Ipoh White Coffee Dinobatkan Antara Kopi Terbaik Dunia
Satu kejayaan yang patut kita bangga apabila ciptaan tanah air, Ipoh White Coffee dinobatkan sebagai salah satu antara sepuluh kopi terbaik dalam dunia. Senarai yang ditulis oleh TasteAtlas turut menampilkan beberapa kopi yang lain.
TasteAtlas ialah sebuah platform terkenal dalam dunia kulinari. Menurut mereka, pengiktirafan ini dianugerahkan selepas kajian mendalam mengenai pelbagai jenis kopi yang wujud di seluruh dunia.
Kopi Putih Ipoh berjaya menarik perhatian mereka dengan menghasilkan rasa dan aroma unik. Ia berjaya mendapat tempat ke-10 dalam senarai "Top 39 Coffees In The World" mengalahkan Kopi Ais Vietnam, Expresso dan Kopi Dalgona.
Menggambarkan minuman tanah air TasteAtlas berkata, "kopi ini asalnya dari Ipoh. Bertentangan dengan namanya minuman ini bukan berwarna putih. Namanya datang daripada teknik memanggang biji tersebut,
Photo from Asian Inspirations
dengan mentega sebelum melalui proses membancuh,"
Faktor Keistimewaan Ipoh White Coffee
Photo from Food For Thought
Faktor utama membuatkan minuman ini istimewa ialah cara pembuatannya. Mereka akan gunakan biji kopi berkualiti tinggi bersama mentega serta susu pekat untuk menambah rasa manis.
Campuran ini kemudian dipanggang sehingga mengeluarkan warna coklat emas yang sempurna. Ini akan memberikan minuman rasa cukup seimbang antara rasa kuat dan juga lembut.
Photo from Perfect Daily Grind
Melalui cara penyediaan ini akan memberikan kesan unik kepada rasanya. Kemudian, campuran minuman dengan susu pekat akan menghasilkan lapisan krim yang halus di atasnya. Dari situ rasa lembut akan terasa dengan hirupan pertama.
Cara Penghasilan Unik Kerana Sejarah Kaya
Photo from Yen Kwang
Pengiktirafan yang diterima oleh minuman ini terhasil kerana sejarahnya yang kaya. Bandaraya Ipoh cukup terkenal dengan penghasilan minuman istimewa ini. Asal-usulnya dicipta oleh beberapa kedai kopi tradisional yang sudah beroperasi sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Warisan inilah yang mempengaruhi rasa minuman tersebut dan wajar untuk kita lindungi kualitinya sepanjang zaman. Selain itu, pengiktirafan ini juga mampu mempengaruhi industri pelancongan dalam negara.
Pelancong dari dalam dan luar negara boleh menikmati pengalaman menghirup Ipoh White Coffee yang sebenar di kedai kopi tempatan. Ini akan mendorong perniagaan kecil dan dimilik keluarga untuk mempromosikan cara pembuatan menjadi satu tradisi.
Photo from TripAdvisor
Akhirnya meningkatkan populariti minuman ini di pasaran global.
Bagaimana Pula Dengan Minuman Lain?
Photo from Coffee Adiciton
Greek Iced Coffee atau Freddo Espresso berjaya mendapat tempat pertama dalam senarai ini. Menurut TasteAtlas mereka berkata, "Espresso Freddo ialah minuman orang Yunani yang menggabungkan espresso dan ais batu,
Namun versi ini dikisar bersama sehingga minuma tersebut jadi lembut dan berkrim. Kemudian, ia akan ditambah beberapa ketulan ais sebelum dihidangkan menjadi popular dalam negara tersebut sekitar tahun 1990-an,"
Ada versi Freddo Espresso menggunakan madu untuk memberi rasa manis semulajadi berbanding gula. Seterusnya kafe Cubano berasal dari Cuba berjaya mendapat tempat kedua dalam senarai ini.
Minuman ini memegang status unik dalam negara tersebut. Ia berdiri sebagai minuman sosial dan budaya yang penting mendapat populariti meluas di seluruh Amerika Latin dan Florida.
Photo from A Sassy Spoon
Pukulan espresso dimaniskan dengan gula demerara ketika dibancuh. Espresso ini dipanggang untuk hasilkan warna lebih gelap bersama gula untuk menghasilkan buih krim di lapisan atas. Sering diminum ketika waktu tengahari.
Hargai Ciptaan Unik Tanah Air Kita
Photo from 123rf
Justeru itu, pencapaian Ipoh White Coffee dapat mengangkat negara kita sebagai sebuah destinasi utama bagi pencinta kopi dunia. Dari segi cara penghasilan pun sudah cukup untuk membuatnya jauh lebih unik.
Disebabkan itu, kita perlu sentiasa memberi sokongan kepada industri tempatan. Melalui cara ini sahaja kita dapat lebih mengenali pelbagai budaya makanan kulinari yang menarik untuk kita menikmatinya.
Kalau berpeluang hujung minggu ini korang singgah ke bandar Ipoh dan lepak di warung kedai kopi. Pesan segelas sambil menikmati keindahan bandaraya Ipoh.
Mungkin korang suka: