download Jom Explore app
Bagaimana Boleh Terciptanya Baju Kebaya?

Bagaimana Boleh Terciptanya Baju Kebaya?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 17 Apr 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Selain daripada baju kurung. Baju kebaya kekal popular dan menjadi kegemaran ramai perempuan memperagakan ketika hari raya. Busana tradisional terkenal bukan dalam negara sahaja malah seluruh kawasan nusantara turut mempunyai kisahnya..

Pernah tak korang terfikir dari mana datangnya baju Kebaya? Bagaimana ia mampu meningkatkan kecantikkan pemakainya dengan 3 elemen iaitu berbelah, pesak di bahagian depan dan wajib dipadan dengan kerongsang.

Baju ini amat sinonim dengan budaya orang Melayu dan turut menyebabkan beberapa pergaduhan dengan negara jiran. Kerana masing-masing ingin kata pakaian ini berasal dari negara mereka.

Manis sungguh perempuan pakai baju kebaya kan?Photo from MC Vogue

Sebenarnya asal usul baju Kebaya datang dari mana sehingga menjadi satu pakaian penting dalam budaya orang tempatan.

Mempunyai Pengaruh Dari Baju Abaya?

Baju Abaya sangat sinonim dengan orang Arab dibawa ke Nusantara sejak dahulu lagiPhoto from Zalora

Baju Kebaya dipercayai dipengaruhi oleh pemakaian orang Arab. Seperti kita sudah tahu, orang arab terkenal dengan pelayaran ke kawasan Asia Tenggara ketika Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Lalu mereka membawa baju Abaya beratus tahun dahulu. Ia tersebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera apabila berlakunya asimilasi budaya di mana penduduk setempat mula menerima pakaian itu.

Namun menurut Kurator Muzium Tekstil Negara kebaya pertama dikenali sebagai baju kebaya labuh sehingga ke paras buku lali. Ia mempunyai potongan longgar dan lurus, belah di depan, berkekek, berpesak dan mempunyai hujung lengan yang besar.

Orang Melayu dan Jawi Peranakan mula membezakan dari pengaruh orang Arab dengan memakai bersama kain batik sarun. Mereka juga menambah sentuhan sendiri dengan memakai kerongsang ibu anak di bahagian depan baju.

Ingin membezakan pengaruh dari orang Arab, orang melayu menggubah suai untuk hasilkan baju kebayaPhoto from Omar Ali

Kemudian, kebaya labuh dipendekkan ke paras bawah lutut dan atas lutut (kebaya sekerat tiang). Ada juga potongan kebaya pendek tradisional sehingga paras menutupi pinggul masih kekalkan elemen baju kebaya.

Suntikan Elemen Budaya Jawa Sejak Abad Ke-15

Ada juga mengatakan baju kebaya berasal dari orang JawaPhoto from Airasia

Selain daripada pengaruh baju Abaya. Ada juga teori mengatakan baju kebaya berasal daripada Pulau Jawa sejak zaman Jawa kuno sekitar abad ke-15. Pada waktu itu mulanya penyebaran agama islam yang mengubah pemakaian masyarakat wanita.

Wanita Jawa kuno akan memakai kain panjang, tenun yang diikat dan kemban sebelum ini. Seterusnya pada abad ke-16 baju kebaya digunakan secara rasmi oleh keluarga kerajaan di Jawa.

Ini membuatkan pakaian tradisional jadi popular dalam kalangan orang bangsawan. Ia juga dianggap sebagai simbol kekayaan. Lebih menarik ketika penjajahan Belanda, perempuan akan memakai baju ini bersama kain batik panjang.

Tibanya pada abad ke-19, kebaya menjadi pakaian harian bagi semua orang tidak mengira status sekalipun. Perempuan Belanda memang wajib pakai pakaian ini ketika berpindah ke Indonesia.

Contoh orang Belanda yang pakai baju kebaya ketika menjajah IndonesiaPhoto from AirAsia

Selepas Indonesia mendapat kemerdekaan, baju kebaya bersama kain batik menajadi simbol perjuangan dan semangat nasionalisme.

Sentiasa Berevolusi, Kecantikkan Tiada Batasan

Baju Kebaya memang susah nak ditelan zaman sehingga ada beberapa versiPhoto from Pinterest

Oleh kerana popularitinya, ia juga mengalami pelbagai evolusi sehingga keluar banyak versi yang masih diminati ramai sehingga harini. Kecantikkan yang tidak mengenali batasannya ini beberapa versi baju kebaya yang ada:

Baju Belah Kebaya Panjang: Warisan daripada kerajaan Johor-Riau mempunyai gaya rekaan paling klasik. Potongan kain labuh memanjang sehingga buku lali dan dibelah di bahagian depan.

Ini rupa baju belah kebaya panjangPhoto from IG | poyaboutique

Kebaya Riau-Pahang: Juga dikenali sebagai Kebaya Turki sangat berbeza kerana mempunyai leher berkolar dan berkancing macam baju melayu cekak musang. Cuma bahagian depan masih berbelah dan dipasangkan kerongsang di bawah kancingan itu.

Kebaya Nyonya: Menggunakan kain kasa rubia, kain tenun kosong, jarang, ringan dan menggunakan benang sulaman daripada kapas, sutera atau polister cukup terkenal dengan kualitinya yang tinggi.

Kebaya Nyonya yang sangat popular kalangan orang mudaPhoto from Berita Harian

Kebaya Saloma: Menjadi trend yang dicipta oleh Biduanita Puan Sri Saloma dengan menggayakan baju potongan melepasi bahu menjadi ikutan wanita pada zamannya sehingga ke harini.

Trend kebaya Saloma yang menjadi satu gaya fesyen sehingga hariniPhoto from IG | kebaya.societe

Menjadi Simbol Budaya, Seni & Kecantikkan

Baju Kebaya merupakan satu simbol kepada budaya, seni dan kecantikkanPhoto from The Star

Setiap versi pakaian tradisional yang dihasilkan dalam sejarah menunjukkan bahawa baju ini tidak akan lapuk ditelan zaman. Lihat sahaja tahun ini berapa ramai wanita kelihatan sungguh menawan memakainya ketika menyambut hari raya.

Baju ini menjadi simbol kesopanan, keanggunan serta kesatunan wanita. Selain itu ia boleh dianggap sebagai warisan seni budaya yang membuatkan budaya Nusantara sangat unik di kawasan Asia Tenggara.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok