6 Lokasi Glamping Sekitar Lembah Klang
Aktiviti ber-glamping semakin popular sejak kebelakangan ini. Orang ramai terutama warga bandar ingin 'hilang' sebentar menikmati suasana alam sekitar yang tenang membuahkan banyak lokasi baru.
Bagi yang tak pernah dengar istilah glamping jangan risau. Ia merupakan aktiviti percutian mengambil konsep camping tetapi ada sedikit twist dengan memperkenalkan elemen mewah (Glamour) supaya kekal selesa.
Trend ini sudah pun lama bermula tetapi semakin pesat ketika waktu PKP dahulu. Bila orang dah mula bosan di rumah dan ingin mencari vibes tenang, mereka akan menghabiskan masa dengan glamping.
Photo from Selangor Journal
Haa.. sebab itu ada beberapa lokasi yang cantik untuk korang singgah. Tambahan pula semuanya berdekatan dengan Lembah Klang serta di Selangor sahaja, tak perlu pergi jauh pun.
Dusun Bonda, Batang Kali
Photo from Dusun Bonda
Kebanyakkan lokasi glamping berpusat di tepi sungai. Selain itu Dusun Bonda turut menawarkan kolam renang saiz besar sangat sesuai untuk bawa kanak-kanak kecil mandi sehingga puas.
Ibu bapa yang ketandusan idea nak berjalan ke mana ketika cuti sekolah. Boleh tempah di lokasi ini pada hujung minggu! Dusun Bonda memastikan segala peralatan, fasiliti cukup dan selesa untuk digunakan.
Photo from Dusun Bonda
Mereka turut mengambil berat hal privasi. Bilik air dan ruang makan pun disediakan khas untuk kegunaan peribadi serta sarapan pagi pun boleh siap hantar ke bilik. Aktiviti ditawarkan di sini pun ada banyak.
Antaranya jungle trekking, berkelah. Nak berkumpul lakukan aktiviti keluarga seperti BBQ, lepak tepi unggun api sangat disyorkan.
Photo from Dusun Bonda
- Alamat: Dusun Bonda, Lot 2121 (2996), Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
- Kapasiti: 4 orang/1 khemah
- Harga: RM350/malam (termasuk sarapan)
Alpine Camp
Photo from Alpine Camp
Taknak duduk jauh sangat dari bandar KL? Takut tak tahan duduk dalam hutan? Takpa Alpine Camp menyediakan lokasi glamping cukup menarik dengan permandangan Sungai Lui dan Gunung Hitam.
Paling best bila dapat tahu lokasinya tidak begitu jauh dari pusat bandar pulak tu! Ada 5 khemah yang boleh muatkan 4 orang dalam satu masa. Seterusnya terdapat dewan makan serta surau untuk digunakan oleh pelawat.
Photo from Alpine Camp
Sungai pula parasnya cetek membolehkan anak bermain tanpa risau.
- Alamat: Batu 23, Sungai Lui 43100 Hulu Langat, Selangor
- Kapasiti: 4 orang/1 khemah
- Harga: 2 Hari 1 Malam (RM150/ 1 orang termasuk sarapan dan BBQ)
The Stickes
Photo from The Stickies
Dah pasang niat nak hilangkan diri daripada kesibukan hidup sepenuhnya ketika glamping? Pastikan pilihan korang ialah The Stickes kerana di sini mementingkan pengalaman pelawat hidup bersama alam sekitar.
Mereka tak sediakan WiFi supaya korang dapat berpisah daripada telefon itu. Di sini memang disediakan khas untuk korang rehat dan nikmati keindahan alam semula jadi dengan menginap di tendok.
Photo from The Sticks
Gabungan antara tent dan pondok yang rupanya seperti rumah kampung melayu. Harga penginapan turut disertakan makan malam dan sarapan pagi kerana mereka tidak menawarkan korang bawa masuk makanan luar.
Haa.. takkan main phone lagi, tu ada sungai dengan hutan. Jom pergi jungle trekking!
Photo from The Sticks
- Alamat:Lot 213, Jalan KKB – Frasers Hill, Kuala Kubu Bharu, 44000 Selangor
- Kapasiti: 2 - 4 orang (bergantung pada pilihan tendok)
- Harga: 3 pilihan untuk dipilih seperti berikut;
- Bamboo House (RM342/ muat 2 orang)
- Riverside Tendok (RM422 / muat 2 orang)
- Serengeti Tent (RM552 / muat 4 orang)
Colina Camping & Glamping by Le Quadri Hotel KL
Photo from Jayden Peng
Antara lokasi baru berada berdekatan di ibu kota. Di sini korang boleh hiking di Bukit Besi dengan bantuan tour guide. Selain itu, habiskan masa di Jungle Pool dan Forest Sauna memberikan pengalaman menyeronokkan.
Seperti menghilangkan masalah dengan berendam di kolam renang termasuk sauna. Sambil melihat pemandangan hutan hijau! Di samping itu, habiskan masa bersama keluarga atau rakan dengan bermain futsal serta board games ditawarkan.
- Alamat: UCSI Heights, 1, Jalan Puncak Menara Gading, Taman Connaught, 56000 Cheras, Federal Territory of Kuala Lumpur
- Kapasiti: 2 - 4 orang
- Harga: Glamping dengan sarapan pagi (RM258/ 1 malam)
- Dengan Guided Hiking (RM288/ 1 malam)
The Hid3out
Photo from Hid3out
The Hid3out juga antara lokasi baru dibuka memberi fokus kepada keluarga yang teringin nak melakukan aktiviti luar tidak terlalu ekstrem. Selain itu ia terletak di tepi Sungai Tua memberikan pengalaman cukup selesa.
Selain daripada menikmati bunyi air sungai. Kanak-kanak boleh bermain di kolam renang yang disediakan khas. Akhir sekali, lokasinya berdekatan dengan bandar dan tidak terlalu jauh ke dalam.
Photo from IG | danialmarizd
Memudahkan perjalanan pergi balik seisi keluarga.
- Alamat: Hutlista 2, Jalan Sungai Tua, Ulu Yam 68100 Batu Caves, Selangor
- Kapasiti: 3 - 4 orang
- Harga: RM 399 (termasuk sarapan serta makan malam)
River & Glamp
Photo from FB | Cik Kiah
Takut bosan baring rehatkan tubuh badan sambil melihat permandangan? Teringin nak buat aktiviti lasak? Singgah River Glamp yang menyediakan banyak aktiviti menarik seperti naik ATV, river tubing dan berbasikal.
Akhir sekali khemah disediakan cukup selesa dan lengkap dengan pelbagai fasiliti moden. Contohnya portable aircond, kipas dan harga pakej termasuk set makan 3 kali sehari pulak tu.
Photo from FB | Cik Kiah
- Alamat: Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor
- Kapasiti: 5 orang
- Harga: Pakej 2 hari 1 malam (RM99/ orang) pada hari Ahad-Khamis / Jumaat-Sabtu, Cuti Umum & Sekolah (RM119/orang)
Photo from FB | Cik Kiah
Haa.. lokasi mana satu yang jadi pilihan utama korang? Semuanya mempunyai tarikan dan keunikkan tersendiri tetapi mengekalkan elemen suasana tenang dan healing daripada alam semulajadi.
Mungkin korang suka: