shopping online menawarkan harga murah dengan kualiti dipersoalkanPhoto from Dreamstime

Namun harga yang terlalu murah datang dengan kos perlu ditanggung. Kos tersebut ialah kualiti barang sering dipersoalkan, sudah tentu ia merupakan barang kualiti rendah. Itulah yang telah berlaku kepada wanita ini.

Kepedihan Melampau Selepas Membeli Kanta Lekap Kualiti Murah

Gara-gara pilih kanta murah, wanita terpaksa tanggung sakitPhoto from Shutterstock

Seorang wanita berkongsi kisah pahitnya setelah membeli kanta lekap dari platform membeli-belah. Harga yang murah telah menarik perhatian tetapi memberi kesan yang sukar dilupakan.

Menurut mangsa keadaan mata mula bengkak dan kemerahan berlaku dengan teruk. Tambahan pula, mangsa turut mengalami rasa pedih melampau menyebabkan situasi bertambah kritikal.

Mata Semakin Melarat Sehingga Terpaksa Jumpa Doktor

Mata terlalu pedih berubah jadi bengkak dan merahPhoto from Halodoc

Keadaan mata tidak bertambah baik dan semakin melarat. Mangsa terpaksa berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan selanjutnya. Mangsa turut menjelaskan keadaan sudah bertambah baik.

Namun masih terasa menyegat di matanya. Mangsa juga sudah menggunakan kanta lekap selama 11 tahun, malah dia sudah cuba pelbagai jenis termasuk beberapa jenama dan ini ialah pengalaman pertama merasa kesan begitu buruk.

Mangsa turut jelaskan dia pernah lakukan tabiat buruk seperti tertidur sambil memakai kanta lekap satu ketika dahulu. Tetapi pengalaman ini paling teruk pernah kena selepas memakai kurang dari 8 jam.

Doktor simpulkan akibat kantan kualiti murah menyebabkan jangkitanPhoto from Medical News Today

Manakala doktor menyimpulkan mata mangsa terkena jangkitan daripada kanta lekap kualiti rendah.

Bagaimana Nak Pilih Kanta Lekap Dengan Betul!

Ada pelbagai jenis kanta lekap, kena pilih sesuai dan selesa dengan mata kitaPhoto from Cleveland Clinic

Situasi yang dihadapi oleh wanita tersebut boleh dielakkan kalau korang reti pilih kanta lekap dengan betul. Sesiapa yang memiliki masalah rabun perlu tahu bahawa walaupun ia lebih praktikal daripada pakai kacamata.

Tersalah pilih kanta boleh menyebabkan kerosakan pada mata. Cara pertama untuk pilih yang betul adalah seperti berikut:

  • Jika mata rabun, pilih kanta dengan nombor kerabunan yang sama dengan kacamata kita

Seterusnya kanta memiliki kadar air berbeza. Ini berfungsi untuk menjaga kelembapan mata dan selalunya memiliki sebanyak 48%. Jika air berada di bawah paras ini, mata kita akan cepat kering.

Siap ada jenis contact lens berwarna lagi tau!Photo from iStock

Di samping itu, ukuran diameter kanta pun ada pelbagai! Untuk permulaan yang selesa, pakar rekomen pilih diameter 14 mm kerana sesuai dengan ukuran bola mata manusia.

Jangan Lupa Untuk Semak Kualiti Dan Jaga Kanta

Sentiasa pastikan kanta lekap bersih, tidak koyak dan tidak tamat tempohPhoto from Raymore eyecar

Sudah pastikan kadar air dan diameter betul dan selesa dengan mata? Korang juga perlu berhati-hati supaya ia tidak mudah koyak. Seterusnya teliti berapa lama tamat tempoh kanta sebelum membeli.

Walaupun boleh dipakai sehingga setahun. Kanta yang jarang dibersihkan serta tidak terjaga akan cepat kotor menyebabkan tidak boleh dipakai lagi. Faktor seterusnya ialah harga.

Jangan ulangi kesilapan seperti wanita tersebut dengan memilih kanta harga murah. Sebaliknya yang mahal pun tidak menjamin kualiti yang tinggi.

Jangan lupa untuk jaga mata kita juga terutama selalu hadap laptopPhoto from iStock

Apa yang boleh dilakukan ialah pergi ke pakar mata dan rujuk kanta apa yang sesuai dengan mata kita. Dari situ kita boleh elak daripada menghadapi masalah yang sama.

Tak Semua Orang Sesuai Pakai Kanta Lekap

Ingat sentiasa rujuk pakar mata sama ada kita sesuai atau tidak pakai contact lensPhoto from Malay Mail

Menurut Perunding Optometris Fakulti Sains Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali berkata, "tak semua orang sesuai pakai kanta. Antaranya seperti,

Mereka yang mempunyai penyakit okular. Contohnya katarak, mata kering, infeksi kornea. Selain itu, mereka mempunyai sakit seperti diabetes, darah tinggi, pernah jalani pembedahan lasik, hamil trimester akhir,

Dan sukar mengikut arahan pemakaian kanta," Sebelum pakai kita perlu dapatkan nasihat dari pakar Optometris dan bukan main hentam sahaja!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok