Majoriti Netizen Tak Reti Cuci Baju Dengan Betul
Mencuci pakaian adalah antara perkara paling mudah untuk dilakukan. Mestilah senang, ambil baju kotor, masukkan ke dalam mesin dan tekan sahaja butang. Selesai betul tak? Tetapi sedar tak korang sudah melakukan 6 kesalahan di situ.
Kalau min tak bagitau, mesti korang tak sedar akan kesalahan yang dilakukan. Biasalah, sebenarnya ada cara yang betul untuk mencuci pakaian daripada pemilihan sabun sehingga selesai proses mencuci.
Photo from mStar
Baca sehingga habis untuk ketahui kesalahan apa yang korang lakukan terutama yang terakhir tu ramai sangat orang lakukan.
1. Banyak Sangat Sabun Pencuci Ketika Membasuh
Photo from Sirap Limau
Majoriti netizen berpendapat lebih banyak sabun pencuci digunakan, lebih bersih pakaian kita selepas selesai membasuh. Demikian itu, min nak bagitau yang pemikiran seperti ini ternyata salah.
Terlampau banyak sabun pencuci lebih menyusahkan berbanding membantu kita ketika mencuci pakaian. Kerana terlebih sabun akan membuatkan pakaian terasa melekit disebabkan buih tidak hilang sepenuhnya.
Sebaliknya, gunakan sukatan mengikut arahan tertera pada setiap pencuci korang gunakan.
2. Letak Sabun Pencuci Pakaian Terus Ke Pakaian
Photo from The List
Haa.. baik mengaku siapa yang kerap melakukan perkara ini? Kalau ingin pakaian cepat rosak jangan ubah tabiat ini. Tambahan pula ini bukan teknik membasuh dengan betul dan sempurna.
Menurut pengguna tiktok bernama @abgletriqq, dia berkata mesin basuh dicipta dengan bahagian khas untuk letak sabun pencuci. Air akan mengalir masuk untuk melarutkan sabun sebelum campuran itu turun ke dalam drum mesin basuh.
Photo from In The Wash
Perkara ini dilakukan untuk memastikan sabun dapat meresap dengan baik ke dalam fabrik. Sekaligus membersihkan segala kotoran dengan efektif. Sesetengah mesin contohnya jenis front load ada "fill-in heater" untuk membantu larutan sabun lebih baik.
Andai kata sabun tak larut dengna betul, sisa itu akan melekat pada pakaian kita. Sebab itu korang sentiasa bertemu dengan serpihan habuk atau serbuk selepas proses mencuci selesai.
3. Tidak Zip Dan Butangkan Pakaian Sebelum Mencuci
Photo from In The Wash
Min faham tak semua orang seronok mencuci pakaian. Ia antara aktiviti membosankan dan boleh mengambil masa tersangat lama, sebab itu ramai ambil jalan mudah untuk menyiapkan tugas lebih awal.
Contohnya, bahagian zip dan butang pakaian dibiarkan begitu sahaja ketika proses mencuci. Perkara ini akan menyebabkan kain tersekat semasa mencuci dan boleh merosakkan pakaian dengan serta merta.
Butang boleh tercabut daripada baju, zip boleh tersekat dan mengoyakkan baju adalah antara perkara boleh berlaku.
4. Main Campur Segala Jenis Pakaian Sekali
Photo from Hunker
Selain itu, perkara ini juga sering dilakukan oleh semua orang. Sesetengah merasakan mengasingkan pakaian mengikut warna serta jenis kain mengambil masa lama dan menggangap sebagai perkara remeh.
Sehubungan dengan itu, pakaian putih atau terang bercampur dengan warna gelap akan menyebabkan pakaian cepat pudar atau bercampur warna. Tak percaya kata min? Lihat sahaja pada tag informasi di pakain korang.
Photo from Sapulpa Laundry
Tag tersebut menyebut warna gelap dan terang perlu diasingkan. Seterusnya, jenis kain juga patut diambil kira. Kain berat seperti denim, kulit dan lain-lain perlu dielakkan basuh bersama cotton, linen kerana takut lambat kering.
5. Selesai Cuci, Mesin Basuh Terus Tutup
Photo from Green Matters
Setelah selesai sahaja mencuci pakaian, ramai akan terus menutup bahagian pintu tersebut. Perasan tak selang beberapa hari, apabila korang membuka semula untuk mencuci pakaian.
Bau busuk, lembap dan tidak senang akan keluar daripada mesin tersebut. Haa.. sebab itu min jarang tutup selepas selesai cuci. Min biarkan ia kering terlebih dahulu supaya bau lembap tidak terhasil.
Photo from Spurce
Kemudian, ini dapat mengelakkan daripada bakteria berkumpul dalam mesin.
6. Jarang Sesekali Bersihkan Mesin Basuh
Photo from Joshua Wong
Jangan risau perkara ini bukan korang seorang, malah ramai dan termasuk min juga memang mudah lupa tentang perkara ini. Memang betul, mesin basuh membersihkan kotoran tetapi itu daripada pakaian.
Bukan daripada mesin tersebut. Cuba biarkan air dalam mesin tersebut, nescaya warnanya akan bertukar dengan sekelip mata. Oleh itu, nak bersihkan pun senang dan tak ambil masa pun.
Photo from Spurce
Campurkan solusi air panas bersama cuka untuk memastikan tiada pembiakan bakteria dalam bahagian mesin. Lakukan proses membasuh ini untuk memastikan mesin basuh kesayangan kekal bersih.
Elak Lakukan Kesilapan Ini, Pakaian Kekal Bersih!
Haa.. betul tak kata min? 6 kesalahan ini memang tipikal! Tapi masih ramai antara kita sentiasa melakukannya. Tidak mengapa, ambil ikhtibar dan perbaiki kesilapan supaya tiada lagi masalah pakaian rosak daripada mesin basuh.
Mungkin korang suka: