download Jom Explore app
Taman Tasik Tertua Dalam Negara Ada Di Taiping?

Taman Tasik Tertua Dalam Negara Ada Di Taiping?

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 03 Apr 2024
Digital Editor

Tersorok di utara Perak megah dengan identiti tersendiri menjadi salah satu Bandar Warisan dalam negara. Menarik pelancong dengan warisan dan pelbagai benda pertama yang tak ramai orang tempatan tahu.

Sebelum wujudnya nama Taiping, ia dikenali sebagai Klian Pauh dan terletak 265 kilometer (km) dari Kuala Lumpur. Ia menjadi ibu negeri Perak sebelum 1937 dan sudah berusia 140 tahun kerana dilahirkan pada 1877.

Lebih menarik lagi sebelum Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara kita. Taiping merupakan antara calon utama kerana sudah pesat dengan pembangunan pada waktu itu tetapi tidak diteruskan faktor geografi.

Taiping sebuah bandar warisan yang mempunyai banyak rahsia kita patut terokai!Photo from Pinterest

Namun kisah menarik tentang bandar ini tidak terhenti di situ sahaja. Baca sampai habis untuk ketahui semuanya.

Sejarah Bandar Warisan Taiping

Menjadi sebuah bandar pesat akibat industri perlombonganPhoto from New Straits Times

Taiping bermaksud 'aman' atau 'damai' dalam bahasa Cina. Manakala nama lamanya Klian Pauh juga mempunyai makusd. Klian bermaksud lombong, Pauh bermaksud buah mangga bersaiz kecil.

Pernah berlaku pertelingkahan puak-puak pendatang negara China melakukan aktiviti perlombongan bijah timah di daerah Larut iaitu Gee Hin dan Hai San. Mereka sering bergaduh kerana ingin memiliki lombong bijih timah dan jalan air.

Setelah bersetuju untuk damai, mereka pilih bandar ini untuk sebagai bandar baru di Daerah Larut. Sekitar tahun 1880-an, ia dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana kaya dengan sumber hasil bijih timah.

Sebelum datangnya British, bandar ini telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang diberi kuasa oleh Sultan Perak. Long Jaafar membina pusat pentadbiran di Bukit Gantang dan jadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama.

Dato' Long Jaafar mentadbir bandar ni dianggap jutawan pada masa ituPhoto from Orang Perak

Kemudian pada tahun 1937 Taiping tidak menjadi ibu negeri Perak lagi. Ia digantikkan dengan bandar Ipoh kerana terletak di tengah negeri Perak sehingga ke harini.

Senarai Benda Pertama Yang Ada Di Sini

Penjara pertama dalam negara ialah Penjara TaipingPhoto from Berita Harian

Kebanyakkan benda pertama wujud dalam negara dimulakan di sini. Antaranya seperti:

  • Bukit Larut dulu dikenali sebagai Maxwell Hill. Bukit peranginan ini ditubuhkan pada 1884 dinamakan sempena Pembantu Residen British, William George Maxwell. Terletak 1,036 meter dari paras laut menjadikan bukit peranginan pertama dan tertua dalam negara.
  • Dikenali sebagai The Perak Prison bila diasaskan pada 1879 disahkan sebagai penjara pertama dan tertua dalam negara. Penjara Taiping bermula dengan warden Punjabi dibawa masuk pada 1881, kemudian warden Eropah pada 1889. Sayangnya bila ditakluki oleh orang Jepun semua rekod tentang penjara ini dimusnahkan.

Ini rupa lapangan terbang pertama dalam negara!Photo from Orang Perak

  • Lapangan Terbang Taiping di Tekah siap dibina pada 1929 ialah yang pertama dalam negara. Walaupun ia kurang popular berbanding yang lain kerana digunakan oleh pesawat kecil bukan yang besar itu akibat landasannya tak cukup panjang.
  • Di Jalan Kota ada Pasar Taiping terdiri dari dua bangunan (Pasar Lama, Pasaru) dibina pada 1884-1885. Satu bahagian jual barang basah dan satu lagi jual barang kering merupakan idea Frank Swettenham.

Pasar Taiping masih lagi beroperasi sehingga ke harini begini rupanyaPhoto from Harian Metro

  • Dibangunkan pada 1880 daripada bekas kawasan lombong bijih timah. Taman Tasik Taiping muncul sebagai taman tasik awam pertama dan tertua dalam negara. Pokok angsana membesar subur menjadi antara tarikan pertama untuk korang menikmati suasana flora fauna.

Landasan keretapi api pertama memudahkan bijih timah dieskport keluarPhoto from Aman Iman

  • Landasan keretapi pertama Malaysia terletak di bandar warisan ini, Ia siap dibina pada tahun 1882 dan tahun seterusnya muzium pertama dalam negara turut dibina.

Mengapa Semuanya Berada Taiping Pada Satu Masa Dahulu?

Disebabkan lombong bijih timah, Taiping menjadi pesat dengan pembangunanPhoto from Orang Perak

Oleh kerana kepesatan perkembangan ekonomi bandar ini giat membangun. Setiap binaan umpama mendirikan negara kita seperti bangunan pentadbiran, pejabat pos dan telegraf, kereta api, Charted Bank dan macam-macam lagi.

Pengkaji Sejarah, Abdul Halim Yahya berkata, setiap pembangunan membuatkan Taiping sebuah bandar cukup unik. Signifikasi tempat ini amat penting dalam perkembangan awal negara kita.

Bandar ini berada di lokasi cukup strategik. Di antara Pulau Pinang dan Ipoh senang disinggah. Bukan itu sahaja, ia mempunyai tempat healing (alam semula jadi), air terjun, taman tasik, Bukit Larut, hutan paya, muzium, makanan dan macam-macam.

Dengan kedudukan cukup strategik dan mempunyai banyak benda menarik membuatkan Taiping sangat popular satu masa dahuluPhoto from Harian Metro

Selain itu, walaupun ia merupakan bekas kawasan pelombongan bijih timah. Ia tidak bermakna tidak mempunyai potensi untuk dijadikan tumpuang pelancong kerana kesannya terhadap sejarah negara yang masih wujud sehingga kini.

Apa Lagi Benda Pertama Ada Di Perak?

Ini rupa lebuhraya pertama di MalaysiaPhoto from Orang Perak

Selain daripada bandar Warisan ini, negeri Perak pun ada banyak benda pertama bermula di tanahnya. Antaranya seperti:

  • Orang pertama pakai kereta persendirian bermula di negeri ini. Sebab itu, plate kereta mereka bermula huruf A
  • Lebuhraya pertama di Malaysia berada di kawasan Slim-River - Tanjung Malim
  • Perak ialah negeri pertama dalam negara menggunakan talian telefon dan telegram pada tahun 1886.
  • Pokok Getah pertama dalam negara di tanam di Kuala Kangsar, Perak sejak tahun 1887 dan Lif pertama terletak di Kellie's Castle di Batu Gajah bila siap dibina pada tahun 1925.

Kellie Castle di Batu Gajah megah berdiri menjadi tarikan pelancongPhoto from MH Daily

Hebat rupanya bandar yang kita sangkakan sebuah ditelan zaman berbanding bandar di Lembah Klang.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok