download Jom Explore app
Fami Cafe Pertama Dan Terbaru Di Malaysia, Menyediakan Pastri dan Minuman Yang Ekslusif

Fami Cafe Pertama Dan Terbaru Di Malaysia, Menyediakan Pastri dan Minuman Yang Ekslusif

Jom! Makan Hot & Viral
By Ayunie Husna on 03 Jan 2023
Digital Editor

Dengar je nama Family Mart siapa je tak tahu, kan ? Kedai serbaneka dari negara Jepun dan telah menubuhkan cawangannya di Malaysia. Kali ini, Family Mart cawangan terbaru di IOI Mall 2, Putrajaya telah beroperasi berkonsepkan kafe di dalam Family Mart dan dinamakan Fami Cafe.

Family Mart telah memperkenalkan Fami Cafe, kedai pertamanya yang menyajikan makanan dan minuman kafe eksklusif dalam ruang yang minimalis dan selesa yang memberikan pelanggannya pengalaman menjamu selera yang selesa. 

Anda kini boleh menjamu selera dengan selesa dan mencuba makanan Fami Cafe yang lazat, kerana anda boleh bersantai dan menikmati oden.

Fami Cafe juga menyediakan kiosk layan diri supaya memudahkan pelanggan membeli makanan dan membuat pembayaran dengan mudah.

Melalui kaedah ini, pelanggan akan dapat menempah pelbagai barangan eksklusif termasuk minuman, kek, roti bakar, pastri, croissant, muffin, donut dan aiskrim sofuto kegemaran yang didatangkan dengan pelbagai perisa.

Jom ajak kawan-kawan merasai Fami Cafe dengan konsep yang minimalis dan makan makanan Jepun.

? Lot LG218, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort, 62502 Putrajaya

  10am-10pm

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok