download Jom Explore app
Kenapa Indomie Digemari Oleh Semua Orang?

Kenapa Indomie Digemari Oleh Semua Orang?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 16 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tanya orang Malaysia pasal Indomie. Majoritinya dengan yakin mampu berkata mereka pernah atau suka menikmati mi segera yang terkenal dari Indoneis. Menjadi makanan segera di Asia Tenggara berubah menjadi salah satu jenama besar dalam dunia.

Dihasilkan oleh jenama Indofood. Mereka ialah pembuat mi segera terbesar dalam dunia dengan 16 buah kilang. Mereka mampu menghasilkan kira-kira 28 bilion packet setiap tahun.

Nama produknya sahaja sudah cukup untuk buat kita teliur. Apabila digoreng dengan beberapa bahan hiasan seperti ayam, sayur, tauhu pasti buat kita tersenyum telah berkembang dalam pasaran global.

Lihat bungkusan ini, pasti korang semua kenal kan?Photo from Ubuy Malaysia

Jom lihat bagaimana Indomie berjaya menjadi sebuah simbol yang dekat dalam budaya di negara kita!

Rasa Sedap Yang Memikat Semua

Sedap, senang dimasak dan murah menyebabkan indomie sangat popular dalam negara kitaPhoto from Delicious

Sukar untuk dinafikan mi segera ini dinikmati oleh semua orang dalam seluruh dunia. Apabila kita lapar pada waktu lewat malam, kita beralih kepada Indomie untuk berikan kepuasan serta mengenyangka perut.

Tambahan pula, orang Indonesia yang tinggal di luar negara akan membawanya ke mana-mana sahaja. Disebabkan itu tak kisah di mana sahaja kita berada, ada kemungkinan untuk kita berjaya mendapatkanya walaupun bukan berada di Malaysia dan Indoneisa.

Selain itu di negara Afrika, Eropah, Amerika dan Australia boleh kita jumpa sepaket mi ini tau! Dengan rasa yang memuaskan kena dengan selera orang tempatan, Indomie menyedari bahawa setiap individu mempunyai citarasa berbeza.

Percaya atau tidak ini antara versi perisa pernah dikeluarkanPhoto from Dean Koh

Jadi mereka menghasilkan sebuha rasa masakan asli di negara mereka. Maka terhasilha antara kegemaran ramai, 'Mi Goreng Pedas'

Strategi Untuk Memberi Impaknya Dalam Pasaran Global

Penggunaan strategi iklan kreatif dapat mengukuhkan hubungan dengan pelangganPhoto from Indomie

Kejayaan mi segera dalam pasaran seluruh dunia bukan disebabkan oleh rasa sahaja. Firma mereka membangunkan pelbagai kaedah untuk kekal berdaya saing. Contohnya membina kilang di negara luar.

Seterusnya mereka bergantung pada pengiklanan serta pemasaran untuk berinteraksi dengan pelanggan. Melalui cara ini mereka dapat mewujudkan sebuah hubungan memudahkan produk mereka terjual di sebuah negara.

Indomie juga bekerjasama dengan perusahaan lain di negara yang berbeza untuk mendapatkan lesen perniagaan, yang membolehkan produk mereka dibekalkan dan diterima di pasaran antarabangsa.

Dari Mi Segera Hingga Ke Hati Jutaan Orang.

Malam, siang atau petang, sedap untuk di makan bila bila masa!Photo from IDN Times

Menggunakan pelbagai kaedah untuk promosikan produknya supaya dapat mencipta imej dalam fikiran pengguna. Menawarkan perisa tradisional daripada pelbagai wilayah di negaranya.

Selain itu terkenal dengan makanan mudah dimasak dan serba boleh. Setiap individu akan dapat menikmati rasanya serta menambah atau kurangkan untuk menghasilkan versi tersendiri.

Sentiasa menjadi pilihan utama, patutlah cepat sangat habisPhoto from Nikkei Asia

Melalui strategi berkesan ini. Jenama ini dengan unggul menjadi pengeluar mi terkemuka dalam dunia.

Memastikan Kualiti Produk Dijaga Dengan Baik

Indomie mengambil berat tentang kualiti serta keselamatan produk dihasilkanPhoto from Youtube

Objektif mereka bukan sahaja untuk luaskan pasaran dan tingkatkan jualan. Tetapi turut menjaga kualiti produk untuk keselamatan pelanggan. Sebab itu mereka mengambil berat tentang penjagaan kualiti produk.

Contohnya, gandum dalam perbuatan mi perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum digunakan. Kemudian bila memasukan pasaran global mereka ambil berat tentang kualiti makanan dikeluarkan sah selamat.

Untuk mencapai kualiti produk yang tinggi. Indomie menekankan kesegaran, sanitasi, nilai pemakanan, rasa, kepraktisan, keselamatan dan kesahihan penggunaan. Firma itu juga meletakkan nilai tinggi pada keselamatan pelanggan.

Tanpa Indomie, tak dapatlha kita nikmati makan sedap seperti iniPhoto from Unilever Food Solutions

Justeru itu tanpa produk ini, nescaya kita akan berpeluang untuk nikmati makanan yang sudah digemari sejak kecil lagi.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok