Kenapa Daging Korban Tak Sesuai Masak Stik
Siapa sangka daging korban tidak sesuai untuk dimasak seperti daging stik. Proses ini akan menyebabkan daging menjadi keras dan liat selepas didedahkan oleh seorang chef di laman media sosial X (Twitter) baru-baru ini.
Memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Hari Raya Aidiladha. Orang muslim akan mula sibuk menjalankan aktiviti korban sempena musim perayaan tersebut.
Kemudian ia akan dikongsikan kepada fakir miskin untuk dinikmati bersama. Sehubungan dengan itu, seorang chef bernama @butteralways berkongsi pendapat kenapa potongan tersebut tidak sesuai dimasak secara stik.
Photo from Recipes
Sebaliknya perlu dimasak secara tradisional masakan Melayu, iaitu kari, gulai, hitam dan bermacam-macam. Persoalannya mengapa eh?
Kerana Rigor Mortis (RM) Menyebab Otot Jadi Kejang Dan Mengeras
Photo from Hijabista
Menurut chef tersebut, proses Rigor Mortis (RM) menyebabkan otot menjadi kejang serta keras selepas haiwan disembelih. Setiap organisma hidup yang mempunyai tulang belakang akan mengalami proses RM sewaktu mati.
Contohnya kalau biasa memancing. Ikan yang dibiarkan dalam ice box mengeras bukan sebab kesejukan ais tersebut. Ia berlaku kerana melalui proses RM menghasilkan bentuk melengkung itu turut ditambah.
Berbeza Dengan Cara Barat Yang Menggunakan Proses Gantung
Photo from SteakAger
Kemudian chef turut menambah "Berbalik kepada lembu dan kambing. Selesai sembelih dan darah mengalir sehingga habis akan terus disiat kulit, dilapah dan diagihkan akan berlaku.
Untuk individu yang gemar makan organ dalaman, lebih segar lebih baik. Namun untuk daging, proses RM menjadi penyebab ia keras menjadi punca utama kenapa ia tidak sesuai dimakan seperti stik." katanya.
Photo from Robb Report
Chef lakukan perbandingan di negara kita dan cara barat. Dia berkata "Di barat mereka lakukan proses aging. Selesai proses penyembelihan dan siat, mereka akan gantung rangka haiwan minimum dua minggu sehingga sebulan.
Untuk membenarkan bahagian otot relaks secara semula jadi dan enzim akan melembutkan sebelum dilapah serta dijual," tambah chef. Sehubungan dengan itu, suhu perlu dikawal dengan baik supaya tiada pencemaran bakteria boleh berlaku.
3 Bahagian Daging Lembu Paling Popular Untuk Masak
Photo from The Spurce Eats
Meneruskan pendapatnya, chef turut berkongsi 3 bahagian daging lembu paling popular, untuk masak dan juga makan. Ianya seperti berikut:
- Tenderloin
- Sirloin
- Ribeye
Faktornya kerana bahagian berada di belakang lembu yang tidak terkesan serta kurang bergerak berbanding bahagian lain. Kesannya menyebabkan ia jadi lembut berbanding daging di bahu dan kaki yang lebih keras sebab banyak pergerakan.
Kalau Takda Proses Aging, Daging Tetap Akan Keras
Photo from The Spurce Eats
Tambahan pula chef turut berkata kepentingan proses ini. Apabila daging digantung dalam peti dan melalui proses aging (penuaan), ia akan memberikan kelebihan seperti kita sudah tahu, melembutkan.
Jelasnya sekiranya proses ini tidak dilakukan. Potong bahagian mahal atau murah, daging tetap akan mengeras kerana proses RM tersebut sudah berlaku. Disebabkan stik perlu dimasak pada suhu tinggi dalam tempoh yang singkat.
Photo from Wine Enthusiast
Proses penuaan sangat penting untuk membantu daging sudah lembut sebelum melalui proses memasak.
Masakan Melayu Tradisional Dapat Mengatasi Masalah Daging Keras
Photo from Utusan
Menariknya kita tidak perlu sekalipun mengikut proses penuaan jika ingin menikmati daging lembut. Sebaliknya masakan tradisional kita yang terkenal dengan berkuah dan dimasak secara perlahan dalam tempoh yang lama.
Sudah memadai dan dapat mengatasi masalah daging mengeras pulak tu. "Sup, gulai, rendang semua adalah cara kita atasi masalah RM secara tradisional. Bakteria pun tidak sempat nak membiak dan mati kena masak," kata chef.
"Patutlah Masak Daging Korban Jadi Keras" - Netizen
Photo from Diethood
Berkaitan dengan perkongsian ini, netizen memberi maklum balas positif atas perkongsian daripada chef. Mereka juga berkongsi pendapat dan pengalaman berkaitan isu yang sama.
Tambahan pula, ada juga berkata pernah dengar perkara sama dan berterima kasih atas perkongsian bermanfaat. Ia juga telah membantu ramai orang memahami kenapa daging lembu mudah liat dan keras.
Chef turut berkata tak ramai orang tahu cara menyembelih seperti di barat. Seorang netizen berkata, "Patutlah rasa liat. Kadang-kadang bila melapah daging lembu, saya sengaja potong daging seperti stik.
Niat nak masak stik tetapi asyik liat dan keras je bila selesai masak walaupun sudah perap selama 24 jam. Terima kasih kongsi info," kata seorang Netizen.
Mungkin korang suka: