download Jom Explore app
10 Mata Wang Dunia Paling Mahal 2024

10 Mata Wang Dunia Paling Mahal 2024

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 26 Mar 2024
Digital Editor

Selepas berlakunya era pandemik ia telah menyebabkan banyak nilai mata wang dunia menjunam. Tetapi ada juga yang berjaya mengukuhkan harga walaupun berdepan dengan masalah inflasi.

Kerajaan di setiap negara sedang giat untuk mengikuti perubahan dunia menghadapi masalah ini. Mereka bersiap sedia untuk menerima perubahan seismik dalam persekitaran ekonomi.

Banyak faktor dapat tentukan mata wang kuat dan mahal dalam dunia. Antaranya seperti jika kadar inflasi rendah, mempunyai hasil tinggi untuk menyakinkan pemberi pinjaman mendapat banyak faedah serta mempunyai ekonomi dan persekitaran politik yang stabil.

Hasil ekonomi menjadi penanda aras untuk mata wang negaraPhoto from Pinterest

Oleh itu baca sampai habis untuk ketahui mata wang paling mahal dalam dunia untuk tahun 2024.

Dinar Kuwait (KWD) 1 KWD = RM15.34

Dinar Kuwait ialah mata wang paling mahal dalam duniaPhoto from Pinterest

Dianggap sebagai mata wang terkuat di dunia pada tahun lepas dan tahun dengan nilai monetari tertinggi dan tidak diikat membolehkan ia bergerak dengan bebas. Kuwait ialah salah satu negara terkaya terletak di Timur Tengah di sempadan barat laut Teluk Parsi.

Ia adalah negara kaya dengan minyak, meningkatkan nilai Kuwait. Seterusnya, ia memupuk dana kekayaan negara besar untuk beberapa tahun dan dikawal oleh Kuwait Investment Authority (KIA) menyumbang kepada nilai pada jangka panjang tinggi.

Mari pakat pindah ke Kuwait?Photo from Pinterest

Memandangkan ekonomi negara bergantung pada deposit minyak dan gas. Penurunan harga minyak mentah global dapat mempengaruhi eknonomi Kuwait. KIA telah melakukan rancangan tujuh tahun untuk menangani perkara ini memastikan nilai Dinar Kuwait kekal kukuh dan stabil.

Dinar Bahrain (BHD) 1 BHD = RM12.52

Menduduki tempat kedua ialah Dinar BahrainPhoto from Pinterest

Bahrain juga sebuah negara kecil yang merupakan bekas jajahan Empayar British. Dinar Bahrian menduduki kedua paling berharga selepas terikat dengan dolar Amerika Syarikat. Dinar Bahrain mempunyai nilai muka lebih baik berbanding rial Oman.

Walaupun kesan buruk daripada harga minyak rendah terhadap ekonomi Bahrian, purata nilai agak stabil sejak 2011. Kadar inflasi pun rendah dan salah satu cara untuk mengukur kadar inflasi negara ini melalui kestabilan serta kadar pertumbuhan.

Mempunyai banyak hasil minyak yang dijual ke duniaPhoto from Pinterest

Kedua-dua faktor ini mengukuhkan ekonomi Bahrian. Hasilnya berjaya menduduki tempat kedua.

Oman Rial (OMR) 1 OMR = RM12.26

Mendapat tempat ke-3Photo from Pinterest

Menduduki tempat ketiga tertinggi ialah Rial Oman. Kadar pertukaran tetap berada pada USD 2.6 sejak pelarasan terakhir pada tahun 1986 OMR dapat kekalkan nilainya berbanding dolar disebabkan dasar monetari dan sekatan kewangan ketat di negara tersebut.

Untuk melindungi negara daripada peperangan dan pergolakan di Timur Tengah, ahli politik Oman mengawal bekalan wang. Kadar mata wang rasmi negara telah meningkat akibatnya sekatan pemberian pinjaman.

Mempunyai permandangan yang cantik, boleh jadi destinasi bercuti!Photo from Pinterest

Oman lebih cenderung untuk memihak kepada syarikat luar dan insisiatif perdagangan yang sedikit berisiko tinggi.

Dinar Jordan (JOD) 1 JOD = RM6.66

Haa.. boleh tahan cantik mata wang JordanPhoto from World Economic

Jika kita lakukan perbandingan antara dolar AS dan Dinar Jordan, JOD mempunyai nilai lebih tinggi walaupu telah terikat sejak 1995. Menduduki tempat keempat tertinggi di dunia, ini dilakukan untuk kekalkan mata wang sah Jordan yang stabil.

Jordan mempunyai banyak tempat bersejarah yang menarikPhoto from Pinterest

Ia dapat menarik pelaburan dari Amerika Syarikat. Untuk mengekalkan perkara ini, dinar Jordan mesti kekalkan nilainya berbanding dolar AS dan sepanjang dua dekad abad ke-21, negara ini berjaya melakukannya.

Great Britain Pound (GBP) 1 GBP = RM5.9

Rasanya semua orang menyimpan hasrat untuk memiliki GBP kan?Photo from Pinterest

Paun sterling British merupakan salah satu mata wang paling banyak didagangkan. Selama beberapa dekad, Bank of England (BOE) mengikut aliran mata wang global, menjadikan paun lebih bernilai daripada dolar AS.

Pound ialah sistem rasmi United Kingdom (UK) lebih bernilai daripada dolar AS sepanjang kebanyakan abad ke-20. Pada tahun 1980-an, nilai pound memperoleh semula kelebihan sebelumnya berbanding dolar.

Semua orang mesti nak pergi ke UK kan?Photo from Pinterest

Walaupun BOE ialah faktor penting dalam penentuan nilai Pound. Faktor lain seperti inflasi dan pertumbuhan ekonomi juga memainkan peranan mereka sendiri. Oleh kerana UK mempunyai ekonomi stabil juga mempengaruhi nilai pound tersebut.

Dolar Kepulauan Cayman (KYD) 1 KYD = RM5.7

Pulau ini mempunyai ekonomi yang tinggi juga tauPhoto from Pinterest

Dolar Kepulauan Cayman (KYD) diikat pada 1.20 dolar Amerika Syarikat sejak tahun 1970-an. Mungkin kita ingat untuk hasilkan mata wang lebih bernilai daripada dolar nampak mudah tetawpi prosesnya sangat rumit.

Nak ikat mata wang macam kes KYD bukan senang kerana negara tersebut perlu kekalkan keadaan ekonomi yang tinggi walaupun berada dalam fasa yang teruk. Selain itu, apabila AS tingkatkan kadar faedah pun menambah kepada masalah ini.

Cantik betul permandangan di pulau iniPhoto from Pinterest

Disebabkan nilai pertukaran yang kuat, ramai jadikan Kepulauan Cayman sebagai tempat perlindungan cukai utnuk golongan kaya elit.

Franc Switzerland (CHR) 1 CHR = RM5.25

Switzerland sebuah negara terkenal dengan permandangan menakjubkanPhoto from Pinterest

Ia merupakan nilai rasmi Switzerland dan berjaya meningkat nilainya berbanding euro dan dolar akibat hasil krisis hutang Eropah dan dasar monetari AS. Bank Negara Switzerland menyatakan pada tahun 2015,

Ikatan Franc dengan Euro tidak lagi berkekalan dan akan ditarik balik. Walaupun euro diterima sebagai alat pembayaran di negaranya, pertukaran hanya ditawarkan dalam Franc sahaja.

Mata wang pun boleh tahan lawa!Photo from Pinterest

Franc juga selamat dalam pasaran global kerana krisis hutang Eropah yang berlaku pada tahun 2008. Ramai pelabur beralih kepada franc sebagai alternatif kerana iannya stabil menjadi tempat perlindungan diperlukan semua orang.

Euro (EUR) 1 EUR = RM5.12

Kesatuan Eropah ialah sama seperti ASEAN untuk negara kitaPhoto from Pinterest

Euro Eropah ialah mata wang kedua paling banyak didagangkan di dunia dan dianggap seabgai salah satu paling stabil. Ia bertanggungjawan ke atas dasar kewangan seluruh benua Eropah.

Bank Pusat Eropah (ECB) membentuk asas kewangan bagi kawasan ini mempunyai banyak kebebasan daripada kerajaan negara berbanding bank pusat lain. Kebebasan ini dapat membantu untuk kekalkan kekuatan harga EUR.

Mata wangnya direka tidak merujuk kepada mana-mana negara EropahPhoto from Pinterest

Tetapi ia juga menyumbang kepada krisis hutang negara Eropah dan peningkatan tahap pengangguran. Ia juga melarang beberapa negara (Greece, Itali) daripada mengambil tindakan tertentu untuk merangsang ekonomi mereka seperti mencetak wang tambahan.

Nilainya juga ditentukan oleh status politik, sosial dan ekonomi semua negara dalam Eropah.

Dolar Amerika Syarikat (USD) 1 USD = RM4.72

Mata wang paling terkenal dan paling banyak didagangkanPhoto from Pinterest

Dianggap sebagai nilai paling banyak didagangkan dalam dunia dan salah satu mata wang rizab terbesar. Juga paling banyak digunakan dalam dunia dan dianggap sebagai penanda aras dalam pasaran antarabangsa.

Ia berkaitan dengan kadar pertukaran dengan kadar penukaran. Turut digunakan sebagai nilai wang sah di beberapa negara di luar Amerika Syarikat dan dilihat sebagai asas ekonomi global untuk perdagangan serta kewangan antarabangsa.

Antara lokasi paling terkenal di Ameirka SyarikatPhoto from Pinterest

Justeru itu, memakai wang ini menjadikan apa-apa pelaburan selamat tidak kira apa yang berlaku pada dunia.

Dolar Kanada (CAD) 1 CAD = RM3.48

Kanada ialah sebuah negara yang besar terletak di atas AmerikaPhoto from Pinterest

Menjadi wang keenam paling banyak diperdagangkan dalam dunia turut termasuk dalam senara wang tertinggi. Oleh kerana bekalan minyak global dan uranium kedua terbesar dunia menyebabkan ekonomi Kanada berada di kedudukan tinggi.

Sumber semulajadi yang ada pada negara ini cukup besar membuatkan nilainya sangat lumayan. Dolar Amerika Syarikat juga menyumbang kepada majoriti besar peradangan negara Kanada.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok