download Jom Explore app
Tak Sangka Janna Nick Pelajar Cemerlang!

Tak Sangka Janna Nick Pelajar Cemerlang!

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 29 May 2024
Digital Editor

Kepada adik yang berjaya peroleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang, min ucapkan tahniah! Korang patut dijadikan inspirasi sama seperti 5 selebriti ini.

Walaupun semakin ramai generasi muda menganggap SPM tidak patut diambil berat. Kerana semakin ramai bergesa untuk menjadi pempengaruh dijanjikan pendapatan lumayan.

Sijil SPM ibarat kunci untuk membuka segala pintu dalam karier hidup kita. Sebab itu betapa pentingnya untuk kita belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan cemerlang.

Tahniah calon berjaya peroleh keputusan cemerlang baru-baru iniPhoto from Utusan

Oleh itu korang mesti tak percaya 5 selebriti dalam list ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang tau. Mereka wajar diangkat menjadi ikon untuk generasi muda. Nak tau siapakah mereka? Baca sampai habis!

1. Neelofa (2006)

Istilah beauty with brains amat cucuk untuk NeelofaPhoto from MOMAwater

Noor Neelofa Mohd Noor lebih mesra dikenali sebagai Neelofa. Beliau seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.

Terkenal dengan memiliki paras rupa cantik usahawan, pelakon, pengacara dan model berjaya peroleh 10 A dalam SPM 2006. Selain itu, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang bagi UPSR dan PMR.

Terkenal sebagai usahawan, Naelofar menjadi pilihan ramai untuk beli tudungPhoto from naelofar

Juara Dewi Remaja dan pemilik Naelofar Hijab membuktikan istilah beauty with brain!

2. Mira Filzah (2010)

Wajah manis yang mampu cairkan hati setiap lelakiPhoto from Beautiful Nara

Wanita manis mesra dikenali sebagai Mira Filzah sentiasa berjaya mencuri hati para lelaki tempatan. Wajah manis ini juga antara artis paling laris dalam negara kita.

Terkenal dengan lakonan dalam beberapa drama seperti Cinta Si Wedding Planner, Eksperimen Cinta dan Sweet Dreams telah mengangkat nama Mira menjadi antara A-list selebriti tanah air.

Pada tahun 2010, Mira berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A untuk SPM ketika menjadi pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur. Selain itu, South China Morning Post pernah menyifatkan beliau sebagai "Malaysia's Ultimate Girl Next Door".

Mira terkenal dengan lakonan dalam drama sweet dreamsPhoto from Beautiful Nara

3. Ezlisa Loy (2013)

Ezlisa dua dari kanan bersama adik beradiknya turut popular sebagai pelakonPhoto from Beautiful Nara

Anak ketiga daripada empat adik beradik yang cukup terkenal dalam industri drama televisyen (tv) dalam negara. Nurul Ezlisa Loy ialah bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).

Ezlisa berjaya peroleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan pada tahun 2013. Beliau memperoleh A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah.

Ezlisa kini sibuk uruskan perniagaan bakeri miliknyaPhoto from IG | Lisa Bake Day

Seterusnya memperoleh B untuk subjek biologi dan kimia. Pelakon manis ini terkenal dengan lakonan bersama adik-beradiknya dalam drama Oh My English popular di satu masa dahulu. Kini giat menjalankan perniagaan bakeri bernama "Lisa Bake Day".

4. Janna Nick (2013)

Janna berjaya peroleh 6A 2B untuk keputusan SPMPhoto from Kosmo Digital

Pelakon jelita ini merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah. Janna Nick memperoleh 6A dan 2B dalam peperiksaan itu.

Janna dilahirkan di Sungai Petani, Kedah. Beliau berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai daripada kedua ibu-bapanya. Selain itu Janna terkenal dalam bidang lakonan menerusi pelbagai siri drama.

Tambahan pula, Janna pernah melancarkan single berjudul 'Mungkin Saja' pada tahun 2006. Menjadi percubaan sulung dalam bidang muzik. Hidupnya kini sudah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Dini Azan tahun lepas.

Bersama suami yang baru berkahwin tahun lepasPhoto from Harian Metro

5. Najwa Latif (2012)

Siapa hafal lagu Cinta Muka Buku? Kita geng!Photo from Harian Metro

Imratul Najwa binti Abdul Latif lebih mesra dikenali sebagai Najwa Latif terkenal dengan pelbagai lagu yang pernah viral satu masa dahulu. Kebanyakan lagu ciptaan Najwa viral di laman sosial, Youtube seperti Cinta Muka Buku.

Kejayaan itu melayakkan Najwa untuk bertanding di pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-26. Namun ini tidak sikit menjejaskan pelajarannya. Najwa merupakan bekas pelajar aliran Sains Tulen di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor.

Najwa berjaya peroleh 4A dalam peperiksaan pada tahun 2012. Subjek tersebut ialah Bahasa Melayu, Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik. Siapa masih hafal lagu lama Najwa? boleh geng dengan min.

Haa.. 5 selebriti ni menunjukkan bahawa kita boleh berjaya dalam industri hiburan. Tanpa meninggalkan pelajaran kita, lalu mereka wajar dijadikan inspirasi bagi calon seterusnya yang merasakan peperiksaan ini tidak penting.

Mungkin korang suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok