Meat Point TTDI: Steakhouse Halal Bertaraf 5 Bintang
Tersembunyi di kejiranan mewah Taman Tun Dr Ismail (TTDI) sebuah restoran stik terkenal telah beroperasi selama lebih empat tahun. Menjadi tempat tumpuan keluarga yang mencari makan malam tenang dan memuaskan dikenali sebagai Meat Point.
Terus terang min rasa tak banyak kedai stik yang berkualiti baik di negara kita. Berbanding dengan negara lain, kita cenderung untuk menjauhkan diri dan memilih kepada 'makanan barat' tempatan biasanya menghidangkan daging beku.
Photo from timchew
Itu bukan kes untuk Meat Point. Dimiliki oleh seorang muslim memastikan setiap daging disahkan halal oleh JAKIM, bebas alkohol menarik pelanggan dengan perkhidmatan cemerlang dan daging berkualiti tinggi.
Jika korang seorang pencinta daging, ini adalah tempat wajib singgah!
Photo from IG | foodtings_
Pilih Potongan Stik Sendiri
Photo from Paul Lim
Pertama sekali, singah di chiller untuk memilih potongan stik pilihan sendiri. Mereka menawarkan potongan segar berbanding daging beku kerana potongan datang daripada haiwan baru disembelih.
Dengan itu dapat mencipta rasa lebih enak apabila dimasak dengan betul. Pemilihan steak ialah pengalaman utama di sini dengan menawarkan pilihan sangat baik seperti Wagyu, Angus, Grain Fed Beef, Lamb dan Salmon.
Photo from timchew
Memberi pelanggan pelbagai pilihan menarik. Biasanya min mengesyorkan korang pilih potongan Wagyu kerana marbling yang cantik. Tetapi potongan Angus juga alternatif baik dengan rasa mendalam.
Setelah lakukan pilihan, beritahu waiter bagaimana korang ingin steak dimasak. Untuk memastikan iannya juicy dan lembut, Kekalkan kepada medium dan medium rare sahaja.
Photo from IG | foodtings_
Makanan Ringan Untuk Membuka Selera?
Photo from JR Lai
Sementara menunggu steak siap masak. Boleh cuba beberapa pembuka selera dan makanan ringan untuk mengisi perut terlebih dahulu. Pilihan klasik seperti Creamy Mushroom Soup, Garlic Bread sentiasa menjadi pilihan baik.
Apa kata korang cuba Beef Slice Asparagus Rolls? Asparagus dibalut dengan roast beef disaluti keju cair menghasilkan kombinasi melazatkan! Seterusnya pilihan Scallops bersama sos bawang putih turut menjadi kegemaran ramai.
Photo from Peter Wong
Scallops digoreng pasti dapat membuka selera untuk menyediakan pengalaman makan menyeronokkan sepanjang malam. Tambahan pula jangan lupa aneka kentang goreng dan pasta jika tiada mood untuk makan stik.
Photo from timchew
Selain Stik, Apa Lagi Nak Pesan?
Photo from Basiir Rahman
Walaupun stik menjadi tarikan utama. Meat Point tidak mengabaikan pilihan lain, korang boleh pilih ayam, kambing dan makanan laut untuk melengkapkan makan malam. Atau mencari sesuatu lebih ringan?
Salad dan pasta disediakan sebagai alternatif. Mereka turut menyediakan sandwic dengan empat pilihan berbeza untuk dipilih. Pilihannya termasuk steak and cheese, club sandwich, chicken pesto and avocado.
Photo from IG | foodtings_
Akhir sekali pilihan klasik seperti chicken chop, fish & chips, beef bbq ribs dan grilled chicken melengkapkan menu Meat Point. Justeru, dah tahu nak order apa?
Photo from IG | foodtings_
Pengalaman Makan Mesra Keluarga Yang Menenangkan
Photo from Siti Zulaikha
Selain makanan, restoran ini menyediakan ruang makan tenang dan family-friendly. Ramai pelanggan meninggalkan pujian tinggi tentang ruang makan moden dan mesra. Sesuai untuk menikmati malam yang santai.
Dihabiskan bersama orang tersayang. Servis di sini cekap, responsif dan pantas. Tak tahu nak order mana satu? Jangan risau, staf di sini akan membantu untuk korang lakukan pilihan ideal untuk memberikan pengalaman sukar dilupakan.
Photo from ieat.lah
Boleh dikatakan Meat Point telah mengukir kedudukannya dalam adegan kedai stik tempatan. Bukan sahaja untuk menyediakan potongan stik yang berair tetapi juga pengalaman bersantap yang menyenangkan. Mencari tempat yang sesuai untuk meraikan hari lahir, ulang tahun atau pencapaian?
Sebab itu Meat Point kekal beroperasi sehingga ke harini. ukan sahaja untuk menyediakan potongan stik yang berair tetapi pengalaman makan tiada tandingannya. Mencari tempat yang sesuai untuk meraikan hari lahir, ulang tahun atau pencapaian?
Photo from IG | foodtings_
Turun ke sini, pasti korang tidak akan menyesal.
Mungkin korang suka: