download Jom Explore app
Resipi Butter Chicken Masala Sedap, Pekat, Berempah!

Resipi Butter Chicken Masala Sedap, Pekat, Berempah!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 08 Feb 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Korang pernah cuba makanan dari India Utara yang mempunyai banyak perbezaan daripada India Selatan? Antara makanan yang cukup popular adalah butter chicken yang dapat memberikan rasa pedas, pekat, berperisa sesuai untuk di makan dengan apa-apa sahaja tau. Nak tau cara untuk menghasilkannya?

Sebelum min kongsikan resipi tersebut mungkin ada sedikit keliruan tentang versi butter chicken ini. Ia berbeza daripada butter chicken yang sudah popular dan sering kita nikmati di pelbagai kafe dalam negara.

Antaranya di restoran Jibril yang mendapat populariti kerana mempunyai butter chicken sedap. Versi yang min kongsikan datang daripada India Utara dan popular di negara barat seperti Amerika Syarikat, Inggeris dan lain-lain.

Ini kerana populasi orang India di negara mereka datang daripada kawasan utara. Rasanya pun tak sama macam kita biasa makan kerana ia pedas, berempah serta penuh berkrim mengikut citarasa dari orang sana.

Wow lazatnya butter chicken masala ni, jom cuba buat!Photo from Pinterest

Haa.. ada beza tau budaya makanan India Utara dan India Selatan! Walau bagaimanapun baca sampai habis untuk ketahui resipi mudah ini.

Resipi Menghasilkan Butter Chicken Masala Yang Sedap!

Ikuti bahan yang min tulis untuk cuba melakukannya!Photo from Pinterest

Resipi yang min kongsikan ini telah dihasilkan oleh Nafis Mohit Juhoor melalui laman rasmi facebook. Korang ikut sahaja setiap langkah yang min dah tulis supaya memudahkan proses penyiapan sehingga masak.

Bahan Perapan Ayam:

  • 500 gm kepak ayam (bahagian kesukaan korang)
  • 1 sudu kecil pes bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar yogurt
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan-Bahan Tambahan

  • 2 sudu besar butter
  • 1 ulas bawang hollad (potong dadu dulu)
  • 1 1/2 tomato puri
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk (cili, paprika, jintan manis, garam masala, garam, gula)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan cooking cream
  • 1 sudu kecil daun fenugreek

Langkah Masak Mudah Untuk Korang Ikut

Senang sahaja nak cuba buat, pejam mata pun bolehPhoto from Pinterest

Proses masaknya seperti di bawah korang boleh ikut sahaja:

  1. Kita mula dengan perap ayam terlebih dahulu menggunakan semua bahan perapan. Perap sekurang-kurangnya 1 jam sebelum masak. Lebih baik semalaman.
  2. Selesai sahaja perap keluarkan ayam dan goreng selaam 10 atau 15 minit. Jangan lupa untuk terbalikkan dan jangan masak lama sangat nanti kering.
  3. Ayam dah masak ketepikan dahulu. Lebihan bekas masak ayam itu jangan buang tau korang masukkan butter, bawang holland, bawang putih. Goreng sehingga bawan sedikit hancur dan naik bau wangi.
  4. Seterusnya, masukan tomato puri, serbuk cili, paprika, jintan manis, garam masala, garam dan gula, air cooking cream dan daun fenugreek. Gaul sehingga kesemua berkenalan dan rata.
  5. Perkenalkan bahan campuran itu dengan ayam kita baru goreng tadi bersama 1 sudu besar butter. Gaul sikit saaja lagi dan tutup periuk dan biarkan masak selama 15 minit.
  6. Siap pun butter chicken masala korang dan boleh hidang bersama nasi, roti atau makan begitu sahaja.

Perbezaan Makanan Utara India & Selatan India

Makanan India cukup terkenal dengan pelbagai penggunaan rempah ratusPhoto from Pinterest

Sama seperti negara asia lain, India juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan pelbagai makanan menyelerakan. Mereka cukup terkenal dengan penggunaan pelbagai jenis rempah ratus dalam masakan untuk menghasilkan rasa meletup. Ini juga terhasil daripada sejarah mereka tau.

Menariknya terdapat perbezaan antara makanan di utara India dan bahagian selatan. Kebanyakkan makanan india muslim (mamak) yang kita suka nikmati mempunyai pengaruh daripada bahagian selatan.

Roti naan cukup terkenal di bahagian Utara IndiaPhoto from Pinterest

Antara perbezaan paling ketara bahagian utara gemar menggunakan gandum dan tepung ditapis manakala selatan lebih suka beras. Tandoori, naan, paratha datang daripada bahagian utara dan selatan pula terkenal dengan dosas, idlis dan appams.

Tambahan pula penggunaan rempah pun sangat berbeza tau. Utara menggunakan banyak biji sawi dan jintan dan selatan lebih suka buah pelaga, kayu manis dan cengkih untuk menghasilkan rasa masakan mereka.

Akhir sekali adalah penggunaan santan dalam masakan. Bahagian selatan memang gemar menggunakan santan atau kelapa dalam masakkan mereka untuk menghasilkan pelbagai jenis puak tu.

Manakala dosa (thosai) pula datang dari Selatan IndiaPhoto from Pinterest

Haa.. nampak menarik kan terdapat perbezaan yang cukup ketara walaupun berada dalam negara sama. Itu membuatkan makanan yang terhasil pun unik sama macam negara kita juga.

Oleh itu pakat cuba masak resipi untuk ketahui rasa sebenar masakan daripada Utara India.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok