download Jom Explore app
Sebuah Pulau Menjadi Rumah Untuk Kucing

Sebuah Pulau Menjadi Rumah Untuk Kucing

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 15 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Dibuka sejak 2013, Pulau Kucing memberi perlindungan kepada kucing tidak bertuan, terbiar atau dibuang tanpa penjagaan. Pulau ini menempatkan lebih 60 ekor ibarat syurga buat untuk si bulus.

Lebih mesra dikenali sebagai 'Meow Island'. Korang boleh menyinggahnya di bandar diRaja Pekan, Pahang. Diusahakan oleh Pertubuhan Perlindungan Kucing Dato' Shamsiah diketuai oleh pengerusinya, Tengku Azizan Tengku Husin.

Syurga bagi peminat kucingPhoto from Bernama

Menurutnya, "kami perlukan sekurangnya RM7,000 setiap bulan bagi menampung kos makanan, ubatan dan penyelenggaraan. Pulau ini dibuka untuk orang awam dan tiada sebarang bayaran dikenakan."

Namun korang boleh menyumbang dana atau kos penjagaan melalui peti sumbangan yang telah disediakan.

Misi Untuk Menjaga & Melindung Kucing Jalanan

Ditubuhkan bagi melindung kucing terbiar di bandar PekanPhoto from Pertubuhan Perlindungan Kucing Dato Shamsiah Pekan - Meow Island

Tengku Azizan berkongsi berkenaan tujuan pulau ini ditubuhkan. Menurutnya "arwah ibunya, Dato' Shamsiah telah memberikan saya inspirasi untuk tubuhkan satu non-government organization (NGO) untuk kucing jalanan,"

"Justeru itu lahirlah pusat perlindungan serta pengurusan di sebuah pulau kami gelarkan Meow Island. Misi Pertubuhan Perlindungan Kucing Dato' Shamsiah ialah untuk melindung kucing terbiar di bandar Pekan.

Kerana bandar DiRaja Pekan menguatkuasakan polisi tiada kucing terbiar" kata Tengku Azizan. Oleh itu, NGO ini merupakan yang pertama lengkap dari segi fasiliti untuk melindung, merawat serta menjaga encik bulus.

Kucing yang ada di sini semuanya bekas kucing jalananPhoto from Visit Pahang

Syurga Untuk Encik Bulus

Keluasan 4 hektar memberi ruang secukupnya untuk mereka bermainPhoto from Bernama

Dengan keluasan tanah sebanyak 4 hektar, encik bulus diberi ruang untuk berkeliaran dengan bebas. Mereka tidak dikurung dan boleh meninjau keseluruhan pulau tanpa risau daripada ancaman berbahaya.

Contohnya, kereta lalu lalang, haiwan liar, perosak atau kaki vandalisme. Selain itu, pulau ini turut melalui proses pembangunan di bawah 3 fasa yang dimulakan sejak tahun 2016 lalu.

Disediakan rumah, makan dan segalanya untuk merekaPhoto from Visit Pahang

Tengku Azizan berharap pulau ini dapat membuka mata kepada khalayak ramai untuk melindung haiwan terbiar. "Ia bukan sahaja menjadikan manusia selamat daripada penyakit dibawa oleh kucing jalanan.

Secara tidak sengaja tetapi juga membantu mengurangkan tindakan keganasan manusia yang tidak etika kepada kucing-kucing ini." ditambah oleh Tengku Azizan.

Kucing di sini terlindung daripada ancaman berbahaya di luarPhoto from Visit Pahang

Jom Singgah Ke Meow Island!

Masuk percuma sahaja dan boleh bermain dengan kucingPhoto from X | JatIkhwan

Justeru itu korang boleh menyinggah dan melihat sendiri pulau dipenuhi encik bulus. Ia terletak tidak jauh daripada bandar Pekan dan dibuka setiap hari daripada 10 pagi sehingga 5:30 petang.

Selain itu, pulau ini bergantung sepenuhnya kepada derma atau bantuan daripada orang ramai. Terdapat peti sumbangan untuk meringkan kos operasi bulanan memastikan kucing di sini dijaga dengan baik.

Peminat kucing? Boleh singgah ke siniPhoto from Bernama

Sesiapa yang peminat kucing memang wajib singgah di sini. Korang dapat menghabiskan masa dengan bermain dan berinteraksi dengan kucing di sini.

📍 Pulau Kucing, 26600 Pekan, Pahang

⏰ Setiap hari (10 am - 5:30 pm)

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok