download Jom Explore app
Cef Terkemuka Akui Tidak Pernah Sampai Malaysia

Cef Terkemuka Akui Tidak Pernah Sampai Malaysia

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 29 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Seorang cef berasal dari New Delhi, India berkongsi kisah kejayaan mengendalikan sebuah restoran. Menariknya restoran itu menjual masakan Malaysia tapi cef tersebut tidak pernah menjejak kaki ke negara kita.

Salil Mehta telah mengusahakan restoran bernama Laut di New York, Amerika Syarikat. Pencapaian terbesar restoran ini ialah menjadi 'restoran makanan Malaysia' pertama menerima bintang Michelin.

Laut di New York menjadi destinasi utama untuk dapatkan makanan Malaysia paling sedapPhoto from I JUST WANT TO EAT

Dalam industri makanan & minuman (f&b) bintang Michelin dilihat sebagai tanda pengiktirafan. Kebanyakan restoran dan cef terkemuka mempunyai bintang ini tetapi bukan senang untuk peroleh.

Ia hanya dianugerahkan kepada restoran yang Michelin anggap terbaik di bandar. Oleh itu bagaimana seorang cef tidak pernah jejak kaki ke negara kita berjaya menghasilkan makanan begitu sedap sehingga mendapat pengiktirafan.

Cef Salil akui dalam temu bual dia tidak pernah jejak kaki di Malaysia tapi jual masakan MalaysiaPhoto from Open Table

Mula Belajar Daripada Orang Thai Di New York

Dalam temu bual Cef Salil mengaku belajar masak daripada orang ThaiPhoto from WeirdKaya

Dalam temu bual bersama CBS News, Salil Mehta cerita kisah bagaimana dia mula belajar masak. Asalnya daripada New Delhi, India, Salil pindah ke New York untuk sambung pelajar di Parsons School of Design.

Kerana ingin membayar kos kehidupan menetap di bandar ini. Salil mula menghasilkan makanan mengikut budaya citarasanya. Kemudian dia mula mengenal masakan Asia Tenggara terutama Thai daripada komuniti orang Thai yang menetap di bandar itu.

Seterusnya dia turut melakukan banyak kajian tentang masakan Malaysia. Menurutnya, dia tertarik melihat perbezaan masakan India dan Asia Tenggara.

Salil belajar masak untuk meneruskan kehidupanPhoto from Asia One

Daripada Pereka Fesyen Ke Cef Terkemuka

Asalnya ingin menjadi pereka fesyen tapi berubah menjadi cef setelah mengendalikan Restoran LautPhoto from The New York Times

Impian asal Salil ialah untuk menjadi pereka fesyen namun ambil keputusan untuk tinggalkan industri tersebut. Pada tahun 2010, dia mengambil alih restoran Laut dan menjadi cef untuk meneruskan kehidupan.

Restoran Laut ialah salah satu restoran yang menghidangkan makanan Malaysia. Meneruskan perbualan bersama CBS News, Salil berkata, seumur hidupnya dia tidak pernah jejakan kaki ke Malaysia.

"Saya tidak pernah ke Malaysia dalam hidup saya," katanya telah mengejutkan hos temu bual, Meg Oliver. Pendedahan tersebut seperti tidak masuk akal kerana bagaimana seorang cef tidak pernah rasa makanan negara kita.

Nasi Ayam Hainan yang dihasilkan di restoran iniPhoto from IG | lautnewyork

Boleh berjaya menghasilkan antara makanan sedap di New York. Sampai mendapat pengiktirafan bintang Michelin.

Roti Canai, Char Kuey Teow, Ikan Dan Macam-Macam Lagi

Nasi Lemak pun Salil boleh hasilkanPhoto from IG | lautnewyork

Seterusnya Salil turut mempersembahkan beberapa pilihan menu yang menjadi kegemaran. Antaranya adalah roti canai, crying tiger beef (daging harimau menangis), duck curry, nasi lemak, rendang daging dan dragon breath char kuey teow.

Tambahan pula, Salil turut mengajar Meg bagaimana untuk menghasilkan roti canai di restoran. Meg turut menceritakan pengalaman menikmati masakan yang dipersembahkan dengan ulasan baik.

Mengambil inspirasi daripada masakan Malaysia, Thai dan SingapuraPhoto from IG | lautnewyork

Rasa sungguh menakjubkan yang tiada bandingan ialah antara ungkapan yang dikeluarkan oleh hos tersebut.

Apa Kata Netizen Tentang Restoran Ini?

Majoriti orang Barat menggangap masakan dihasilkan antara yang paling sedapPhoto from IG | lautnewyork

Dengan jumlah sebanyak 1,833 ulasan ditinggalkan oleh pelanggan di halaman google Restoran Laut. Sudah tentu ramai berkongsi pengalaman menikmati makanan Malaysia oleh Cef Salil.

Majoriti meninggalkan ulasan 4-5 bintang. Menurut mereka, makanan di Laut tidak mengecewakan. Setiap hidangan dihasilkan mempunyai rasa cukup memuaskan maka tidak hairan kenapa perlu booking untuk makan di sini.

Menariknya terdapat seorang warga Malaysia pernah makan di sini meninggalkan ulasan. Katanya merasakan makanan di Laut tidak sama macam di negara kita.

"Saya asal orang Malaysia berada di New York untuk berjumpa dengan rakan. Kami berniat untuk cuba restoran Laut selepas melihat banyak ulasan daripada pelanggan. Perasaan sedikit kecewa timbul setelah mencuba makanan di sini.

Saya kurang pasti sama ada mereka salah resipi. Contohnya, teh tarik rasanya sangat manis. Laksa pula langsung tiada rasa seperti laksa. Manakala sweet chili crab jauh beza daripada chili crab,"

Penting atau tidak Cef Salil jejak kaki ke negara kita?Photo from J Vignati

Justeru persoalan utama adakah penting untuk Salil jejakan kaki ke negara kita untuk menikmati rasa sebenar masakan orang Malaysia? Atau sudah cukup dengan kajian dilakukan sahaja.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok