download Jom Explore app
Lindung Diri Daripada Kuman Salmonella

Lindung Diri Daripada Kuman Salmonella

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 12 Jun 2024
Digital Editor

Masih ramai warga Malaysia kurang sedar betapa bahayanya kes keracunan makanan. Menjamah makanan yang sudah tercemar dengan bakteria seperti Salmonella bukan sahaja menyebabkan kesakitan malah boleh meragut nyawa.

Seperti yang sedang viral sekarang. 82 daripada 247 orang telah terdedah dengan keracunan makanan selepas menikmati sarapan pada sebuah program di daerah Gombak.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ummi Kalthom Shamsudin, berkata kes ini disyaki datang daripada bihun goreng dan telur mata didakwa sudah berubah rupa dan rasa. Selepas makan majoriti mangsa melaporkan mengalami gejala yang sama.

Gambar sekadar hiasan, masih ramai tidak sedar betapa bahaya makanan tercemarPhoto from Zue Smile

Seperti sakit cirit-birit, sakit perut, demam, muntah dan loya. Makanan yang disyaki mungkin tercemar dengan bakteria bernama Salmonella yang boleh membawa maut tanpa kita sedar.

Ini cara bagaimana kita perlu melindungi diri daripadanya.

Salmonella ialah jangkitan kuman sangat bahayaPhoto from YouTube

Apa Itu Keracunan Makanan Dan Salmonella?

Gambaran rupa SalmonellaPhoto from Good RX

Menurut Mayo Clinic, keracunan makanan ialah penyakit yang terhasil daripada makanan atau minuman diambil oleh individu. Puncanya kerana kuman atau benda berbahaya terkandung dalam makanan atau minuman.

Salmonella pula sejenis bakteria sering dijumpa dalam makanan tercemar. Seperti telur, ayam dan produk tenusu. Walaupun kelihatan tidak berbahaya, jangkitan ini boleh menjadi sangat serius.

Berisiko tinggi kepada kanak-kanak, orang lemah sistem imun dan orang tuaPhoto from Adobe Stock

Terutama bagi individu mempunyai sistem imun yang lemah, kanak-kanak dan orang tua.

Makanan Berisiko Tinggi Dengan Jangkitan Kuman Salmonella

Telur antara makanan paling mudah kena SalmonellaPhoto from Delish

Terdapat 3 makanan yang berisiko tinggi untuk terkena dengan jangkitan kuman ini. Jika dibiarkan tercemar seperti berikut:

  1. Telur: Salah satu sumber utama jangkitan kuman ini. Bakteria boleh menjangkiti melalui cangkerang telur yang retak atau semasa proses pengeluaran. Telur yang berbau dan penuh dengan najis juga boleh menjadi punca.
  2. Ayam dan Daging Mentah: Juga menjadi pembawa utama bakteria ini. Pastikan korang masak pada suhu yang betul serta tinggi untuk membunuh setiap bakteria. Walau bagaimanapun, pencemaran silang (cross contamination) semasa penyediaan makanan juga boleh menyebabkan penyebaran bakteria.
  3. Produk Tenusu Tidak Dipasteur: Susu mentah juga boleh mengandungi baketria ini. Proses pasteurisasi dapat membunuh banyak bakteria berpotensi berbahya dalam produk tenusu.

Produk ternusu yang tidak dipasteur pun sangat bahayaPhoto from Health

Simpton Jika Korang Terkena Jangkitan Salmonella

Antara gejala simpton terkena Salmonella atau keracunan makananPhoto from Portal MyHealth

Biasanya simpton akan keluar dalam tempoh 6 sehingga 72 jam selepas menjamah makanan yang tercemar. Simpton yang biasa dengan bakteria ini seperti:

  • Cirit-birit
  • Demam
  • Sakit Perut
  • Mual
  • Muntah

Majoriti orang akan mula baik dan hilang simpton selepas empat ke tujuh hari. Namun begitu terdapat kes jangkitan bakteria boleh bertambah teruk dan menjadi lebih serius. Jika berlaku korang perlu dapatkan rawatan di hospital.

Contoh infografik dihasilkan oleh KKM tentang keracunan makanan daripada telurPhoto from KKM PUtrajaya

Langkah Utama Untuk Mencegah Jangkitan Kuman

Pastikan setiap makanan dimasak dengan betul dan suhu tinggiPhoto from NBC News

Untuk melindungi diri daripada jangkitan Salmonella. Berikut ialah beberapa langkah pencegahan yang disarankan oleh pakar untuk korang cuba ikut:

  • Pastikan Makanan Dimasak Dengan Betul: Daging, telur dan produk haiwan lain dimasak sehingga suhu dalaman mencapai tahap optimum untuk membunuh setiap jenis bakteria
  • Bersihkan Permukaan dan Alat Masak: Sentiasa memastikan permukaan dan alat masak dibersihkan ketika menyediakan makanan mentah. Ini termasuk papan permotong yang mudah kotor, pisau dan sinki

Setiap alatan masak perlu dibersihkan dengan betul mencegah jangkitan kumanPhoto from NDTV Food

  • Cuci Tangan Dengan Sabun Anti-Bakteria: Sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan pastikan korang basuh tangan dengan air bersih serta sabun anti-bakteria. Ini merupakan langkah asas untuk elak penyebaran bakteria.
  • Elakkan Produk Tenusu Tidak Dipasteur: Pastikan sebelum beli produk tenusu iannya dipasteur. Ini untuk memastikan ia bebas daripada sebarang bakteria berbahaya.

Simpan makan dengan betul untuk elak cross contaminationPhoto from Food Hygiene Company

  • Simpan Makanan Di Suhu Yang Betul: Nak simpan makanan lebih boleh, kena simpan pada suhu betul untuk mencegah pertumbuhan bakteria. Gunakan peti sejuk untuk menyimpan makanan yang mudah rosak.

Lindung Sekarang Untuk Elak Sakit Kelak

Lindung dan cegah sekarang untuk pastikan seluruh keluarga dapat elak makanan tercemarPhoto from Halodoc

Dengan mengikuti langkah di atas dan mempelajari punca Salmonella. Kita dapat mencegah serta melindung diri dan keluarga daripada menghadapi risiko jangkitan kuman ini.

Kesedaran dan tindakan proaktif ialah kunci untuk memastikan kita tidak mudah terkena keracunan makanan. Ingat, sebelum makan jangan tengok sahaja, bau terlebih dahulu makanan tersebut.

Jika bau sahaja dah tak elok, nescaya ia elok untuk tubuh badan kita.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok