download Jom Explore app
Malaysia Ada Sebanyak 351 Buah Universiti

Malaysia Ada Sebanyak 351 Buah Universiti

Hot & Viral
By Muhammad Aliff on 21 May 2024
Digital Editor

Siapa sangka Malaysia mempunyai antara bilangan institusi pengajian tinggi (Universiti) terbanyak dunia dengan jumlah yang mengejutkan iaitu 351. Dengan itu melonjak naik sebagai salah satu pesaing terbesar di dunia.

Walaupun bersaiz kecil, Malaysia meletakkan dirinya selesa di tempat ke-9 di Asia dan ke-17 di peringkat antarabangsa. Menurut kajian yang dijalankan oleh Times Higher Education (THE) dan Statista, portal dalam talian Jerman.

Malaysia menduduki tangga ke-9 di Asia dan ke-17 di duniaPhoto from Newcastle University

Kajian ini mungkin mengejutkan kita sedikit tetapi dapat membantu kita memahami landskap pendidikan negara kita. Seterusnya ia melonjakkan Malaysia ke depan mengalahkan beberapa negara maju seperti United Kingdom, Itali dan banyak lagi.

India Mempunyai Universiti Paling Banyak Dalam Dunia

Menduduki tangga pertama, India mempunyai sebanyak 5,349Photo from Business Insider India

Memetik dalam kajian tersebut India mendahului sebagai negara dengan jumlah Universiti terbanyak di seluruh dunia. Bilangan sangat mengejutkan iaitu 5,349 buah institusi disediakan untuk penduduk seramai 1.4 billion.

Tempat kedua pula dipegang oleh jiran rapat kita iaitu Indonesia dengan jumlah 3,277 buah institusi. Kemudian diikuti oleh Amerka Syarikat (3,180), China (2,495) dan Brazil (1,264).

Infografik menunjukkan kedudukan setiap negaraPhoto from IG | Ranking Royal

Menggenapkan lima negara di dalam peringkat antarabangsa.  Seterusnya ini senarai dikeluarkan oleh kajian tersebut menunjukkan kedudukan negara yang mempunyai jumlah Universiti dalam kawasan Asia:

Walaupun mempunyai Universiti yang banyak. Persaingan pelajar di India cukup sengitPhoto from Al Jazeera

  1. India (5,349)
  2. Indonesia (3,277)
  3. China (2,495)
  4. Jepun (992)
  5. Iran (440)
  6. Korea Selatan (401)
  7. Filipina (336)
  8. Pakistan (359)
  9. Malaysia (351)

Kita Ada Nombor, Bagaimana Pula Dengan Kualiti?

Universiti Teknologi Petronas (UTP) dianggap antara yang terbaik dalam negaraPhoto from The Star

Walaupun kita mempunyai angka untuk mengalahkan seluruh dunia. Tidak ada gunanya jika bilangan tersebut tidak dapat berprestasi dan tidak menghasilkan graduan berkualiti tinggi yang boleh meningkatkan tenaga kerja dan ekonomi negara

Walaupun mempunyai universiti ke-9 terbanyak di Asia, kebanyakan institusi pengajian tinggi kami tidak mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi prestasi.

Walaupun negara kita mempunyai Universiti yang banyak. Tiada gunanya jika bilangan tersebut tidak dapat menghasilkan graduan berkualiti, bersaing dan melakukan produktiviti yang tinggi.

Walaupun ada Universiti banyak tak bermakna graduan dilahirkan semuanya berkualiti kan?Photo from PERSOLKELLY

Kerana ini memberi impak besar kepada peningkatan tenaga kerja dan ekonomi negara. Buat masa ini hanya 4 institusi yang berjaya memecahkan 100 Universiti Terbaik di Asia menurut kajian iaitu:

  1. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  2. Universiti Malaya (UM)
  3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)

Melahirkan graduan berkualiti sepatutnya jadi fokusPhoto from UTM

Bermula dengan UTP mereka berjaya menduduki tempat ke-52 di Asia. Kemudian diikuti UM di tempat ke-65, UTM di tempat ke-85 dan akhir sekali, USM di tempat ke-99 menjadikan antara Universiti berkualiti dalam negara.

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa negara kita perlu mengubah skop fokus terhadap pengajian tinggi. Daripada kita tumpu kepada kuantiti lebih baik kita fokus kepada kualiti sahaja.

Graduan berkaliber tinggi dapat beri impak lebih positif kepada pembangunan negaraPhoto from MalaysiaKini

Sekaligus menghasilkan lebih banyak graduan berkaliber tinggi. Memberi kesan penubuhan lebih positif untuk membangunkan sektor menjadikan negara kita taraf pertama.

Masa Hadapan Negara Bergantung Kepada Graduan

Masa hadapan negara bergantun kepada graduan Photo from New Straits Times

Namun ini bukan kritikan malah komen mengurangkan nilai pendidikan ditawarkan oleh beberapa institusi lain. Bilangan yang ada sekarang memberi peluang lebih besar kepada setiap rakyat untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

Tanpa graduan masa hadapan negara berkemungkinan tidak kelihatan cerah. Justeru itu memandang ke hadapan, negara kita perlu cakna dan aktif dalam membangunkan institusi lebih berkualiti.

Barulah dapat melahirkan generasi rakyat yang berkaliber tinggi.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok