download Jom Explore app
Jepun Menjadi Destinasi Utama Pelancong Muslim!

Jepun Menjadi Destinasi Utama Pelancong Muslim!

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 09 Jun 2024
Digital Editor

Siapa sangka Jepun kini menjadi destinasi utama pelancong Muslim! Kerana pelbagai usaha giat dijalankan oleh negara tersebut untuk menjadi sebuah negara muslim friendly, apakah perubahan tersebut?

Antaranya seperti penujuk arah kiblat di bilik hotel, ruang solat di lapangan terbang dan tempat komersial. Selain itu semakin banyak restoran dan kafeteria mula memperkenalkan menu halal.

Ledakan pelancong muslim mengubah Jepun menjadi muslim-friendlyPhoto from Nippon

Usaha ini bertujuan untuk memudahkan pelancong muslim melawat ke negara tersebut. Ternyata usaha ini berhasil apabila jumlah pelancong meningkat setiap tahun!

Peningkatan Pelancong Muslim Menjana Pendapatan Ekonomi

Pelancong ramai membuatkan ekonomi Jepun meningkatPhoto from Japan Wonder Travel

Selain daripada pelancong, terdapat pertumbuhan yang stabil bilangan orang Islam menetap di Jepun. Kesan dapat terlihat apabila sepuluh tahun yang lalu, makanan halal mula wujud dalam menu.

Akibat daripada ledakan pelancong mendorong permintaan yang semakin meningkat. Pelancongan halal merupakan salah satu sektor yang menjana ekonomi muslim.

Maka tidak hairanlah, destinasi muslim-friendly menjadi pendukung untuk sektor ini dalam ekonomi global. Menurut laporan daripada Pusat Pembangunan Ekonomi Islam Dubai (DIEDC).

Perbelanjaan Muslim (global) untuk melancong keluar dianggarkan $142 bilion (RM665 bilion) tidak termasuk Haji dan Umrah. Ini menjadikan pasaran pelancongan Muslim sebanyak 11% daripada perbelanjaan global.

Bandar Tokyo kekal menjadi destinasi utama untuk pelancong muslimPhoto from Tour-Scanner

Oleh itu, negara bukan islam seperti Jepun, Sepanyol giat berusaha melabur dalam pasaran ini.

Lebih Daripada 300,00 Pelancong Daripada Malaysia Tahun Lepas

300,000 pelancong daripada negara kita sahaja tau!Photo from Japan Wonder Travel

Menariknya pada tahun 2016, pelancong di Jepun mencecah sehingga 24 juta. Jauh mendahului sasaran 20 juta pelancong yang ditetapkan oleh kerajaan negara untuk 2020.

Pelancong dari negara Islam menyumbang jumlah ketibaan yang semakin meningkat pada hari ini. Menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO), hampir 271,000 warga Indonesia melawat ke negara pada 2016.

Selain itu lebih 394,000 rakyat Malaysia tiba tahun lalu dan meningkat daripada 89,000 tujuhan tahun lepas. "Kombinasi faktor di sebalik angka yang mengagumkan ini seperti kadar yen semakin rendah,

Menjadikan percutian di negara ini lebih berpatutan untuk orang dari Asia Tenggara, khususnya." kata Susah Ong, Timbalan Pengarah Pejabat JNTO. "Tapi saya juga berpendapat bahawa sektor pelancongan Jepun lebih terbuka menerima pelancong luar negara," turut ditambah Ong.

Jepun Akan Buka Lebih Banyak Ruang Solat Untuk Pelancong Muslim

Contoh ruang solat disediakan di stesen TokyoPhoto from ARAB News

Bagi pengusaha perniagaan, mereka melihat pelancong Muslim sebagai peluang besar untuk meraih pendapatan lumayan. East Japan Railway Co. (JR East) akan membuka surau pertama di Stesen Tokyo pada Jun 5 tahun ini.

Setelah melihat peningkatan jumlah pelancong melawat pusat ibu kota. Surau tersebut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti maklumat di bahagian pintu keluar utara stesen Marunouchi.

Pelancong boleh menggunakan surau secara percuma. Selain itu, beberapa lapangan terbang di negara ini turut menyediakan surau. Sehubungan dengan itu, Ekspo Halal Jepun ketiga akan dijalankan pada bulan November.

Masjid paling besar di Tokyo turut dijadikan destinasi pelancongPhoto from Wikipedia

"Makanan Jepun dilihat dengan penuh rasa ingin tahu. Pengeksport halal melihat sebagai satu kelebihan untuk menjual produk mereka," kata Sami Hamdi, pengasas majalah The National Interest.

Kerana ramai pelancong muslim yang melawat negara ini gemar menikmati makanan tempatan. Contohnya seperti teh hijau, kuih-muih yang jarang dilihat dalam majoriti negara muslim.

Populasi muslim di Jepun meningkat secara stabilPhoto from nippon

Semakin Banyak Makanan Halal, Semakin Ramai Pelancong

Makanan halal di jepun semakin mudah untuk dijumpaPhoto from Joy in Japan

Mohammed Naji Matar yang ditugaskan untuk mengendali perniagaan Muslim di Osaka turut berkata tentang perkara ini. Menurutnya dia percaya banyak peluang baru akan dibuka dalam sektor pelancongan negara ini.

"Semakin mudah untuk orang datang melawat ke sini. Keadaan visa serta peningkatan penerbangan dan warga asing tahu negara ini selamat, bersih juga penduduk sangat mesra," katanya.

Wah lepas ni boleh pergi Jepun lah!Photo from Unlock Japan

"Apabila makanan halal lebih mudah didapati. Maka saya rasa semakin ramai pelancong akan mahu datang melawat ke sini." turut ditambah. Secara keseluruhan, usaha yang dilakukan oleh Jepun telah berjaya menarik ramai pelancong muslim.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok