download Jom Explore app
Bajet Bawah RM 1500 Boleh Bercuti Di Sa Pa, Vietnam

Bajet Bawah RM 1500 Boleh Bercuti Di Sa Pa, Vietnam

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 13 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Siapa sangka bajet serendah RM1,300 seorang sudah mampu untuk bercuti di luar negara selama seminggu. Ikuti kisah Eady Mh berkongsi bagaiaman dia menikmati percutiannya di Vietnam dengan melawati 3 bandar utama.

Vietnam semakin popular sejak kebelakangan ini sebagai destinasi percutian. Antara lokasi menarik untuk disinggahi seperti bandar Ho Chi Minh memberikan pelancong gambaran masa lalu negera tersebut dengan bangunan kolonial Perancis.

Seterusnya ibu negaranya Hanoi terletak di bahagian utara menawarkan permandangan cantik dan mempesonakan. Akhir sekali Sa Pa pula memberikan pelancong permandangan landskap tiada bandingan.

Apa yang ada di Vietnam? Baca sampai habis!Photo from Eady

Bayangkan teres padi bertingkat, gunung-ganang menjadi pusat budaya orang Vietnam untuk kita belajar dan lihat. Dengan bajet yang rendah, Eady bersama 2 rakannya melancong bagi menikmati keindahan negara ini.

Berikut ialah itinerari serta kos dikongsikan olehnya.

Permandangan teres padi di Vietnam menawan betulPhoto from TripSavvy

KL-Hanoi-Sa Pa-Ho Chi Minh

Percutian selama 7 H 6 M di Vietnam dengan bajet 1 ribu? Jom!Photo from Eady

Itinerari dan bajet kami melancong selama 7 hari 6 malam di Vietnam pada 2-8 Jan 2023.

2/1/2023 (Pertama)

  • 6:05 AM - 8:15 AM: Tiba di Lapangan Terbang Hanoi
  • Kami beli simkad unlimited untuk 1 minggu dan naiki bus no 86 (warna oren) untuk pergi ke old quarter berharga 45,000 VND dalam sejam
  • Menikmati kecantikkan bandar Hanoi melihat:
    • Old Quarter
    • Al Noor Mosque
    • Train Street Hanoi
    • Dong Xuan Market (Ada pasar malam pada waktu malam)
    • Hoan Kiem Lake

Antara gambar dikongsi oleh EadyPhoto from Eady

3/1/2023 (Kedua)

  • Sambung melihat bandar Hanoi:
    • St Joseph Cathedral
    • Makan makanan halal di Batavia Halal Indonesian Restaurant & Cafe
    • Bersiar di Night Market untuk beli ole-ole

Contoh bangunan kolonial di Old QuarterPhoto from Hanoi Old Quarter

Menurut Eady, Hanoi menyediakan banyak barang outdoor untuk korang pilih. Boleh melawat beberapa kedai untuk lakukan perbandingan harga. Selain itu bandar ini turut menawarkan banyak kedai kopi menarik.

Rugi kalau tak cuba kopi Vietnam. Kemudian bus menghala ke Sa Pa boleh ditempah melalui Klook dan jangan lupa untuk bawa bekalan makanan dalam perjalanan.

4/1/2023 (Ketiga)

Ramai kata kopi Vietnam ialah paling sedap di duniaPhoto from Eady

  • 7 Am sampai Sa Pa
  • Memulakan pengembaraan dengan melihat Cat Cat Village dengan harga 90,000 VND
  • Belah malam pula bersiar-siar di pasar malam

Menurutnya, Sa Pa menyediakan banyak perkhidmatan teksi kalau malas nak berjalan kaki. Selain daripada menikmati suasana tenang, di sini juga ada banyak kafe untuk korang nikmati dan pilih.

Cuma kebanyakkannya tidak boleh guna kad bank. Pastikan korang bawa wang kertas mencukupi!

Sa Pa sesuai kalau korang suka permandangan dan suasana tenangPhoto from Vietnam Tourism

Menikmati Kecantikkan Sa Pa & Ho Chi Minh, Vietnam

Kalau tak larat daki tangga ada monorelPhoto from Eady

5/1/2023 (Keempat)

  • 8:30 AM kami berjalan ke Sun Plaza menaiki Kereta Kabel untuk ke Fansipan
  • Ada 700 anak tangga perlu daki untuk ke puncak. Kalau tak larat boleh naik monorail yang disediakan
  • Menikmati permandangan sehingga petang baru menerokai Sa Pa Lake

6/1/2023 (Kelima)

  • Pulang ke Hanoi semula menaiki bus
  • Untuk malam kami makan di PK Spice Indian Restaurant
  • Selesai makan kami pergi ke lapangan terbang untuk menunggu penerbangan ke Ho Chi Minh

Speechless betul permandangan iniPhoto from Eady

7/1/2023 (Keenam)

  • 6 AM penerbangan ke Ho Chi Minh
  • 8 AM kami sampai dan cari bus 152 ke Ben Thanh Market berharga 5,000 VND
  • Check in Thanh Thu Hotel di kawasan Malaysian Street
  • Kami bersiar sepanjang 3 lokasi ini dan membeli belah sehingga kedai tutup

8/1/2023 (Ketujuh)

  • Kami pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan 9:30 am

Serendah RM1,300 Pun Dah Boleh Berjalan Sebenarnya

Percutian yang menyeronokkan berbaloi untuk korang cubaPhoto from Eady

Di penghujung perkongsian Eady, dia turut menunjukkan pecahan perbelanjaan ketika menikmati percutian ini. Berikut ialah apa yang dibelanjakan dengan bajet tertera (harga tertera kemungkinan ada perubahan pada masa kini):

Bajet RM1,300

Tiket Penerbangan

  • Kuala Lumpur (KL) - Hanoi (RM188.90)
  • Viet Jet Hanoir - Ho Chi Minh (HCM) (RM69)
  • HCM - KL (RM165)
  • Tukar matawang 2 Juta VND = RM388

Perbelanjaan:

Menarik kan? Cukup bulan masuk gaji beli tiket terus

Hanoi

  • Penginapan (1 hari) RM120/3 pax = RM40
  • Tiket bus (Klook) = RM41
  • Sim Kad Unlimited RM35/3 = RM11.60

Sa Pa

  • Penginapan (2 hari) RM171/3 pax = RM57
  • Fansipan (Klook) = RM174.15
  • Bus = RM41

Ho Chi Minh

  • Penginapan (1 hari) RM168/3pax=RM66

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok