download Jom Explore app
Kenapa Ramai Orang Pergi Ke Ladang Buah Naga?

Kenapa Ramai Orang Pergi Ke Ladang Buah Naga?

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 14 Mar 2024
Digital Editor

Mula ditanman sejak 20 tahun yang lalu. Sepang menjadi terkenal kerana memiliki banyak tanaman buah naga memberikan keuntungan kepada petani di kawasan ini sampai ada yang berjaya jadi tarikan mendapat pengiktirafan dunia.

Selain daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa Petronas Sepang. Korang boleh menyinggah ke HL Dragon Fruit Eco Farm menjadi salah astu daripada pelbagai ladang buah naga.

Apa yang membuatkan ladang ini istimewa ialah menjadi tarikan pelancong, mempunyai kafe tersendiri menggunakan hasil ladang. Paling menarik sekali ialah struktur buah naga paling besar dalam dunia sehingga mencatatkan Rekod Dunia Guinness.

Struktur setinggi 9 Meter berjaya menarik perhatain Rekod Dunia GuinessPhoto from Kano Ky

Baca sampai habis untuk ketahui apa membuatkan ladang ini sangat menarik.

Ladang Sendirian Bertukar Menjadi Tarikan Pelancong

Asalnya ialah ladang persendirian sebelum berubahPhoto from Mr Wong

Diusahakan pada 2014 oleh Sam Chia dan isterinya yang mula mengusahakan ladang ini. Apabila dikendaikan oleh HL Group di bawah pengarah, Eugene Chia ingin membezakan ladang di kawasan ini.

Akhirnya jawapan ditemui dalam sektor agropelancongan. Mereka menyediakan lawatan ke dalam ladang mereka kepada pelancong luar serta menyediakan pelbagai aktiviti seperti tanam sehingga menuai buah naga.

Ni hasil ladang mereka, buah nagaPhoto from Simon SS Lau

Kemudian tahun 2016 mereka menubuhkan restoran bertemakan hasil buah yang pertama dalam negara. Ia membolehkan korang menikmati pelbagai produk menggunakan hasil ladang mereka tersendiri.

Menerokai Keunikkan & Keistimewaan Buah Naga

Di ladang ini korang boleh terokai dan mempelajari segala-galanya tentang Buah NagaPhoto from HL Dragon Fruit

Melangkah masuk ke HL Dragon Fruit Eco Farm korang akan perasan dua komponen utama iaitu ladang dan restoran. Tiket masuk ke ladang bermula RM10 untuk pemegang MyKad (dewasa), jika korang belanja di restoran RM30 ke atas kemasukan ladang menjadi percuma.

Harga tiket tersebut sangat berbaloi dengan banyak aktiviti boleh dilakukan. Contohnya, melihat dan mengenali pelbagai varian buah naga ditanam termasuk buah lain seperti mangga, markisa.

Jangan risau dalam ladang ini ada tour guide untuk mengajar dan memberitahu tentang ladang dan hasilnya. Korang juga boleh belajar bagaimana proses menanam buah sehingga menuai hasilnya juga.

Permandangan dari atas memang menakjubkanPhoto from HL Dragon Fruit

Kemudian boleh ambil gambar dan melihat struktur buah naga setinggi 9 meter menjadi tarikan utama. Struktur ini mempunyai 2 tingkat dan di bahagian dipenuhi dengan pelbagai lukisan menceritakan sejarah pembangunan Sepang sehingga buah tersebut boleh sampai ke sini.

Teruskan mendaki ke atas untuk mendapat permandangan seluruh ladang. Daripada permandangan itu korang boleh memahami konsep yang ingin ditubuhkan oleh Eugene memberikan pelancong pengalaman baru di kawasan ini.

Makanan Menggabungkan Elemen Buah Naga

Menarik kan tengok makanan macamni?Photo from Ellen Lee

Komponen kedua di ladang ini iaitu sebuah restoran yang menggunakan hasil ladangnya sendiri. Daripada makanan, minuman sehingga pencuci mulut pasti dapat membuka selera dengan resipi dihasilkan oleh emak Eugene.

Antara pencuci mulut yang boleh cuba ialah Nafas Naga. Ia merupakan jus buah bersama aiskrim dan puri untuk memberi sensasi menyegarkan. Kemudian, pilihan popular Jumbo Dragon Bun menampilkan roti karipap digabungkan dengan buah tersebut.

Roti diperbuat dari buah naga dicicah dengan kuah kari sedap betul!Photo from HL Dragon Fruit

Ia memberikan sentuh manis untuk dipadankan bersama kari pedas! Rasa wangi, kaya akan memenuhi perut korang. Seterusnya untuk kanak-kanak boleh cuba Burger Ayam Goreng menggunakan roti ban berwarna merah jambu.

Sos yang ada ialah resipi sendiri menambah rasa krim kepada ayam ranggup. Akhir sekali jangan terkejut kerana Nasi Lemak Buah Naga pun ada untuk dinikmati dengan sambalnya diperbuat daripada isi buah.

Nasi lemak buah naga? Kena cuba ni!Photo from HL Dragon Fruit

Makanan yang dihasilkan bukan ala kadar. Malah, setiap langkah diambil kira untuk memastikan elemen buah tersebut menjadi padanan sesuai kepada setiap hidangan dan restoran ini diperakui sijil Halal.

Berbaloi Untuk Meluangkan Masa Hujung Minggu

Kalau tak tahu ke mana boleh singgah ke siniPhoto from Simon SS Lau

Kalau dah bosan asyik pusing tempat sama apa kata korang jadikan ladang ini sebagai destinasi pada hujung minggu. Mereka turut menyediakan pelbagai makanan ringan, cenderahati bagi memperingati pengalaman korang.

HL Dragon Fruit Eco Farm dapat memberikan pengunjung sebuah lawatan yang menarik. Selain itu bandar Sepang turut mempunyai pelbagai tarikan untuk korang menerokai sepanjang hari.

Nak lepak tepi pantai pun tiada masalah menikmati suasana yang cukup santai. Perjalanan pun tidak begitu jauh untuk mendapat satu pengalaman yang baru!

📍 Lot 7608, Jalan Besar, Batu Satu, 43900 Sepang, Selangor

⏰ 10 am - 6 pm setiap hari kecuali Rabu

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok