download Jom Explore app
Nokia 3210 Kembali Semula Dengan Design Baru

Nokia 3210 Kembali Semula Dengan Design Baru

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 17 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tanya geng milenial mereka pasti mempunyai kenangan indah tentang Nokia 3210. Telefon legenda meraikan Ulang Tahun ke-25 tahun ini dan telah berjaya jual sebanyak 160 juta unit di seluruh dunia pada satu masa dahulu ingin melakukan kemunculan semula.

Kemunculan semula ini sudah pasti akan mengujakan peminat terutamanya Gen-Z yang menggemari trend 'dumphone'. Bermaksud telefon pintar dengan kebanyakan fungsi asas membolehkan mereka terus berhubung dan tidak membuang masa dengan aplikasi.

Diberi nafas baru dengan gaya retro!Photo from SoyaCincau

Baca sampai habis untuk ketahui apa yang diubah dengan model retro ini.

Masih Boleh Main Game Snake

Menariknya korang masih boleh main game snakePhoto from Tech Spurt

Pada satu masa dahulu, Nokia 3210 menjadi pilihan utama dalam lautan telefon bimbit. Didatangkan dalam pasaran dengan harga yang rendah mempunyai banyak ciri sebenarnya seperti bekas boleh tanggal, nada dering boleh laras dan game.

Untuk tahun 2024 ciri ini biasa sahaja. Walaubagaimanapun, Nokia kekalkan bentuk asalnya dengan sedikit kemas kini. Ia dijangka mempunyai skrin yang lebih besar dan berwarna-warni (2.4 inci), kamera 2-Megapiksel,

Dan port pengecasan USB-C yang boleh dilihat dalam Apple iPhone terbaharu. Tambahan pula, ia serasi 4G dan boleh menerima kad mikroSD untuk mengembangkan kapasiti storannya. Walaupun ini mungkin kelihatan biasa dalam industri teknologi.

Skrin bersaiz 2.4 inchi, kamera 2 MP dan USB Type C sudah cukup kan?Photo from Lowyat

Ciri paling menarik dalam model retro Nokia 3210 akan menampilkan game Snake yang popular. Itu sesuatu yang menggembirakan.

Bermain Dengan Kad Nostalgia Itu

Fokus HMD Global untuk mengeluarkan semula telefon lagenda kerana permintaan tinggi!Photo from Nokiamob

Pada masa ini jenama Nokia dikawal oleh perniagaan Finland HMD Global ialah peneraju pasaran dalam kategori dumphone. Mereka sebelum ini mengeluarkan telefon serupa untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.

Selain itu, HMD Global telah meningkatkan pengeluaran model legenda yang direka semula. Seperti 3310 dan 8110 dengan setiap satunya diubah suai agar sesuai dengan spesifikasi moden.

Beberapa tahun lalu, Nokia 3310 dikeluarkan dalam design retro seperti iniPhoto from Mashable

Menurut Lars Sillberbauer, CMO HMD berkata "Nokia 3210, ikon budaya, kembali ke puncak mengetuai trend dumbphone secara global apabila pengguna ingin mengimbangi penggunaan masa skrin mereka dengan detoks digital,"

Dianggap Seperti iPhone Pada Zaman Kegemilangan

Dulu, Nokia 3210 ibarat iPhone sekarangPhoto from Supersaf

Ketika itu membawa Nokia 3210 di tangan ialah serupa dengan memiliki iPhone hari ini. Mempunyai reka bentuk anggun dan moden, boleh tukar badan teefon dan menampilkan antena dalaman memudahkan untuk membawanya ke dalam poket.

Kerana telefon pada masa itu dahulunya besar dan mempunyai antena yang panjang menjadikannya mustahil untuk dimuatkan di dalam poket. 3210 begitu popular sehingga ia menjadi fenomena budaya, dikalahkan oleh penggantinya, Nokia 3310.

Model yang dikemas kini akan menyerupai yang asal dengan papan kekunci yang diperkemas sedikit. Bezel yang kontras mengelilingi skrin dan baris atas kekunci memberikan rupa retro moden!

Ada 3 warna untuk korang pilih!Photo from PhoneArena

Tambahan pula ia akan tersedia dalam 3 warna: biru skuba, hitam grunge dan emas Y2K.

Bukan Untuk Semua Orang, Tetapi Sangat Menarik!

Korang akan beli telefon ini?Photo from Lowyat

Trend dumbphone bukan untuk semua orang. Menurut seorang pengguna yang menukar telefon pintarnya dengan telefon lipat berkata, "ia sesuai sebagai telefon pertama yang sangat baik untuk kanak-kanak hari ini. Dengan bateri yang tahan lebih lama,

Ia adalah alternatif yang ideal bila kita masih ingin berhubung tetapi tidak ingin terikat dengan telefon". Walaupun telefon ini sebahagian besarnya menjurus kepada nostalgia individu yang minat Nokia.

Ia juga menarik minat pelanggan yang tidak suka menghabiskan masa dengan telefon. Oleh itu, kategori telefon ini hanya menyediakan fungsi asas seperti membuat panggilan, menghantar e-mel, kalendar, kamera dan beberapa permainan.

Trend ini diterima secara berperingkat dan perlahan dilihat kejayaan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Telefon ini direka untuk sesiapa sahaja yang ingin melepaskan diri daripada semua jenis maklumat dan platform media sosial yang sukar hari ini.

Pakar teknologi menganggarkan harganya sekitar 85$ (RM 399). Korang akan beli satu?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok