download Jom Explore app
Mengenali Budaya Sarawak Sambil Menerokai Keindahan Alam

Mengenali Budaya Sarawak Sambil Menerokai Keindahan Alam

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 29 Mar 2024
Digital Editor

Sarawak ialah sebuah negeri terletak di timur Malaysia menunggu kedatangan korang untuk menikmati keindahan budaya dan alam semula jadinya.  Terdapat banyak sangat permata tersembunyi untuk korang temui di sini dapat memberikan pengalaman sangat menyeronokkan.

Membentuk 34.5% jumlah keluasan negara kira-kira 90% saiz keseluruhan Semenanjung Malaysia menjadikannya negeri terbesar dalam negara. Dipisahkan dengan Laut Cina Selatan dengan jarak 600 KM. Negeri ini turut berkongsi sempadan dengan negeri Sabah, negara Brunei dan Indonesia. Dengan keluasan 124,450 kilometer persegi, sudah tentu ia mempunyai banyak lokasi menarik untuk kita terokai.

Tak lupa juga, wujudnya populasi etnik yang pelbagai dapat memupuk semangat perpaduan daripada pelbagai kaum. Kesannya juga melahirkan budaya makan kompleks dengan penghasilan hidangan menyelerakan untuk dinikmati.

Banyak tau tempat menarik di Negeri Sarawak ni, jom tengok!Photo from Pacific Asia Travel Association

Haa.. itu baru permulaan. Baca sampai habis untuk korang mengenali keindahan budaya negeri Sarawak.

Taman Negara Bako

Taman Negara cukup terkenal dengan habitat hutan tropikaPhoto from Klook

Kita mulakan pengembaraan dengan melawat ke antara taman negara tertua di negeri ini. Taman Negara Bako adalah sebuah kawasan terkenal dengan kepelbagaian ekosistem. Antaranya seperti pantai berbatu, hutan bakau dan hutan hujan tropika.

Terletak 37 kilometer dari bandaraya Kuching, ada banyak aktivit korang boleh lakukan dalam taman ini. Tarikan utamanya sudah pasti flora dan fauna yang menjadikan tempat ini rumahnya. Monyet proboscis, silvered leaf monkey, bearded pig dan lebih daripada 190 spesialis unggas antara penghuni taman korang boleh lihat ketika menjelajah.

Hanya di sini korang boleh jumpa banyak haiwan rare seperti monyet iniPhoto from IG | neptunoscar

Dah sampai kat sini mereka turut menyediakan kawasan berkelah dan khemah untuk memudahkan pengalaman korang.

Gunung Mulu

Cuba tengok duit RM50 korang, sama kan?Photo from Mei Mei Chu

Cuba korang lihat bahagian belakang duit kertas RM50, perasan tak lukisan gunung itu? Kalau nak tahu itu ialah lukisan Gunung Mulu yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu. Kalau nak tahu Gunung Mulu mempunyai banyak gua yang menakjubkan. Korang akan dijamu dengan pemandangan menakjubkan melihat banyak gua besar dan rumit.

Haa.. banyak gua dan formasi batu kapur yang cantik di siniPhoto from Sarawak Tourism Board

Bukan itu sahaja, formasi batu kapur menyerupai Abraham Lincon memang tiada di tempat lain pulak tu! Haa.. aktiviti yang korang boleh lakukan di sini ialah seperti mendaki gunung. Menerokai gua-gua serta mengambil gambar pemandangan menakjubkan.

Pulau Talang-Talang Besar

Sarawak pun ada pulau cantik juga!Photo from Sarawak Tourism Board

Haa.. negeri ini pun ada pulau jugak tau. Terletak 40 kilometer dari bandar Kuching, Pulau Talang-Talang memberikan korang pantai pasir putih dan air laut jernih pasti dapat menghilangkan segala stress. Antara tarikan utama ialah habitat penyu yang ada di pulau ini.

Comel betul tengok penyu pergi ke laut macam niPhoto from Sarawak Tourism Board

Korang boleh lihat usaha mereka untuk pelihara habitat penyu dan memahami kepentingannya serta menyaksikan proses bertelur dan melepaskan anak penyu ke dalam lautan. Tak lupa juga, segala aktiviti pulau pun ada di sini. Daripada mandi pantai, snorkeling dan bersantai menikmati suasana tenang dan nyaman untuk korang nikmati sepenuhnya.

Pantai Tanjung Batu

Masa cuti ni memang wajib singgah ke pantai cantik macam niPhoto from Malaysia Aktif

Ingin bersantai di tepi pantai sambil menikmati suasana tenang sebelum menghabiskan penerokaan korang di Sarawak? Apa kata singgah ke Pantai Tanjung Batu terletak di bandaraya Bintulu untuk menikmati batun yang unik di sepanjang dan bunyi air laut menenangkan.

Pantai ini cukup terkenal dengan suasananya memberikan pemandangan menakjubkan sehingga matahari terbenam. Pengunjung boleh berkelah, beriadah dan menikmati suasana di sekitar kawasan. Tak lupa juga dengan adanya banyak restoran terletak sepanjang pantai.

Boleh lihat macam-macam di sini dan menikmati makanan sedapPhoto from Malaysia Aktif

Korang tak perlu risau untuk mencari makanan menyelerakan kerana di sini ada banyak hidangan ringan melazatkan untuk memenuhi perut kosong itu. Amat sesuai untuk korang singgah di sebelah lewat petang bagi menikmati pemandangan cukup memuaskan.

Wahh Banyak Rupanya Tempat Menarik Di Sarawak! Ada Apa Lagi Di Sini?

Terdiri daripada banyak etnik membuatkan Sarawak kaya dengan budayaPhoto from Melancong.my

Haa.. bukan sahaja banyak lokasi menarik yang boleh diterokai di Sarawak. Malah, budayanya juga sudah cukup untuk membuatkan korang terpukau dengan keindahannya berbeza daripada negeri lain. Secara keseluruhan 34 kumpulan etnik menjadikan Sarawak sebagai rumah mereka.

Setiap satu etnik membawa keistimewaan masing-masingPhoto from Iloveborneo

Contohnya Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan banyak lagi. Menariknya ada banyak benda tradisional seperti pakaian, tarian, muzik untuk korang menghayati sepenuhnya. Tak lupa jua pemakaian serta makanan tradisional mereka.

Sedap betul dapat Laksa Sarawak ni!Photo from TasteAtlas

Jadi jangan lupa untuk menyinggah ke Kampung Budaya Sarawak untuk mengenali lebih mendalam tentang kebudayaan yang wujud di negeri ini. Korang boleh belajar buat kraf tangan, cuba makanan tempatan dan menyaksikan banyak pertunjukan seni.

Sarawak Delta Geopark

Cantik betul permandangan di Sarawak Geopark ni!Photo from IG | missmongjhi

Dengan keluasan 3,112 kilometer (km) persegi, Sarawak Delta Geopark (SDGp) telah diwartakan pada 6 Jun 2022. Ia merupakan geopark kebangsaan yang ke enam. SDGp merangkumi daerah Kucing, Bau dan Padawan.

Di sini korang akan ditawarkan dengan 28 geo tapak yang penuh dengan formasi batuan dianggarkan ribuan tahun tau. Bukan itu sahaja, keindahan flora fauna, budaya unik dan gastronomi setempat akan membuatkan korang jatuh cinta dengan tempat ini.

Produk pelancongan yang terdapat di SDGp mengikut Daerah:

Banyak betul lokasi menarik kita boleh terokai kan?Photo from Borneo Post Online

  1. Daerah Kucing:
  • Kampung Budaya Sarawak
  • Taman Negara Santubong & Taman Negara Bako
  • Homestay Santubong
  • Formasi batuan Padawan di Tanjung Tegok
  • Borneo Cultures Museum 
  • Kuching River Cruise
  • Kuching Heritage Trail
  1. Daerah Bau:

Memiliki air sangat jernih berwarna biru wajib korang singgahPhoto from E Tan

  • Homestay Bung Jagoi
  • Fairy & Wind Cave
  • Tasik Biru
  • Paku Rock Maze
  • Serembu Eco Park
  • Daerah Kecil Padawan
  • Semenggoh Nature Reserve
  • Homestay Annah Rais
  • Semadang Kayak
  • Keunikan Ring Ladies
  • Kampung Sapit (Kampung terletak atas awan)

Tunggu apa lagi, jom bercuti ke Sarawak!Photo from thesun

Haa.. bila dah habis jelajah di sekitar kawasan SDGp, jangan lupa untuk beli kraftangan hasil daripada komuniti ini. Korang boleh dapatkan hasil kraft seperti anyaman, keringkam, perhiasan diri seperti manik, seramik dan macam-macam lagi pulak tu.

Kemudian takkan min lupa pasal bab makanan kan? Segala makanan popular di Sarawak ada untuk dicuba. Pilihan seperti mee kolok, laksa sarawak, manok pansuh, kek lapis, buah kristal, ikan terubuk masin dan oyster pancake ada untuk dijamah.

Terliur pulak dengar nama-nama makanan sedap.

Jom Terokai Negeri Sarawak Tahun Ini!

Menarik betul negeri Sarawak sehingga sesiapa pun akan tertarik untuk menikmati keindahannya. Bukan sahaja dari segi budaya, alam semulajadi, pemandangan menakjubkan dan makanan melazatkan pun ada. Tips dari min ialah untuk melawat di antara bulan April sehingga September.

Kerana musim hujan sudah pun berlalu pergi dan pada tempoh waktu ini ada banyak festival, event yang korang boleh lihat serta pergi. Salah satu festival terbesar di Sarawak iaitu Borneo Sonic yang akan menampilkan artis-artis dari Korea bagi menghiburkan anda semua.

Kalau begitu jangan lepaskan peluang untuk menjelajahi keunikan yang ada di negeri Sarawak.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok